Sunday, March 30, 2008

Pau dan kopi

On the way balik dari Instun, singgah di kedai kopi Yik Mun yang famous dengan pau nye. Siap jadi landmark dalam peta Instun. So alang2 tersesat dan ternampak...singgahlah. Beso signboardnya, nampak di simpang empat dlm pekan Tg Malim.



Ni kedainya. Ada open air dan ada yg bilik air cond.



Macam-macam ada


Order pau kaya satu. Rasanya sedap, gebu dan lembut. Intinya pun banyak.


ada logo halal dan no siri dari JAIP



tak sah kalau tak pekena kopi, secawan-dua


Lepas tu order roti kawin plak


Sedap....

Lepas tu terus drive balik ke KL. Dalam hujan yang sederhana lebat, rasa ngantuk pula. Nasib baik ada Sinar.fm yang memutarkan lagu-lagu rock yang popular. Layannnn....




Training di Instun-day 1 to 5

Leganya dapat kembali semula ke KL setelah 5 hari setengah berkampung di INSTUN. INSTUN ni ialah Institut Tanah dan Ukur Negara merupakan satu kawasan di Behrang Ulu (Tg Malim) seluas 80 ekar (masih ada 120 ekar lagi yg blum dibangunkan). Dari exit Tg Malim di highway Utara-Selatan, jauh juga nak drive ke Instun ni. Dari main road masuk ke dalam pun dah 3km. Hutan kiri-kanan. Tetiba ada kampus cantik didalamnya. Kagum giler.

Sherrina dan assistant, Zairi bertolak dari KL jam 1 tengahari. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Jalan clear, cuaca pun cantik. Kami bertolak pada hari Ahad (23/3) kerana senang sampai awal. Leh prepare apa yang patut. Singgah di satu kawasan di Tg Malim-Behrang utk minum kejap dan beli brg keperluan (supermarket Billion) sebelum terus ke Instun. Sampai disana, kami diminta ke lobi pendaftaran. Kawasannya seluas mata memandang.

Lepas daftar diri dan amik kunci, Sherrina ke asrama perempuan. Ada 3 tingkat semuanya, banyak bilik. Probably 20 bilik kot di setiap tingkat. Masuk bilik first, kipas ada problem. Gi balik kat kaunter, tukar bilik lain. Mujur peserta blom ramai yg sampai so leh pilih2 lah. Ingatkan penceramah dok sorang, tapi kene kongsi dengan peserta. Ok gak, sebab bilik dia besar. Scary gak dok sorang2.

Bilik asrama sangat selesa. Ada 2 katil bujang, bilik air siap shower. Ada satu meja make-up merangkap meja study dan almari pakaian. Nasib baik ada balcony, leh gak menjemur baju. Lepas kemas barang, bukak laptop. Tgk ada signal wifi tapi xleh access. Hari kedua baru tau camne nak guna. Oklah gak, since takde tv dalam bilik. Ada internet pun bagus.

Peserta yang dok ngan Sherrina tu org Negeri Sembilan. Azmatul, one year older than me. Best gak sebilik ngan programmer. Leh story macam2.

Selama 5 hari ni, Sherrina mengajar kursus Microsoft Access Lanjutan. Peserta ada 25 orang semuanya dari pelbagai agensi kerajaan dari seluruh negara. Lab IT disini cukup baik, superb. Cuma kadang2 ada prob pada PC tapi technician sentiasa standby.





Kat sini facilities bleh kata tip top lah. No complaint. Dari lab sampai ke asrama, semua selesa. Cuma tang memanjat tangga tu yg tak tahan. Maklumlah jabatan tanah, depa nak pelihara lah semua tanah yg ada. Kawasan berbukit tidak ditarah sebaliknya di pelihara dan dibuat tangga. Dari asrama nak ke dewan makan kene turun satu tingkat dan naik 2 tingkat. Dari dewan makan nak ke lab kene turun 3 tingkat pastu naik balik 3 tingkat. Perut yg kenyang, jadi lapar balik...hahaha...


