Tuesday, March 11, 2008

ET: Kolej Sultan Abdul Hamid

Entry Tertunggak (ET) kali ini ialah mengenai lawatan saya ke Kolej Sultan Abdul Hamid 2 minggu lalu. Ayah Sherrina, bekas pelajar kolej SAH telah dijemput menghadiri majlis sukan tahunan KSAH (Kolej Sultan Abdul Hamid) kerana telah terpilih untuk menerima anugerah Lestari kerana pencapaian sukan semasa belajar disana dlm tahun 60an. Me, my dad and my mom travel to Alor Setar on Sunday morning dan stay di Hotel Seri Malaysia. Acara ini berlangsung pada hari Isnin jam 2.30 petang.



Ayah saya (Syed Aswad) menemui junior-junior yang tak penah jumpanya, cuma penah dengo nama. My father was the headboy selain drpd atlit sukan yg pernah mewakili sekolah, daerah dan negeri Kedah.


Nama rumah sukan di KSAH ini agak pelik. Ayah saya dulu rumah Stuart. Stuart tu apa, saya pun tatau.
Align Center


Sultan Kedah mencemar duli hadir ke majlis ini. DYMM Tuanku Sultan juga merupakan bekas pelajar KSAH.


Acara perbarisan oleh rumah sukan. First time tengok acara perbarisan siap ada maskot.


Tahun ini sambutan hari sukan special sket sebab tahun ini juga KSAH menyambut 100 tahun penubuhannya. Siap ada acara penerjunan oleh PDRM kalau tak silap.


Penerjun membawa bendera sekolah dan bendera rumah sukan. 5 penerjun kesemuanya.




Jam 5.30 petang setelah selesai penyampaian semua hadiah, barulah ayah saya punya acara. Biodatanya dibacakan dahulu dan kedengaran sorakan pelajar apabila MC memaklumkan bahawa ada rekod sukannya yang masih blom dipecahkan sehingga ke hari ini.


Itu rekod sukannya bagi acara 400m. Rekod tertua yang masih belum dicabar.



Ayah saya bersama gurunya yang mengajar beliau selok-belok sukan olahraga.



Asrama dimana ayah saya menginap selama 6 tahun belajar di KSAH.


Esoknya pada hari Selasa, kami bertolak pulang ke KL. Takde gi jalan mana-mana pun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin