Teringat masa dok kat Canberra dulu slalu makan coklat ni. Thanks to my fren, Suhaila Sahir yang belikan masa dia gi holiday kat Gold Coast minggu lepas :)
Yummmm!
Wednesday, March 31, 2010
Monday, March 29, 2010
Noktah Cinta
Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya
Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya
Credit to: 1LirikLagu.
Friday, March 26, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Saturday, March 20, 2010
Waffle Terbaek dan Pameran Sony Photography
Beberapa hari yang lepas sempat ke KLCC dengan kawan baik. Lama gak tak gi KLCC. Bila last skali? Entah. Yang pasti last skali pegi, takde pameran Sony Photography Award pun. Kali ni pegi tengok ada pameran baru. Singgah jap tengok apa yang best. Wahhh....best giler. Semua gambar-gambar terbaik yang mendapat anugerah.
Kalau belum pegi, cepat-cepat le sebab pameran ni dah nak habis tak lama lagi.
Best sungguh dapat tengok satu per satu foto yang dipamerkan. Hebat-hebat belaka!
Bila nak balik, sign buku autograf. Macam-macam ada. Ramai rakyat Malaysia ni yang kreatif rupanya.
Datang KLCC rasa tak lengkap kalau tak pekena waffle kat food court tingkat 4.
Saturday, March 13, 2010
Pengalaman Belayar
Sherrina dan member dijemput menyertai rombongan belayar dengan Star Cruise beberapa hari yang lepas. Tugas kami ialah merakam tempat dan aktiviti dalam bentuk video dan foto. Dengan bermodalkan kamera video Sony sebesar tapak tangan tu, kami bertolak ke utara pada jam 2 pagi dengan menaiki kereta yang disediakan.
Kami tiba di Sg Petani Selatan jam 7 pagi dan tidur, rehat dan mandi-manda di sebuah rumah milik ahli keluarga client tersebut. Jam 2 petang kami gerak ke Pulau Pinang. Singgah makan tengahari dulu, nasi kandar.
Perjalanan diteruskan lagi. Seronok melihat pekan Sg Petani ni. First time sampai, ni SP Selatan.
Cuaca yang panas berubah mendung. Khabarnya dah lama tak hujan disini.
Kami menaiki feri menuju ke Pulau Pinang. Angin bertiup kencang, laut agak bergelora. Tiba di pulau jam 4.30 petang. Hampir sejam kemudian baru berjaya dapat tempat untuk meletak kereta.
Kapal yang kami naiki tu bernama Pisces. Ianya pelayaran dari jam 8pm hingga 8am keesokan harinya. Tak pegi jauh pun, ke tengah laut di kawasan tu juga. Majoriti penumpang adalah kaum cina kerana di dalamnya ada kasino.
Sherrina dan member diberikan sebuah kabin dengan 2 katil bujang. Dalam tu ada tv dan lengkap dengan bilik mandi. Kapal ini setinggi 11 tingkat.
Tugas kami bermula sebaik sahaja menjejakkan kaki di atas kapal itu dan berakhir apabila kami turun daripada kapal itu pada keesokan harinya.
Menjelang tengah malam, perut lapar giler. Sebab tak makan sangat masa dinner. So order nasi goreng kampung di restoran yang dibuka 24 jam di atas kapal. RM8 sepinggan. Nasib baik sedap.
Memenatkan tapi satu pengalaman yang sangat menarik.

Monday, March 08, 2010
Main Zapin
Minggu lepas Sherrina telah dijemput oleh seorang sahabat, Wan Dina ke ASWARA untuk menonton program Main Zapin. Ianya adalah persembahan oleh para pelajar ASWARA dan turut disertai oleh tenaga pengajar ASWARA. Sherrina ni bukanlah orang yang memahami sangat bab seni ni tapi tertarik juga nak tonton sebab ada banyak jenis zapin yang akan dipersembahkan.
Kami tiba agak awal. Setengah jam sebelum persembahan bermula. Dapat duduk di kedudukan yang strategi, cuma sebaris daripada lantai pentas. Yang best tu, ada persembahan muzik secara 'live' dan antara lagu yang Sherrina cam ialah lagu Herman Tino.
Persembahan tamat jam 10.00 malam gitu. Memang mantap dan hebat. Perasaan dapat menonton sebegini dekat, dapat lihat ekspresi muka dan rentak tari mereka...cukup mengkagumkan. Lebih-lebih lagi melihat begitu ramai penari lelaki yang berbakat. Datang dari sekolah yang tidak banyak exposure dalam bab kesenian begini, tak penah mengenali kawan2 lelaki yang boleh menari tarian tradisional. Dan disini pula begitu ramai sekali. Tertanya-tanya juga bagaimana mereka boleh terjebak dalam bidang ini.
Apa pun, terima kasih kpd Wan Dina sebab mengajak Sherrina menonton program ini. Yang best tu ada kisah sejarah zapin daripada pelbagai negeri dan daerah dipamerkan di luar auditorium yang boleh dibaca. Sangat informatif.
Thursday, March 04, 2010
Nasi Kandar Kudu
Tengahari tadi Sherrina dan rakan, Wan Dina Norazrin ke Crash Pad Chow Kit untuk membantu membaiki komputer di makmal komputer Crash Pad dan seterusnya mengendalikan kelas komputer dan kelas Sudoku. Oleh kerana kami sampai sebelum jam 12 tengahari, kami mengambil kesempatan untuk mencuba makan tengahari di Restoran Kudu Bin Abdul yang terletak di Jalan TAR. Selalu lalu disini dan lihat orang beratur panjang untuk menunggu giliran makan.
Sherrina tunggu meja sementara Wan Dina beratur. Memandangkan barisan yang panjang dan lama, beliau terus amikkan makanan untuk Sherrina. Lauknya ialah ayam dan kuah serta sedikit sayur.
Sherrina bukanlah seorang Kandarian (pemakan nasi kandar) dan rasanya macam tak pernah cuba pun. Jadi ni lah kali pertama mencuba nasi kandar.
Terbukti, nasi kandar dan Sherrina tidak serasi. Rasanya ok lah tapi tidaklah sehingga menjilat pinggan. Kesimpulannya, Sherrina tak layak bergelar Kandarian.
Tapi Wan Dina Norazrin, memang Kandarian sejati :p

Monday, March 01, 2010
Lama dan Baru
Bangsar adalah satu kawasan dimana anda boleh lihat pertembungan dua arus masa-lama dan baru. Di satu tempat yang sama. Unik. Sangat unik.
Subscribe to:
Posts (Atom)