Blok Akademik dari my balcony


Nun di belakang sana tu blok domestik utk pendaftaran dan dewan makan. Tangga yg panjang tu menghala ke bangunan akademik.


Ni lah dia tangga-tangga yang perlu dipanjat setiap hari 2 kali sehari (pagi dan lepas lunch) selama 5 hari. Hampir bengkak kaki dibuatnya sebab kene menggalas beg laptop yg berkilo2 tu. Masuk hari ke-2 tak larat dah, naik kat laluan ramp utk kerusi roda. Jauh sket takpe asalkan tak penat sangat. Hari ke -4 terus drive dari asrama ke blok ni. Parking atas terus ke level lab IT.

Banyak kemudahan yang ada disini selain yg asas. Antaranya segala macam jenis court, auditorium, gym, library, swimming pool, surau dan banyak lagi. Kira serba-serbi lengkap lah sampaikan ada kursus yang memerlukan peserta berkampung disini sehingga 2 bulan. Perghh!





Pada hari Jumaat, majlis penutup diadakan di Auditorium bersama peserta-peserta kursus yang lain.



Majlis selesai jam 12.30. Lepas habis dan bersalam2 ngan peserta, kami ke dewan makan utk lunch terakhir. Oh ye lupa nak citer. Kat sini oleh kerana tenaga banyak dihabiskan memanjat tangga-tangga, maka makanan kat sini superb-superb belaka. Sepanjang 5 hari kat sini ada kat 2 kali makan ketam (goreng dan masak lemak). Yg best tu as penceramah, ada hidangan khas. So leh amik banyak mana suka....hehehe. Pastu ada lauk udang (beso2) dan lain2. Kira makan kat sini tak komplen lah. Masa lunch last pula ada nasi tomato ngan ayam masak merah dan dalca kambing. Bestt!

Selepas pack barang, Sherrina drop Zairi di umah bakal mertua dia di Behrang kemudian ke Tg Malim utk drop 2 peserta di stesen bas. Lepas tu nak cari exit ke KL tersesat lak, camne pusing masuk pekan Tg Malim balik. Terjumpa lak kedai pau yg famous itu. Next entry :)

Monday, March 24, 2008

Training di Instun

Hari kedua berada di Instun (Institut Tanah Urus Negara) untuk mengendalikan kursus Microsoft Access Lanjutan. Lokasinya jauh ke dalam, takde ke mana le kali ni. Takde nak jalan-jalan.

Facilities kat sini superb. Lab dia perghh...power giler. Malah, dalam setiap asrama di setiap level ada Wi-fi (nasib baik, kalu dak mati kering le dok sini. Tv pun tadak dlm bilik)



Speed bagus gak. Sebab rasanya Sherrina sorang je yg bawak laptop. Maklumlah trainer, student datang lenggang je lah sebab komputer semua disediakan.

Kali ni cabarannya hebat juga sebab separuh peserta mmg level intermediate ke advance. Berpeluh jugak le. Tapi ada plak sekumpulan peserta yang zero knowledge in Access. Kesian lak...so kene go slow lah.

More pics sok (dah ada wifi ni bleh blog regularly lah....takde keje lah katakan huhu)

Thursday, March 20, 2008

Kluang Station

Hari semalam lepas abis ngajar di Pandan Mewah, terus melencong ke Ampang. Bestnya kawasan Pandan Mewah ni sebab ada exit ke Ampang yg dekat sangat. Dan ia sangat dekat dengan Carrefour Ampang. Since ia buka, Sherrina tak pernah pegi. So, singgah le. Besides perut minta diisi sebab tak sempat sarapan pagi.

Parking lengang. Yelah, hari kerja. Tapi kalau di Carrefour Wangsa Maju pun penuh gak row depan. Yg ni kosong je. So sangat senang nak parking. Jenguk ke dalam, nampak Kluang Station. Pekena kopi ngan toast bun, sedap nih. Pastu order sekali bubur nasi.


