Kami tiba di Sg Petani Selatan jam 7 pagi dan tidur, rehat dan mandi-manda di sebuah rumah milik ahli keluarga client tersebut. Jam 2 petang kami gerak ke Pulau Pinang. Singgah makan tengahari dulu, nasi kandar.
Perjalanan diteruskan lagi. Seronok melihat pekan Sg Petani ni. First time sampai, ni SP Selatan.
Cuaca yang panas berubah mendung. Khabarnya dah lama tak hujan disini.
Kami menaiki feri menuju ke Pulau Pinang. Angin bertiup kencang, laut agak bergelora. Tiba di pulau jam 4.30 petang. Hampir sejam kemudian baru berjaya dapat tempat untuk meletak kereta.
Kapal yang kami naiki tu bernama Pisces. Ianya pelayaran dari jam 8pm hingga 8am keesokan harinya. Tak pegi jauh pun, ke tengah laut di kawasan tu juga. Majoriti penumpang adalah kaum cina kerana di dalamnya ada kasino.
Sherrina dan member diberikan sebuah kabin dengan 2 katil bujang. Dalam tu ada tv dan lengkap dengan bilik mandi. Kapal ini setinggi 11 tingkat.
Tugas kami bermula sebaik sahaja menjejakkan kaki di atas kapal itu dan berakhir apabila kami turun daripada kapal itu pada keesokan harinya.
Menjelang tengah malam, perut lapar giler. Sebab tak makan sangat masa dinner. So order nasi goreng kampung di restoran yang dibuka 24 jam di atas kapal. RM8 sepinggan. Nasib baik sedap.
Memenatkan tapi satu pengalaman yang sangat menarik.
No comments:
Post a Comment