Monday, March 08, 2010
Main Zapin
Minggu lepas Sherrina telah dijemput oleh seorang sahabat, Wan Dina ke ASWARA untuk menonton program Main Zapin. Ianya adalah persembahan oleh para pelajar ASWARA dan turut disertai oleh tenaga pengajar ASWARA. Sherrina ni bukanlah orang yang memahami sangat bab seni ni tapi tertarik juga nak tonton sebab ada banyak jenis zapin yang akan dipersembahkan.
Kami tiba agak awal. Setengah jam sebelum persembahan bermula. Dapat duduk di kedudukan yang strategi, cuma sebaris daripada lantai pentas. Yang best tu, ada persembahan muzik secara 'live' dan antara lagu yang Sherrina cam ialah lagu Herman Tino.
Persembahan tamat jam 10.00 malam gitu. Memang mantap dan hebat. Perasaan dapat menonton sebegini dekat, dapat lihat ekspresi muka dan rentak tari mereka...cukup mengkagumkan. Lebih-lebih lagi melihat begitu ramai penari lelaki yang berbakat. Datang dari sekolah yang tidak banyak exposure dalam bab kesenian begini, tak penah mengenali kawan2 lelaki yang boleh menari tarian tradisional. Dan disini pula begitu ramai sekali. Tertanya-tanya juga bagaimana mereka boleh terjebak dalam bidang ini.
Apa pun, terima kasih kpd Wan Dina sebab mengajak Sherrina menonton program ini. Yang best tu ada kisah sejarah zapin daripada pelbagai negeri dan daerah dipamerkan di luar auditorium yang boleh dibaca. Sangat informatif.
Kategori:
Exhibition
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment