My partner-in-crime balik kampung. Sherrina memang boring giler. Suddenly kawan lama, since sekolah rendah call nak jumpa. Nak mintak tolong convert cd. So I packed my laptop and we went to KFC Wangsa Maju. Ada wifi dan power socket untuk guna laptop. 5 jam kemudian, keje dah siap dan kami pun pikir nak tengok wayang. Upah tolong convert cd. Oleh kerana dah lewat petang, kami balik ke rumah untuk solat maghrib dan kol 8 baru gerak ke MBO Ampang.
Seperti yang dijangka, MBO Ampang penuh sesak. Maklumlah, Sabtu malam Ahad. Minggu baru gaji. Sementara kawan Sherrina pusing cari parking, Sherrina gi beli tiket dulu. Tu pun hanya dapat seat 5 baris dari depan. Oklah, not bad. Tepat jam 8.45 kami masuk ke panggung. Sherrina duduk disebelah seorang ibu dan anak lelakinya. Umur dalam 7-8 tahun. Tak sempat pun nak beli makanan sebab orang beratur untuk beli popcorn sangatlah panjang. Kalah TGV dan GSC. MBO Ampang ni boleh dikatakan menjadi port untuk orang menonton wayang khususnya keluarga sebab tiketnya lebih murah, lokasinya dekat dengan kawasan perumahan (tak perlu ke tengah KL) dan parking percuma.
Sepanjang waktu menonton, Sherrina perhatikan ramai sungguh kanak-kanak dalam panggung ni. Filem ini diklasifikan PG13, kalau tak silap untuk tontonan 13 tahun ke atas. Tapi ramai je kanak-kanak bawah 13. Ada pula yang membawa bayi yang masih dikendong. Kesian dengan baby tu bila ada scene yg audionya kuat, menangis kerana terkejut.
Filem yang kami tonton ialah Night At The Museum 2. Memanglah ia filem jenaka dan lucu, tapi tak kurang juga adegan kissing yang mana kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Kalau di tv di rumah, saiz skrin tidaklah besar. Tapi di pawagam, setiap sudut dan gaya kissing tu boleh dilihat dengan terang, jelas dan nyata. Semacam tak sesuai lah dengan usia kanak-kanak yg masih kecil.
Filem ini pula banyak melibatkan dialog yang membuatkan kanak-kanak bosan. Budak disebelah Sherrina dah duduk tak keruan. Kejap duduk, kejap berdiri, kejap bertinggung. Kakinya dah ntah kemana-mana. Sesekali Sherrina usap kepalanya atau peluk bahunya untuk tenangkan budak tu. Bila dah bosan tahap gaban, dia baca ABC dengan kuat. Ibunya hanya berkali-kali menyuruh anak tu diam. You can't blame the kids. Ini filem aksi yang banyak bercakap dan dialog. Bukanlah seperti kartun yang mana banyak memek muka dan gaya yang lucu-lucu. Boleh difahami dengan hanya menonton walaupun tidak memahami dialog. Ada seorang budak perempuan dah berdiri dan berjalan-jalan di tangga, tanda bosan. Kedengaran jeritan budak yang mahu pulang....mahu pulang.
Agak kesian juga dengan ibu bapa yang mahu menonton tapi terhalang dek kerenah kanak-kanak. Yalah, kebanyakkan yang datang tu ibu bapa muda. Zaman mereka bercinta, menonton wayang adalah antara kegiatan utama. Jadi bila dah kahwin, mereka sukar untuk meninggalkannya, lalu mengheret anak-anak ke pawagam.
Ketika Sherrina dan kawan keluar selepas menonton, jam sudah menunjukkan 10.30 malam. Patutlah ada budak yang sudah merengek, dah waktu tidur rupanya. Ini antara cabaran manusia di zaman moden.
Get your own Poll!
No comments:
Post a Comment