Monday, March 02, 2009

Aroma Ikan Bakar, Jeram



Hari ni Sherrina kene anto adik dan kawannya balik ke Unisel selepas mereka cuti seminggu. Kami bertolak jam 3.30 petang. Lepas anto dia, Sherrina dan member gi JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan) di Jeram. Ingatkan dekat je Jeram dengan Batang Berjuntai. Kat sejam perjalanan le jugak. Godek-godek GPS, Aroma Ikan Bakar ada. Penah baca pasal kedai ni di suratkhabar kalau tak silap. Baca review di blog, ramai gak yang kasi review positif. Alang-alang dah sampai ke area sini, usha teruslah.



Menggunakan petunjuk jalan oleh GPS, kami sampai ke Aroma Ikan Bakar jam 6 petang. Sebelum tu sms tokeynya, En Naim utk bertanya pukul berapa kedai mula buka. Kedainya mula beroperasi seawal jam 4.30 petang. Kali ni GPS membawa kami melalui kawasan-kawasan kampung dan ladang kelapa sawit. Fuh, nampak je kawasan terpencil dan kurang membangun tapi rumah-rumah disini boleh tahan lawa dan mewah.



Ni lah kawasan tepi pantai Jeram. Macam takleh mandi je, air lautnya pun kelabu. Masa ni angin punyalah kuat. Ingat nak amik meja tepi pantai tapi bila pikir-pikir, kang pasir masuk dalam nasi...baik amik meja bawah bumbung. Lagipun awan dah gelap, nampak macam nak hujan.


Sherrina pilih makanan laut iaitu ikan siakap utk dimasak tiga rasa, udang masak butter dan ketam amik sekor je sebab besar. Masa goreng cili.


Macam-macam jenis makanan laut ada. Semuanya segar-segar belaka.



Kat sini memang banyak meja disediakan. Malah ada ruang khas dibawah bumbung utk majlis-majlis keramaian. Siap ada stage.



Pekerja kat sini punyalah ramai. Kebetulan kami sampai pun agak awal. Kejap je makanan dah siap. Memang sangat efisyen. Ini dia Siakap 3 Rasa. Ikan digoreng rangup, sosnya manis pedas. Memang sedap giler. The best Siakap 3 Rasa yang Sherrina penah rasa setakat ini.


Ketam goreng cili. Bila ditanya ketam masak apa yang best, ini yang mereka recommend. Sama je macam di Bagan Seafood. Tapi bila siap, agak kecewa lah. Rasanya kureng, ada rasa macam kari pun ye. Untuk ketam goreng cili, Bagan Seafood tetap lebih sedap.


Udang goreng butter atau Butter Prawn. Memang sedap. Udangnya masa pilih, tgk macam tak besar sangat. Sekali dah masak, besar bukan main. Memang sedap tapi kalau buat style butter cair, lagi enak. Macam kat D'Tasik, Uniten.


Nasib baik tak tamak mintak tomyam. Ini pun dah sangat mengenyangkan.


Spesis baru, SiTam.....siakap kacuk dengan ketam.


Agak-agak nak datang sini time hujan, elak daripada makan dibawah khemah. Sistem perparitan disini agak lemah, leh banjir lak.

Jumlah harga makanan termasuk teh tarik, air kosong, teh o ais dan kopi tarik ialah RM54. Reasonable price. Sesuai dengan keenakan makanan, servis yang cepat serta persekitaran yang bersih. Cuma sini parking tak banyak, kalau lambat kene park tepi-tepi jalan.

Kesimpulannya, kalau anda berada di area sini bolehlah mencuba makanan disini.

Aroma Ikan Bakar

Jalan Jati, Pantai Jeram

45800, Jeram, Selangor.

Tel: 017 - 316 3117

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin