Friday, April 28, 2006

POLIS DAN SANG PEMONTENG SEKOLAH



Rujukan:
Utusan Malaysia 28 April 2005

Dah lama aku tunggu tindakan ini. Ya, ia satu beban tambahan kepada pihak polis but sapa lagi yg ada lebih kuasa? (aku berharap tentera bleh campur tangan, biar gerun budak2 ni). Gejala ponteng-memonteng ni dah makin sukar dibendung.

Takyah gi jauh, cybercafe kat bawah ofis aku aje ni hah dah cukup. Kadang2 malu tgk yg dok bersidai kat situ org2 yg dah patutnya bekerja pun ada (kalau weekend atau malam leh le diterima but siang2 setiap hari?).
I'm sure korang selalu terserempak dengan budak2 ponteng. Selain mengharapkan campurtangan pihak polis, kita sebagai orang ramai pun patut memainkan peranan kita. Kalau korang nampak budak2 ponteng sekolah, apa tindakan korang?

1. tegur directly dan memaki mereka? cakap elok2 (takut lak dia aim kereta kita dan dia wat peraduan gores dan menang), atau kasi pandangan tajam tanda protes terhadap pemontengan mereka

2. lapor kat skolah (dah lapor tp skolah kata tu diluar kawasan maka ia diluar bidang kuasa mereka)

3. lapor kat Pemuda Umno (Pemuda kata ok nnt amik
tindakan, itu laporan tahun lepas yg smpi la ni tak nampak efek)

4. tegur, tepuk2 bahu slow talk ngan dorang (k
alau sherrina lelaki, dah lama buat dah. disebabkan pompuan payah sket nak buat teknik ni)

5. Distribute brochure me
ngenai akibat ponteng sekolah dan involvement dengan merokok, cybercafe dll


kat bawah opis sherrina ni mmg port budak2 ponteng (dan org dewasa ponteng) sebab ada cybercafe. sedih aa tgk dorang buang masa dan youth life mcm tu aje.....

Thursday, April 27, 2006

SELFISH





Topik hari ini ialah Selfish. Selfish adalah mementingkan diri sendiri. Bukan Sell Fish iaitu menjual ikan.

Mengikut kata kamus Meriam Webster (sapa Meriam Webster ni?), selfish bermaksud:

One entry found for
selfish. Main Entry: self·ish Pronunciation: 'sel-fish Function: adjective 1 : concerned excessively or exclusively with oneself : seeking or concentrating on one's own advantage, pleasure, or well-being without regard for others 2 : arising from concern with one's own welfare or advantage in disregard of others selfish act> - self·ish·ly adverb - self·ish·ness noun

dalam bahasa yang mudah ialah mementingkan diri sendiri.

Lihat sekeliling anda. Ramai ke golongan2 selfish ni? Takyah tengok jauh, tengok aje di jalanraya. Sikit lagi kita leh setaraf dengan pemandu2 di negara2 yg mempunyai moral pemandu yang rendah. Betapa ramainya pemandu2 selfish di jalanraya.

Kadang2 bila cuaca kurang baik, aku ngan member aku akan pi makan kat mana2 sebelum aku hantar dia ke umah dia di Kg Baru. Umah dia terletak di kawasan penjualan sayur-sayuran yang mula beroperasi petang hingga awal pagi. Betapa malasnya dan selfishnya pembeli, boleh beli sayur pakai drive thru aje. Suka2 letak kete, bukak tingkap, penjual dan pembeli pun berjual beli. Kita kat belakang yang nak potong takleh sebab laluan bertentangan pun sibuk terpaksa le high beam, hon atau tunggu ajelah sambil memaki hamun didalam hati. Tahap gitu malas sampai beli sayur drive thru. Mengalahkan MacD pulak.

Sampai ke hujung jalan, ada pulak malaun yang akan berenti ngam2 kat kepala simpang. Nak beli durian. Tunggu pulak dia cium2 durian, goncang2 durian dan bayar. Pun menggunakan teknik drive thru. Mujur Giant ngan Carrefour takleh drive thru. Kalau tak, ada yang bawak kete naik ramp bukak tingkap capai Pampers, sabun dan gula.

Sememangnya pemandu Malaysia ada yang terpengaruh dengan pemanduan pemandu2 F1. Bezanya ialah pemandu F1 berlumba di litar tapi pemandu kita berlumba di jalanraya. Jika di highway atau jalan besar, boleh le aku terima. Tapi di kawasan perumahan, di kawasan sekolah pun nak tekan laju2....otak dimana? Nak tunggu sampai sendiri tumbangkan budak sekolah baru nak insaf? Memang peribahasa 'sudah terhantuk baru nak terngadah' sangat2 sebati dlm jiwa mereka. Selagi mereka tak kene, selagi tu tak fikir.

Jika nak cerita lebih details, panjang lebar bebenar. Sedih gak tgk perangai2 masyarakat dlm negara yang sedang membangun nak maju. Kalau lom maju pun perangai macam ni, dah maju camne? Tak dapek nak bayangkan.

Tengok2lah diri dan sekeliling kita. Jangan sehingga budaya selfish ini meragut nyawa dan harta benda. Apa lagi, ujilah tahap selfish anda..kalau tahap 100%...anda memang 'hebat'



You Are 25% Selfish

In general, you are a very giving person who treats others very well.
But at times, you insist on getting your way - when it matters most to you.

Sunday, April 23, 2006

Great Article



I found this article while reading through The Star. I guess now I have a good reason to get my students to study harder..hehehehe.

Family Reunion



Last night we managed to get together all family members on my mother's side at my cousin's new house in Keramat. We arrived at 9pm, being the nearest to her house and yet the last to arrived. haha. It's always like that. The person who lived the nearest will arrived the last.

As I parked my car, I can already heard the loud laughing and noise. That must be our cousins, nephews and nieces. Sigh..I bet they had recharged themselves in the evening before attending the event. That could be the only answers to those energetic jumping high and low non-stop action pack (okay, I've added spicesto the story but hey, they are the next model of Energizer battery!)

Anyway, here's some photos from the event. I think this is the first event where we managed to really gathered all 6 siblings from my mother's family + their children + grandchildren.


Coincidentally it was someone's birthday. How can we have a birthday party without cakes...



Yummy....this definitely ruined my diet plan (haha)



This cake is too nice to be eaten (haha..like I care!! Ngapppp!!!!)




The future Energizer model. The other boy was so elastic, he can only appear as shadow in the photo.



See that shadow behind him? It's the aura. Just like what Mawi has. They shared the same hairstyle and aura.

There's not even one photo with him standing still.



This could be among the participants of The Cleo 50 Most Eligible Bachelors 2020

Friday, April 21, 2006

Naga: Mitos Atau Benar?



Sedang membelek2 thread2 lama di Forum Cari, terjumpa satu topik yang menarik bercerita mengenai kesahihan kisah mitos naga. Terjumpa semula posting yang aku tulis disitu. Disertakan satu salinan disini untuk simpanan peribadi dan untuk dikongsi bersama pembaca2 blog ini:

bercerita pasal naga nie, sherrina teringat satu kisah yg menjadi koleksi dalam keluarga sherrina. ayah sherrina yg menceritakannya dan sherrina tak dapek nak sahehkan kebenarannya.

menurut ayah sherrina, suatu masa dahulu di kedah (pulau langkawi) terdapat le satu keluarga yg tinggal di dalam satu kampung. ketika itu si isteri sedang sarat mengandung. Suatu malam isteri itu mendapat alamat dalam mimpi yg dia akan mendapat sesuatu selain dari anak yg bakal lahir. pabila terjaga, si isteri pun terpikir2 tapi buat tak tahu sahaja kerana menganggap ianya mainan mimpi.

setelah tiba masanya, si isteri pun selamat bersalin dgn bantuan org2 tua di kg itu. Yg amat mengejutkan ialah selain anak yg lahir terdapat juga ulat yg keluar. Org2 tua yg menyambut bayi itu membuang ulat itu ke bawah rumah (rumah tinggi jenis lantai papan tak rapat, ada lubang dicelah2nya). Malam itu isteri itu bermimpi seseorang menyuruhnya mengambil balik ulat itu dan memeliharanya.

sok paginya isteri itu terjaga dan menyuruh seseorang mencarinya dibawah rumah. Ulat itu ditemui dan disimpan didalam bekas. Diberi makan spt anaknya sendiri. Menurut org yg hadir dlm mimpinya, ulat itu adalah anaknya juga dan hendaklah dipelihara spt mana dia memelihara anaknya manusia itu. Ulat itu diberi makan dan menjadi mainan anaknya itu. Oh ya, anak yg lahir itu adalah anak perempuan. Masa berlalu, ulat itu menjadi besar dan tidak muat lagi di dalam bekas. disimpan pula didalam tempayan. besar lagi, dipindah ke telaga dan akhirnya mendapat mimpi menyuruhnya dipindahkan ke laut di belakang rumah mereka. Ketika itu sudah kelihatan ciri2 anak itu spt naga dengan sisik dibadannya.

Naga ini diberi makan setiap hari. Setiap hari mesti ada yg beri ia makan jika tidak ia akan marah. Pabila si anak perempuan meningkat dewasa, sudah tiba utk dikahwinkan. Majlis dibuat besar besaran dan meriah. Org kampung bertungkus lumus membantu itu dan ini. Pada hari persandingan, tiba2 si pengantin perempuan berlari menuju ke laut spt hilang akal lagaknya. Kemudian, cuba pula merentas ke tengah laut (org yg melihat terkejut kerana pengantin itu melangkah diatas air tanpa tenggelam menuju ke tengah). barulah keluarganya teringat yg mereka lupa hendak memberikan naga itu makan kerana terlalu sibuk menguruskan kenduri kawin. Akhirnya naga itu dipujuk dan dijamu makanan yg enak2 dan pengantin perempuan itu selamat kembali ke darat dan sedarkan diri (pengantin itu membawa senaskah Al Quran semasa menyeberangi laut). sejak hari itu, naga itu tidak pernah diabaikan lagi.

sherrina mula dengar citer nie kira2 5 tahun lalu semasa melawat saudara mara yg tak pernah dijumpai di langkawi. malah sherrina pergi mengunjungi rumah keluarga yg dikatakan membela naga itu. ketika itu, makcik yg masih tinggal disitu adalah anak cucu cicit kpd pengantin yg melarikan diri ke tengah laut. sherrina tak terpikir nak tgk makcik itu dengan teliti. selepas pulang baru ayah sherrina bagitau. Bentuknya seakan kaki ikan/duyung/naga, lembik dan seolah2 spt kaki itik. ayah kata makcik tu adalah dr keturunan pengantin itu. kata ayah sherrina makcik tu dah pun meninggal dunia setahun dua yg lalu.........Wallahu a'lam...




korang rasa naga ni betul2 ada ke atau hanya mitos?

Thursday, April 20, 2006

Entry Rojak

Ahad baru ni aku sempat berlari sekejap ke PC Fair kat KL Convention Centre. Sesak tahap tak ingat. Banyak habiskan masa beratur drpd menengok barang. Tak usha lebih2 pun produk baru sebab level yg pamerkan produk2 baru di bahagian pertama. Sesak yang amat. Cepat2 exit le level kedua. Baru lega dapat bernafas dengan nyaman. Tak shopping byk pun, just beli compatible catridges utk kindy ngan borong optical mouse utk kindy. Untuk diri sendiri, beli majalah PC.com sebanyak 4 buah (4 buah = RM10). Semuanya edisi lama (Dec2005-March2006) tapi masih relevan isinya. Berbaloi juga sebab harga asal sebuah majalah RM10. Dapat free goodies. Then aku beli rechargeable battery + recharge jenama Uniross dengan rega RM29. Ingat nak tangkap GP tapi GP mahal. Yg ni okay le. Takat nak charge bateri AAA utk MP3 player.


Boleh charge bateri NiMH dan NiCD


My 256MB MP3 player + thumbdrive


Movie Buff

I love watching movies especially previous award winning movies. Luckily there's a video rental store in Taman Melawati where I can rent VCDs at reasonable price. Sometimes I like to watch certain movies over and over again (The Bone Collector, for example) so the renting method is suitable for me instead of purchasing pirated VCDs (trying to reduce my contribution towards movie piracy.). Besides, the store only rent out original VCDs. So I'll get to watch my favourite movie in high quality.



Two days ago I rented these movies. I think I have watched The Sum Of All Fears before but I could not recalled the story. So I rented it again. I've watched Bruce Almighty in tv but I wanted to watch it again. Jim Carrey is one of my favourite actor besides Denzel Washington and Morgan Freeman. These movies can be rented for 3 nights. The problem is I could not find suitable time to watch all of them. I have to return them back tomorrow.

Thank God for the 40GB hard disk on my laptop. One of my solution is to copy the movies temporarily into my laptop and save them for the weekend. I guess sooner or later I will have to get a 80GB hard disk. Currently my HD is holding several movies that I have out aside to watch when I manage to find the time. The movies are Beautiful Mind, Nanny McPhee (I've watched this on the VCD but I wanted to watch it again which I have not figured out when), Bruce AlMighty, Kelibat, Mrs Doubtfire and Man on Fire. Pheww....that's a lot to watch!

If I am lucky enough, I'll manage to copy the entire disc. But some disc has error called Invalid MS-Doc function. I'm not sure what's the prob and I've tried to find the solution but failed. I guess I'll just have to watched them on disc then. It could be some coding to stop people from making copies of the CD.


Yesterday's robotic class went well. Except for the secondary level, a bit out of control. Too many students for very few Lego set. I guess either we get more sets of we have to reduce the number of students. I'm also started to worried because the number of missing parts keep increasing. We've lost a big gear and a middle size wheel. The primary level is much easier to handle since there are only 15 of them. Today we managed to build a robo bug. I'll snap the picture next week. It's about 90% completed. Now I'll have to figure out for the coding activities.

One of my student gave me a gift. It's good to see that he has started to put interest into robotic. Previously it was hard to handle him and after I elected him as the team leader last week, he has changed. Good for him.



Some sort of a pen holder from Thailand.

Tuesday, April 18, 2006

Demam World Cup 2006.

Kedai mamak mula memasang layar putih untuk menggantikan tv plasma yang biasa digunakan. Jersey2 cetak rompak telah dijual di pasar2 malam. Iklan2 di TV sudah menyiarkan pelbagai iklan2 berkenaan demam World Cup (tengok iklan mamat yg nak melamar aweknya di restoran tu?) dan macam2 lagi tanda2 demam telah mula nampak satu demi satu.

Demam ini bukan mcm demam panas. Telan ubat KK 2 biji dan tido, boleh kebah. Ini demam yang bermusim. Lamanya untuk pulih bergantung kepada tahap fanatik seseorang itu kepada team sokongannya. Kalau team yg disokong tak sampai ke peringkat akhir, demam frust pula menjelma. Kalau sampai ke final dan jadi juara, demam juara silap2 setahun lamanya. Ada juga demam yg boleh diubahsuai bergantung kepada prestasi pasukan2. Maknanya, kalau demam mengikut team yang maju ke akhir sahaja. Jadi, sokongan team tu berubah2 mengikut masa. Biasanya ikut team yang menang le. Kejap sokong Brazil, kejap sokong England, kejap sokong Perancis.

Turut untung sama dengan kedemaman Piala Dunia ialah penjual barangan elektrik. Dlm Malay Mail smalam ada mengatakan jualan television besar, flat screen, home theater dan seangkatan dengannya meningkat naik. Masing2 sibuk upgrade sistem hiburan di rumah untuk menikmati Piala Dunia dengan lebih baik. Tak dapat pegi stadium kat German tgk secara live, tgk tv pon okay gak..kene lak yg jenis pakai layar putih taruk speaker keliling bilik....sikit lagi penonton lak mengalahkan referee lah!!!



Ada juga dicadangkan supaya pekerja2 yang mengikuti perlawanan ini supaya mengambil cuti. Ini untuk mengelakkan daripada mengantuk semasa bekerja. Alahai, jangan le kaunter2 perkhidmatan banyak yang kosong nanti. Teringat masa Piala Dunia 2002, kalau nak call Celcom careline waktu tgh game jangan harap le ada yg nak angkat selepas mendail selama setengah jam. Mari kita test tahun ni, call customer services masa ada tayangan Piala Dunia. Akan dilayan atau tidak?

Yang bagusnya Piala Dunia ni ialah, waktu ni orang yang tak pernah minat bola pun akan turut bercerita mengenai prestasi pasukan itu dan ini. Lebih mengagumkan mendengar makcik2 di kedai runcit bercerita mengenai pemain itu dan pemain ini sambil memilih sayur dan ikan.
Hebatnya demam Piala Dunia!

Friday, April 14, 2006

Notebook For Kids

Several people especially parents asked for my opinion on the best notebook for their children. I have a student who will bring along her notebook to class every week when attending computer class. Most of the notebook in the market are heavy and bulky + pricey.

This evening my student came with a brand new notebook. It's a Compaq Presario V2000.



I find it very light and the best part is the keys of the keyboard is slightly larger than ordinary notebook's keyboard. Thus, this makes it easy for the kid to type on her notebook.



It comes with build in wifi and bluetooth. It also has build in memory card reader. Cool. At least the weight of the notebook is half than her previous notebook. It's a good choice for kids who wants to have a notebook for themselves
(no need to disturb mommy and daddy's notebook) :)

Thursday, April 13, 2006

BERJUMPA KAWAN LAMA

Menjadi orang yang pelupa bukan mudah. Apatah lagi bila disapa dikhalayak ramai. Penah sekali aku ditegur oleh seseorang di masjid KLCC. Katanya dia junior aku masa di MRSM. Aku just angguk dan sembang2 lebih kurang kemudian meminta diri. Aku bukan berlagak sombong cuma aku jenuh memerah otak memikirkan siapa orang itu dan batch yang mana dia. Disebabkan aku ni pelupa sangat (especially kalau terjumpa dengan orang yg dah lama2 sgt tak jumpa), aku selalu akan ingatkan satu perkara mengenai orang itu yg aku cam sgt. Misalnya tahi lalat di muka ke, muka chinese/indian look ke dll. Ini membantu aku recall memory dengan lebih pantas.

Semalam aku berjanji berjumpa dengan seorang kenalan yg lama dah aku kenal di forum internet tapi aku just penah jumpa dia sekali aje. itupun sebab dia jemput ke majlis kesyukuran sebab dia nak gi oversea. Oleh kerana mamat ni mempunyai style rambut yg sgt2 pelik (aku rasa seumur hidup aku dia ngan Alleycats aje yg aku penah jumpa rambut mcm tu), aku jadikan itu satu feature utk aku membantu mengenali dia. Aku janji nak jumpa dia sebab nak mintak pertolongan dia ajar aku Dreamweaver utk thesis aku ni.

Janji di satu tempat di satu pagi. Aku melilau kiri kanan mencari orang berambut begitu. Aku yakin takde org lain kat kawasan tu yg berambut macam tu. Tiba2 ada org sapa, tak kenal pula tu. Dia memperkenalkan diri dia. Aiseh, sudah tukar ka?? Rambutnya dah diluruskan dan disisir rapi. Nampak elok sikit. Hilang dah satu trademark dia yg aku ingat sgt2. Lama tak jumpa, dah besar pun budak tu. Dah bekerja dan berkereta hebat pun.

Terima kasih le pada mamat BMW bumbung terbukak yang bantu ajar aku Dreamweaver dan belanja makan MacD (ceh, poyo aje. Aritu iyo2 suh aku blanje). Lain kali bleh tumpang kete ko lagi tapi taknak bukak bumbung lah, takut taik burung masuk. hahahaha........

Friday, April 07, 2006

Learning Chess


I find that many of children nowdays do not know how to play chess. That's very weird because chess was a very popular game among children when I was a kid.

After several discussion and brainstorming session, I decided to organize a chess camp for my students. Not many knows that chess can be use to help undiscipline student as well as weak students.

In US there is even a
U.S Chess Centre/ where they organize weekly class as well as tournament among members.

Why learn chess? According to U.S Chess Centre:

Feeling that chess could serve many valuable goals, several community leaders started forming the idea that was to become the U.S. Chess Center. The goals included:

  • Improving academic skills and test scores.

  • Increasing childrens' attention spans.

  • Teaching young people that they have control over much of their environment, so that the decisions that they make will have consequences in the future, even if all of those consequences are not immediately apparent.

  • Bringing together students from a wide range of backgrounds in a safe, fun setting.

  • Increasing students' self-confidence.

  • Awakening an interest in learning and achievement in students of all ages.

I am currently looking for method to teach children on how to play chess. If you have any info or knows any website that offer such thing, please share it with me :)

Thursday, April 06, 2006

Robotik dan Kemahiran Pengurusan

Mengajar subjek robotik memerlukan daya kreativiti yang tinggi. kadang2 idea yang tak masuk akal adalah idea yang baik. Dan juga daya ketahanan untuk memastikan mereka benar2 concentrate pada projek dan tidak bertelagah diantara satu sama lain ataupun dengan kumpulan lain. Ini juga satu peluang untuk memupuk budak bekerjasama diantara ahli kumpulan. Leadership skills can also be instilled during the activities.

Bagaimana untuk menghasilkan sesuatu dengan keadaan sumber yang terhad?

Group yang riuh semasa membuat projek.

Group harapan untuk wakil sekolah.

Hasil binaan.

Sukan Dan Teknologi

Pagi semalam singgah di satu kindy utk collect payment, ternampak sekumpulan anak-anak sedang bermain badminton dibawah sinaran mentari yang terik. Dan rasa kagum melihat seorang budak membawa laptop duduk bersama rakan-rakan lain. Dalam hati aku berkata, "kalaulah ada wifi di situ, tentu seronok mereka surfing internet sambil menonton perlawanan badminton"


Wifi di gelanggang badminton? Broadband pun kantoi, dah 2 hari Streamyx problem. Toksah mimpi pasal wifi lerr...










LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin