Mula-mula lagi dah nampak pondok PAS
Baru lalu depa dah panggil. Jiran aku, kak ngah tukang ja ga pondok rupanya. Kasi IC utk check nama dan dorang kasi slip. Senang juga sebab masa masuk bilik mengundi depa minta tgk slip tu nak cepat cari no siri.
Pondok BN tak kurang hebatnya. Dulu banyak je kete2 mengambil pengundi. Tahun ni tadak dah. Ahmad Bujang tak kasi duit kottt...
Sinilah tempat Sherrina ngundi. Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat. Sekolahku selama 6 tahun.
Ramai juga yang turun mengundi. Sherrina di no 4. Dorang susun ikut umur rupanya.
Lepas ngundi haruslah pusing-pusing tengok skolah dulu kan. Dah lama tak jejak kaki kat sini. yelah, cuma 5 tahun sekali time mengundi. Ni area kelas masa darjah 1. Darjah 1 Kenanga.
Meja dan kerusi plastik. Rasa mcm kurang syok pula. Lagi feel pakai meja kayu. Kecik pula tu saiz meja-meja ni. Low maintenance barangkali.
Huhu...dah kene timbus dah kolam ikan ni. Dulu siap ada jambatan kecil. Time cuti skolah kene datang cuci kolam ni. Dan kolam ini juga menjadi mangsa lemparan-lemparan buku oleh guru dari tingkat 3. Terbang melayang masuk ke kolam. Keceburrrr! Buku math Sherrina pun nyaris2 nak masuk kolam, mujur balingan tak kuat. Tersekat di benteng tingkat 3. Tapi kerana itulah mathku dapat A masa UPSR. Huhu...arwah Cikgu Rohani, garang tapi berwibawa.
Laluan ke kantin. Ni lah port main 'cop-cop tiang'
Ni kantin. Makin kurang lak kerusi. Ini bukan sahaja kantin, ini lah juga tempat jualan buku, vitagen dan pertunjukkan silap mata. Tiketnye cuma 30 sen aje.
Baru ni lah elok padang, hijau berumput. Dulu botak memanjang. Budak2 asik main bola.
Dah uzur bebeno bangunan ni. Siap ada tenteng tu kat atas tar tuh. Bestnye.....
Alhamdulillah...harap-harap menanglah kali ni.
No comments:
Post a Comment