Monday, June 21, 2010

Food Review: Sbread @ MidValley

Jumaat lepas Sherrina ngan Suhaila berjalan ke Mid Valley. Tujuan utama nak tengok pameran hartanah. Kot boleh beli tanah dalam sekilo-dua ke. Hahaha....tapi sebelum tu kene isi perut dulu sebab belum breakfast. Kami park di The Garden dan ketika berjalan di ruangan LG di laluan yang menghubungkan The Garden dan Mid Valley, tetiba ternampak restoran ni. Kecik je, ada le dalam 6 meja kot. Style kopitiam.

Suhaila order laksa. Menurut poster di Sbread, laksa antara menu terkenalnya. Suhaila kata, laksa di sini terbaekk! 5 bintang dan sangat sedap sehingga tak kisah nak datang ke Mid Valley ni semata-mata nak makan laksa ni. Rupanya bukan kitorang je pikir macam tu. Ada sepasang suami isteri yang baru sampai dari Singapore bagitau pada tokey kedai yang bila sampai je KL, laksa tu yang dorang nak dulu. Dasat gak.

Sherrina makan nasi lemak special. Nasi lemak ni berwarna hijau sebab ada pandan. Memang sedap especially sambalnya.

Ini pula kari ayam yang dimakan bersama dengan set nasi lemak ini. Memang heaven!

Rasanya kalau datang Mid Valley lagi, memang akan singgah lagi di Sbread sebab nasi lemak dan laksanya memang mantop!

2 comments:

Dhiya Syazana said...

Salam Kak,
Baru gi semalam ngn mom. We ordered laksa, mee siam n charcoal Bread with yam kaya. Laksa mmg best. Mee siam OK. Charcoal bread with yam kaya mmg terbaik. Ktorg siap takeaway charcoal bread n yam kaya. Thanks sbb kenalkn tempat ni.

sherrina said...

Dhiya
Ye ke Charcoal bread tu sedap giler? Aritu tak makan pun sebab tengok nama 'charcoal' teringat pada arang (rasanya pembuatannya pun ada kene-mengena dengan arang, kan?) but that laksa mmg heaven :D

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin