Monday, April 16, 2007

Dinner at D'Tasik, Bangi

Sabtu. Nothing much to do. Gi tempat client sebab ada masalah PC. Siapkan dalam masa satu jam. Lepas tu gi Times Square ngan member kunun nak tengok wayang. Tapi takde citer yang best. Makan di restoran kegemaran iaitu Marrybrown dan lepak di Titiwangsa sambil bersembang.



Kol 6 bertolak ke Bangi untuk hadiri majlis meraikan penubuhan Activemind yang ke 3 di restoran D'Tasik yang terletak sebelah masjid Uniten. Dah 3 tahun rupanya. Thanks Iskandar sebab belanja makan. Sedap betul dan anehnya tak ramai pulak orang. Sepuluh orang datang meraikan. Ada live band lagi dari Indonesia.



Band ni bergerak dari meja ke meja menyanyikan lagu yang pelanggan request. Kesian anak Azizi request lagu Mawi tak dapat sebab dorang tak study lagi lagu tu. Aku request Stand By Me sebab aku tatau lagu apa nak minta. Lagu kedua aku suh ajelah dorang nyanyi apa2...cisss, patut mintak lagu Broery Marantika ke Bob Tutopoli ke sebab suara dorang memang harmoni bangat. Kalau masuk reality tv show sure kalah contestant2 lain.


Kitorang order nasi putih, tomyam campur, ikan siakap masa 3 rasa, baby kailan dan udang butter...perghhh sedapp. Kalah Restoran Nelayan yg hampeh tu.

Thanks le Is sebab belanja makan....semoga Activemind bertambah maju :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin