Rujukan: Utusan Malaysia 28 April 2005
Dah lama aku tunggu tindakan ini. Ya, ia satu beban tambahan kepada pihak polis but sapa lagi yg ada lebih kuasa? (aku berharap tentera bleh campur tangan, biar gerun budak2 ni). Gejala ponteng-memonteng ni dah makin sukar dibendung.
Takyah gi jauh, cybercafe kat bawah ofis aku aje ni hah dah cukup. Kadang2 malu tgk yg dok bersidai kat situ org2 yg dah patutnya bekerja pun ada (kalau weekend atau malam leh le diterima but siang2 setiap hari?). I'm sure korang selalu terserempak dengan budak2 ponteng. Selain mengharapkan campurtangan pihak polis, kita sebagai orang ramai pun patut memainkan peranan kita. Kalau korang nampak budak2 ponteng sekolah, apa tindakan korang?
1. tegur directly dan memaki mereka? cakap elok2 (takut lak dia aim kereta kita dan dia wat peraduan gores dan menang), atau kasi pandangan tajam tanda protes terhadap pemontengan mereka
2. lapor kat skolah (dah lapor tp skolah kata tu diluar kawasan maka ia diluar bidang kuasa mereka)
3. lapor kat Pemuda Umno (Pemuda kata ok nnt amik tindakan, itu laporan tahun lepas yg smpi la ni tak nampak efek)
4. tegur, tepuk2 bahu slow talk ngan dorang (kalau sherrina lelaki, dah lama buat dah. disebabkan pompuan payah sket nak buat teknik ni)
5. Distribute brochure mengenai akibat ponteng sekolah dan involvement dengan merokok, cybercafe dll
kat bawah opis sherrina ni mmg port budak2 ponteng (dan org dewasa ponteng) sebab ada cybercafe. sedih aa tgk dorang buang masa dan youth life mcm tu aje.....
No comments:
Post a Comment