Tuesday, September 28, 2010

Air Sungai Melimpah

Dah beberapa hari hujan lebat. Semalam paling lebat. Sherrina berada di Wangsa Walk seharian menyiapkan design bunting untuk client. Petang dah pukul 5.30 baru lepas balik menunggu hujan reda dan bila tiba di rumah, air sungai dah melimpah ke darat. Membawa lumpur-lumpur coklat habis mengotori jalanraya. Ketika tu hujan baru berhenti. Air sungai penuh dan sangat deras. Longkang pun dipenuhi air akibat sungai yang melimpah, ia memasuki semua longkang. Musim tengkujuh dah tiba.



Tempat lapang tu biasanya kereta kat area sini parking.
Jalan ni baru diturap. Tak lama lagi berlopak lah.

Si Oyen sibuk meninjau kawasan bencana alam

Mungkinkah sebab pembangunan rumah kedai ni menyebabkan sungai makin cetek dan sekaligus air sungai melimpah bila hujan turun dengan lebat?
Habis pokok yang ditanam oleh ayah Sherrina digenangi air

Di hadapan rumah

Si Oyen tak kisah kakinya kotor

Bukan selalu dapat tengok longkang ni penuh air sampai ke permukaan

Princess tak nak join, taknak kasi kaki dia berlumpur


Dah lama kawasan ni tak banjir. Kali terakhir air melimpah naik, tahun 2007 kot. Ayah Sherrina dah hantar kertas kerja kepada Adun Ulu Klang untuk usahakan supaya sungai ini didalamkan. Sungai ni mampu menampung air hujan yang banyak yang turun daripada sungai di Kg Kemensah tapi apabila empangan Klang Gate melepaskan air, masa itulah yang jadi masalah.

Tahun 80an kawasan ni tenggelam hampir hapus bumbung kerana empangan Klang Gate terpaksa melepaskan lebihan air akibat tidak memeriksa kuantiti air dengan tepat. Masa tu takde sistem automatik rasanya. Air dilepaskan secara manual. Cerita orang-orang tua, orang di kawasan berdekatan sungai siap berparang ke pejabat empangan tak kasi mereka buka pintu air kerana jika buka, confirm banjir. Tapi empangan takde pilihan. Kalau tak lepas air, empangan akan pecah dan satu KL akan banjir.

Seingat Sherrina last banjir masuk ke rumah tahun 2002 kot. Masa tu sekeluarga pegi bercuti ke Port Dickson kecuali Sherrina yang tak pegi sebab kerja dan tak dapat cuti. Hujan lebat petang tu, Sherrina sampai di rumah waktu Maghrib terduduk tengok rumah dan penuh lumpur. Karpet semua habis. Jenuh nak membasuh rumah sorang-sorang.

Harap kali ni tak banjir lagi lah. Bukan takat malas nak membasuh rumah, takut segala spesis haiwan reptilia pun pakat naik ke darat. Biawak, ular, labi-labi akan naik menyelamatkan diri daripada arus sungai yang deras.

1 comment:

Rohayu said...

JANGAN LUPA ADD BLOG SAYA YER....SAYA DARI GENG CARI FORUM

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin