Tuesday, June 09, 2009

Riang Ria Cuti Skolah

Cuti skolah bukan sahaja untuk pelajar skolah, bahkan juga cikgu tuition macam Sherrina. Hari ni kebetulan partner-in-crime juga amik cuti. So kami merancang nak ke beberapa tempat.

Lokasi pertama: Pavillion. Semenjak memula bukak, tak penah gi dah. So saja nak gi tengok apa perkembangan terkini disana. Kebetulan lak belum breakfast dan lunch. Gi ke food court. Tatau nak makan apa tapi nasi padang tu nampak sedap. So gi lah. Sebenarnya bila gi shopping complex ni, Sherrina cukup takut nak makan nasi campur. Harganya boleh jadi gila-gila. Tapi tengok daging dendeng tu....kecur sehhh.



Kene ketuk dekat RM10. Puas hati juga lah. Daging dendeng tu super sedap. Mahal sket sebab amik 2 potion daging dendeng.

Lepas makan tengahari, jalan pusing kompleks pastu gi Jco untuk tapau 2 donut. Terserempak dengan senior MRSM Terendak iaitu abg Mantoi dan my bro and his friend. Lunch time. Lepas tapau donut, keluar dari Pavillion. Kami gerak ke Seri Kembangan sebab nak usha Jusco Equine. Berpandukan arahan dalam GPS, senang je nak sampai sana. Tapi kalau takde GPS, confirm tak sampai le. Ntah mana lorong belakang kilang yang kitorang masuk, tatau le. Tapi akhirnya sampai. Jusco Equine ni ala-ala mcm Jusco AU2 tapi lagi ceria. Kat sana makan Jco di food court. Pastu masuk Jusco beli hadiah kawin utk member, tali pinggang (kat sini ada saiz besar yg takde di JJ Wangsa Maju), selipar untuk tandas (RM2.50 je) dan sharpener. Too bad duit tak banyak. Harga kat sini boleh tahan bagus dan banyak pilihan.

Pas habis pusing di Jusco, balik ke KL. Tetiba teringat pameran baru di Balai Seni Lukis Negara. Aritu tengok di MHI. Kebetulan member lak tak penah jejak kaki ke BSLN. Tapi tak sure lak bukak ke tak. Mujur ada simpan no phone office Muzium Negara. Tanyakan no BSLN dan call BSLN. Buka pada hari Isnin hingga jam 6 petang. Tekan-tekan GPS, takde lak BSLN. Keyword tak tepat. Setting je Institut Jantung Negara, zooom.




Pameran terkini ialah sempena Hari Hutan Sedunia


Teruja dengan lukisan-lukisan bertemakan alam semulajadi dan hutan di Malaysia


Ruang pameran tetap


Kalau korang stress, gi lah lepak disini. Free je. Boleh duduk berjam-jam layan lukisan.

Sudah pukul 6. Balik semula ke Wangsa Maju, gi Carrefour jap beli barang dapur. Then gi makan malam di Cosy Place. Nak suh member try lamb shoulder yg Sherrina makan aritu. Sherrina lak order beef kuey tiow.


mushroom soup as starter. Sedap nak mampus. Bukan Campbell bukak tin punya.


Beef kuey tiow.....kureng. Maybe tak kene ngan taste Sherrina.


Lamb shoulder. Kali ni liat plak. Potatoes tu masam. Potong stim betul


Teh tarik yg sedap. Jus tembikai versi 'Tak Ikhlas' sebab kaler cair ya amat. Rasa pun cair lah.

Kedua-dua menu utama tu dalam promosi. Kuey tiow tu RM5.90 dan lamb tu RM12.90. Rasanya kali ni kurang kick lah. Potong dari list favourite place to dine.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin