Wednesday, June 02, 2010
Pesta Buku PTS
Pada 29 Mei 2010 yang lalu, Sherrina dan member berkesempatan mengunjungi Jualan Hujung Minggu oleh PTS di Batu Caves, Selangor. Kami bertolak dari rumah jam 10 pagi dan hanya setengah jam kemudian baru jumpa tempat jualannya iaitu di pejabat PTS. Kami sesat kerana rupanya pejabat PTS terletak di kawasan baru yang belum pernah Sherrina jejaki. Malah alamatnya juga belum ada dalam peta GPS. Mujurlah sepupu Sherrina iaitu Rozana yang tinggal di Taman Samudera sudah sampai ke lokasi lebih awal. Berpandukan arahan melalui handphone, kami jumpa juga akhirnya.
Inilah kali pertama Sherrina menjejakkan kaki ke pejabat PTS yang baru ini. Beberapa tahun yang lalu, Sherrina pernah ke pejabat PTS di Wangsa Melawati kerana menghantar assignment. Kebetulan pula lecturer Sherrina yang mengajar subjek Penulisan merupakan pengurus di PTS. Pejabat disini lebih cantik sebab ada ruangan kedai buku yang tersusun kemas. Sempat sembang sekejap ngan cousin dan anak2 buah yang asyik memilih buku.
Ramai juga yang mengunjungi jualan ini. Potongan diberi antara 20% hingga 50%. Daripada bahan bacaan kanak-kanak hinggalah ke dewasa ada disini. Pelbagai genre seperti fiksyen, bukan fiksyen, motivasi, agama dan lain-lain lagi. Semenjak dulu lagi Sherrina cukup kagum dengan buku-buku keluaran PTS.
Lihat sahaja bacaan remaja dan kanak-kanak disini. Mereka membawa satu kelainan dalam penerbitan buku tempatan. Buku yang dihasilkan lebih menarik, variasi dan segar. Rasa hendak borong semua yang ada disini. Sepanjang pembacaan hasil penerbitan PTS, belum lagi jumpa naskah yang membosankan. Sherrina paling minat novel kanak-kanak dan remaja terbitan PTS.
Buku-buku keagamaan disini juga membawa tajuk-tajuk yang menarik. Tak sangka pula ada buku tulisan Tuan Hj Abdul Hadi Awang. Tajuk-tajuk yang cukup bagus dan relevan dengan keadaan semasa hari ini dengan isi penyampaian yang mudah difahami. Sherrina plan nak borong buku-buku ini pula dalam lawatan akan datang.
Inilah dia tujuan utama Sherrina teruja nak ke sini. Sebab malam sebelumnya Sherrina mendapat tahu melalui kakak senior yang ada sebuah novel terbitan PTS mengenai kehidupan di MRSM Terendak. Mulanya mcam tak percaya. Hinggalah bila Sherrina memegang sendiri buku ini dan membeleknya. Best sungguh! Macam dibawa balik ke zaman sewaktu belajar di maktab. Lebih membanggakan, nama-nama guru dan tempat2 didalam buku ini diambil daripada nama guru yang sebenar. Bangga tau, bukan semua sekolah dapat diabadikan dalam bentuk novel begini :)
Sebelum pulang, terjumpa kawan lama sama-sama di MRSM Terendak dulu. Vicken atau kini lebih dikenali dgn nama Cikgu Sharil. Sempat sembang sekejap, sebelum Sherrina dan member ke destinasi berikutnya iaitu Muzium Negara.
Kategori:
Bookworm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sherry, buku tu ada jual kat mana2 ke?
saya pun pergi juga, sebab nak dapatkan buku2 dengan diskaun dan nak melawat office PTS :)adalah borong beberapa buah.
Memang setuju dengan kata Sherrina tentang buku2 PTS. Dah banyak saya beli dan memang puas hati dengan kualitinya.
Reen,
Yup...di kebanyakkan kedai buku terkenal ada.
Omecool,
Kan...kalau berterusan begini barulah minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia dapat ditingkatkan.
kak sherry, apa tajuk buku tu ye? tak brape clear la...
oh. ni intan. terendak jugak. :)
Intan,
Tajuknya 'Nydia, Terendak dan Bintang'
p/s: ada join FB Ansara Terendak?
Post a Comment