Dekat je Kluang ni, takyah gi sampai Johor nun


Kopi kaww...betul-betul kaww


Suasana yang tenang


Ini dia toast bun yang menjilat ke siku jari


Bubur ayam yang sangat mengenyangkan


Toast bun diisi hirisan mentega dan sapuan kaya...sedapp

Petang lepas office hour, jumpa member dan dinner di Cozy Great Eastern Mall pulak. Baca somewhere di forum extdk.net, ada org kata Yee Mee with Fresh Prawn sedap. Tu yg try kali ni.


Yee Mee with fresh water prawn..pueh hati, udangnya bosa-bosa


Kawan saya makan nasi goreng kampung kot...sedap juga


Datang sini tak sah kalau tak pekena Horlicks tarik

Lepas makan, dapat call kata kelas malam cancel. Aiseh, kalau tau awal-awal, leh dinner di KLCC terus. Takpelah, gerak je lah ke KLCC sebab malas nak balik awal-awal. Besides, dah lama x gi KLCC. Rupanya ada pameran kereta Formula One.










Ni motor apa eh? Beroda tiga pula tu.


Eh...best pulak. Mcm water ski aje.


Ni kalau layan kat sungai depan umah ni, best betul.


Masuk Kinokuniya saja-saja je. Wah, makin besar kedainya. Sudah renovate. Sudut buku tempatan pun makin besar. Dan yang sangat best, akhirnya dapat juga melengkapkan koleksi buku karya Faisal Tehrani. Selama ni asyik intai di MPH, takde saja. Kali ni terus rembat dua-dua. yayy...ada bahan bacaan utk isi masa lapang selama 5 hari mengajar kursus di Tanjung Malim nanti.

Wednesday, March 19, 2008

Badminton Lagi

Dah jadi macam acara mingguan pulak. Setiap Isnin, tangan dah gatal je nak pegang reket badminton. Perghh, leh jadi ketagihan. Maklumlah, selama ni nak main takde geng. Skarang dah join kelab badminton Ansara Terendak, seronok sket. Kol 9 malam je, berkumpul kat KLRC Wangsa Maju. Amik 2 court, main gilir-gilir. Sempat le main 3-4 round. Bukan leh main banyak pun, semput dowhh...


Regu dengan Ruhan. Senior setahun. Yg kelakarnya, tatau pun dia wujud kat MRSM Terendak selama aku form 4 kat sana. Cuma start kenal masa main badminton ni hah. Sorilah bro, kalah lah. Reket gua bocor gamaknya...huhu...


Kak Aidrina dan anaknya, Adli. Ni nampak je kecik dua-dua, jenuh gak nak challenge


Pasukan yang berlagak terer. Akhirnya kalah juga.....huahuahua....


Ada pulak acara tambahan...acara makan-makan. Abg Huzairi dan Kak Su siap tapau samosa dan donut lagi tuu..haihhh...tak concentrate nak main badminton!



Patutlah kitorang kalah, ada sumber yang menganggu konsentrasi..cehhh (alasan :p )



Baby Aqil, anak abg Huzairi dan Kak Su. comel gilosh, kecik2 lagi dah ada lesung pipit!

Terendakians lain yang nak join, dialu-alukan. Every Monday, 9pm-11.30pm diikuti sesi ngeteh selepas itu untuk merapatkan hubungan silaturrahim :)

Sunday, March 16, 2008

Matta Fair 2008

Smalam berkesempatan ke PWTC untuk berpusu-pusu bersama ribuan manusia lain yang mencari-cari pakej holiday yg murah dan menarik. Gamaknya org2 KL ni mmg sangat2 memerlukan holiday yek...maklumlah dok di KL ni stress sokmo. Tapi aku yg kurang stress ni pe ke hal lak nak pi holiday? Dah le bila outstation training pun dah ala-ala holiday. Muahaha..saje je nak nyebuk. Sebenonye nak cari kupon2 hotel di KL tapi takde pulak. Nak usha pakej luar negeri, next year dah booking seat je Japan. So tgk2 le pakej yg murah2 below budget RM1000. Antara yang menarik hati ialah Bangkok.

Tapi Matta Fair kali ni hampeh lah. Dah tak serupa holiday fair. Lebih kepada credit card fair pulak. Pantang pusing kiri, agent CC approach. Pantang pusing kanan, agent CC approach. Siap ada booth TM Net pun ada. Apa kaitan ntah dengan perlancongan :p


Photo credit to Keeyit

Bila dikira-kira, rasanya semua jenama bank ada le membuka booth di Matta Fair. Semuanya bersesak-sesak nak mencari customer. Nak pikir pasal holiday pun dah terbantut. Yelah, banyak sangat godaan. Ada je yg hasut suh apply je nak gi holiday pun senang. Gores ajerrr. Iyolah tu, ujung bulan, poket aku yang tergores. Huh!

Dah le pening bersesak, menepis godaan agent CC pastu booth dah mcm rojak. Tak lagi mcm dulu. Kalau Europe, US...satu hall. Asia, satu hall dan local hall lain. Ini skarang, semua hall ada semua mende. Haihhhh....saje je nak suh aku berjalan tgk semua hall. Yang tak tahan tu, kat hall 1 ada persembahan kebudayaan. Ntah negara mana punye show ntah, dah ala-ala tiger show dah. Patut pun crowd tak bergerak, rupanya ada persembahan 'panas'....perghhh!

Lepas abis pusing, last-last tak beli pun pakej apa-apa. Just usha je sambil cari idea nak gi holiday mana. Pakej Lang Tengah yg beli masa previous Matta Fair pun lom guna lagi. Maybe Bangkok lah, end of this year. Yeayy...jalan-jalan cari pasal....:p

Tuesday, March 11, 2008

ET: Kolej Sultan Abdul Hamid

Entry Tertunggak (ET) kali ini ialah mengenai lawatan saya ke Kolej Sultan Abdul Hamid 2 minggu lalu. Ayah Sherrina, bekas pelajar kolej SAH telah dijemput menghadiri majlis sukan tahunan KSAH (Kolej Sultan Abdul Hamid) kerana telah terpilih untuk menerima anugerah Lestari kerana pencapaian sukan semasa belajar disana dlm tahun 60an. Me, my dad and my mom travel to Alor Setar on Sunday morning dan stay di Hotel Seri Malaysia. Acara ini berlangsung pada hari Isnin jam 2.30 petang.



Ayah saya (Syed Aswad) menemui junior-junior yang tak penah jumpanya, cuma penah dengo nama. My father was the headboy selain drpd atlit sukan yg pernah mewakili sekolah, daerah dan negeri Kedah.


Nama rumah sukan di KSAH ini agak pelik. Ayah saya dulu rumah Stuart. Stuart tu apa, saya pun tatau.
Align Center


Sultan Kedah mencemar duli hadir ke majlis ini. DYMM Tuanku Sultan juga merupakan bekas pelajar KSAH.


Acara perbarisan oleh rumah sukan. First time tengok acara perbarisan siap ada maskot.


Tahun ini sambutan hari sukan special sket sebab tahun ini juga KSAH menyambut 100 tahun penubuhannya. Siap ada acara penerjunan oleh PDRM kalau tak silap.


Penerjun membawa bendera sekolah dan bendera rumah sukan. 5 penerjun kesemuanya.




Jam 5.30 petang setelah selesai penyampaian semua hadiah, barulah ayah saya punya acara. Biodatanya dibacakan dahulu dan kedengaran sorakan pelajar apabila MC memaklumkan bahawa ada rekod sukannya yang masih blom dipecahkan sehingga ke hari ini.


Itu rekod sukannya bagi acara 400m. Rekod tertua yang masih belum dicabar.



Ayah saya bersama gurunya yang mengajar beliau selok-belok sukan olahraga.



Asrama dimana ayah saya menginap selama 6 tahun belajar di KSAH.


Esoknya pada hari Selasa, kami bertolak pulang ke KL. Takde gi jalan mana-mana pun.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin