Tuesday, April 18, 2006

Demam World Cup 2006.

Kedai mamak mula memasang layar putih untuk menggantikan tv plasma yang biasa digunakan. Jersey2 cetak rompak telah dijual di pasar2 malam. Iklan2 di TV sudah menyiarkan pelbagai iklan2 berkenaan demam World Cup (tengok iklan mamat yg nak melamar aweknya di restoran tu?) dan macam2 lagi tanda2 demam telah mula nampak satu demi satu.

Demam ini bukan mcm demam panas. Telan ubat KK 2 biji dan tido, boleh kebah. Ini demam yang bermusim. Lamanya untuk pulih bergantung kepada tahap fanatik seseorang itu kepada team sokongannya. Kalau team yg disokong tak sampai ke peringkat akhir, demam frust pula menjelma. Kalau sampai ke final dan jadi juara, demam juara silap2 setahun lamanya. Ada juga demam yg boleh diubahsuai bergantung kepada prestasi pasukan2. Maknanya, kalau demam mengikut team yang maju ke akhir sahaja. Jadi, sokongan team tu berubah2 mengikut masa. Biasanya ikut team yang menang le. Kejap sokong Brazil, kejap sokong England, kejap sokong Perancis.

Turut untung sama dengan kedemaman Piala Dunia ialah penjual barangan elektrik. Dlm Malay Mail smalam ada mengatakan jualan television besar, flat screen, home theater dan seangkatan dengannya meningkat naik. Masing2 sibuk upgrade sistem hiburan di rumah untuk menikmati Piala Dunia dengan lebih baik. Tak dapat pegi stadium kat German tgk secara live, tgk tv pon okay gak..kene lak yg jenis pakai layar putih taruk speaker keliling bilik....sikit lagi penonton lak mengalahkan referee lah!!!



Ada juga dicadangkan supaya pekerja2 yang mengikuti perlawanan ini supaya mengambil cuti. Ini untuk mengelakkan daripada mengantuk semasa bekerja. Alahai, jangan le kaunter2 perkhidmatan banyak yang kosong nanti. Teringat masa Piala Dunia 2002, kalau nak call Celcom careline waktu tgh game jangan harap le ada yg nak angkat selepas mendail selama setengah jam. Mari kita test tahun ni, call customer services masa ada tayangan Piala Dunia. Akan dilayan atau tidak?

Yang bagusnya Piala Dunia ni ialah, waktu ni orang yang tak pernah minat bola pun akan turut bercerita mengenai prestasi pasukan itu dan ini. Lebih mengagumkan mendengar makcik2 di kedai runcit bercerita mengenai pemain itu dan pemain ini sambil memilih sayur dan ikan.
Hebatnya demam Piala Dunia!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin