Thursday, April 27, 2006

SELFISH





Topik hari ini ialah Selfish. Selfish adalah mementingkan diri sendiri. Bukan Sell Fish iaitu menjual ikan.

Mengikut kata kamus Meriam Webster (sapa Meriam Webster ni?), selfish bermaksud:

One entry found for
selfish. Main Entry: self·ish Pronunciation: 'sel-fish Function: adjective 1 : concerned excessively or exclusively with oneself : seeking or concentrating on one's own advantage, pleasure, or well-being without regard for others 2 : arising from concern with one's own welfare or advantage in disregard of others selfish act> - self·ish·ly adverb - self·ish·ness noun

dalam bahasa yang mudah ialah mementingkan diri sendiri.

Lihat sekeliling anda. Ramai ke golongan2 selfish ni? Takyah tengok jauh, tengok aje di jalanraya. Sikit lagi kita leh setaraf dengan pemandu2 di negara2 yg mempunyai moral pemandu yang rendah. Betapa ramainya pemandu2 selfish di jalanraya.

Kadang2 bila cuaca kurang baik, aku ngan member aku akan pi makan kat mana2 sebelum aku hantar dia ke umah dia di Kg Baru. Umah dia terletak di kawasan penjualan sayur-sayuran yang mula beroperasi petang hingga awal pagi. Betapa malasnya dan selfishnya pembeli, boleh beli sayur pakai drive thru aje. Suka2 letak kete, bukak tingkap, penjual dan pembeli pun berjual beli. Kita kat belakang yang nak potong takleh sebab laluan bertentangan pun sibuk terpaksa le high beam, hon atau tunggu ajelah sambil memaki hamun didalam hati. Tahap gitu malas sampai beli sayur drive thru. Mengalahkan MacD pulak.

Sampai ke hujung jalan, ada pulak malaun yang akan berenti ngam2 kat kepala simpang. Nak beli durian. Tunggu pulak dia cium2 durian, goncang2 durian dan bayar. Pun menggunakan teknik drive thru. Mujur Giant ngan Carrefour takleh drive thru. Kalau tak, ada yang bawak kete naik ramp bukak tingkap capai Pampers, sabun dan gula.

Sememangnya pemandu Malaysia ada yang terpengaruh dengan pemanduan pemandu2 F1. Bezanya ialah pemandu F1 berlumba di litar tapi pemandu kita berlumba di jalanraya. Jika di highway atau jalan besar, boleh le aku terima. Tapi di kawasan perumahan, di kawasan sekolah pun nak tekan laju2....otak dimana? Nak tunggu sampai sendiri tumbangkan budak sekolah baru nak insaf? Memang peribahasa 'sudah terhantuk baru nak terngadah' sangat2 sebati dlm jiwa mereka. Selagi mereka tak kene, selagi tu tak fikir.

Jika nak cerita lebih details, panjang lebar bebenar. Sedih gak tgk perangai2 masyarakat dlm negara yang sedang membangun nak maju. Kalau lom maju pun perangai macam ni, dah maju camne? Tak dapek nak bayangkan.

Tengok2lah diri dan sekeliling kita. Jangan sehingga budaya selfish ini meragut nyawa dan harta benda. Apa lagi, ujilah tahap selfish anda..kalau tahap 100%...anda memang 'hebat'



You Are 25% Selfish

In general, you are a very giving person who treats others very well.
But at times, you insist on getting your way - when it matters most to you.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin