1 Mac 2008 pasukan dari Parlimen Gombak diketuai oleh saudara Abijan (SPM99), me (SPM97), kak Shireen dan kak Aidrina (both SPM87) bergerak dari Ulu Klang ke R&R Seremban. Pada mulanya kunun nak gerak kol 6.30 lah kan tapi kalau dah aku sendiri pun terjaga kol 6.45, apa kejadahnye lah kan. Melompat le nak mandi bagai. Al-maklumlah, aku dah kak aidrina stay up (fuhh...dah lama x guna terms ni) sampai kol 4.30 pagi menyiapkan segala dokumen yang nak dibawa berbincang ngan pihak maktab paginya kol 9.
Sampai di R&R Seremban, kami berkumpul dengan pasukan Parlimen Kajang (Is dan abg Amir), team dari parlimen Shah Alam (Mulan dan Malyoi) serta Parlimen Rawang (Hairil dan Oshie). Tak lama kemudian wakil Parlimen Ulu Langat pun timbul iaitu abg Suhaimi King.
Kami tiba di MRSM Terendak jam 9.30, setengah jam terlewat. Tapi mujur meeting pun baru nak warm up. Ramai cikgu2 join sama, mostly cikgu2 baru yang aku tak kenal. Ada gak cikgu2 lama mcm cikgu Normaliah dan cikgu Hazalinda.
Lepas makan, kami merayau sekitar maktab melihat perkembangan terkini maktab yang dah banyak berubah.
No comments:
Post a Comment