Sehari sebelum karnival, Sherrina berada di padang bolasepak dimana karnival akan dijalankan untuk memerhatikan kerja-kerja memasang khemah. Time tu pulak ada pertandingan American Football ditempat yang sama, ketika separuh khemah telah dipasang. Memula pihak Titiwangsa kata takde hal pasang disitu sehari sebelum acara tapi orang2 football ni pun sewa gak. Ape daa..tapi mcm tak biasa kan dgn pengurusan gomen.
Hahahaha...lepas bincang2 pecah kepala, terpaksa susun semula khemah-khemah tu. Suh dorang angkat khemah2 tu dan alihkan ke lokasi lain yang tidak termasuk dalam garisan mereka. Terkial-kial nak angkat, wak yang pasang khemah tu selamba je angkat berempat. Dorang termengah-mengah walhal angkat punyalah ramai. Hahahaha.....
Di pagi hari Ahad, Sherrina sampai di padang jam 7.45 pagi. Tunggu lori khemah datang bawak kerusi dan meja. Sekali ada jugak penyewa lain di padang tu. Syarikat hot air balloon pulakkk. Macam-macam masalah. Mujurlah dorang cuma nak pakai tempat tu sampai kol 10 pagi je.
Tak lama kemudian, orang katering dan PA system pun sampai. Sibuklah mereka setup barang masing-masing. AJK lain pun sampai dan bantu pasang banner dan bunting di sekeliling khemah.
Sound check
Dr Azahadi yang serba boleh. Potong orang pun boleh, pasang banner pun boleh.
Khemah tetamu
Antara Terendakian yang awal berada di lokasi.
Gerai Khazanaz milik kak Ros Alhana dan abg Johoe
Gerai Big Apple turut menyertai karnival ini
Gerai-gerai lain milik Terendakians yang turut sama
Kak Hamsa sedang menyusun produk-produk syarikatnya
Malyoi menjadi emcee terjun untuk karnival ini, sebelum diambilalih oleh Mad Duan.
Misz Mastura yang join acara karaoke.
Mad Duan menyumbangkan 3-4 lagu
Abg Ed, antara yang pertama hasil bidaan karaoke
Mej Adi pun tak ketinggalan menjadi mangsa bidaan
Brader Fakran dan Mulan berduet
Kak Suraya nyanyi bila semua org dah balik....samalah dengan den jugak
Pasangan yang mendapat bidaan tertinggi, bro Jamalul dan kak Julie
Cabutan bertuah pun ada...
Is dan Shimi membuat pengumuman cabutan bertuah
kak Aidora menang kotak besar....isi apa agaknya
Acara yang dinantikan ramai, sukaneka
Shimi tukang organize sukaneka
Jokyu dan anaknya Marcella yang dah tak sabo-sabo nak main
Oshie dan anak-anaknya....dlm permainan dadu
Team Mulan yang menang tempat pertama
Game kedua, baling cawan (versi baru kepada baling tin)
Balingan pertama
Abg Safiuddin mengelak dengan cekap sekali menggunakan Hikmat Kempiskan Perut Tahap 18
Mulan tgh sibuk menyusun cawan sambil memerhatikan pihak lawan membantai dengan bola tennis.
Ni gaya apa plak ni, abg Ed?
Abg Ed menunjukkan skil mengelak bola
Acara poco-poco dikendalikan oleh Mulan
abg Huzairi dan anaknya
Majlis habis jam 4 petang. Kol 5 baru gerak dari padang, selepas semua dah balik kecuali pihak khemah yang masih menunggu lori khemah. Sebelum balik, dapat cenderahati cupcakes daripada Khazanaz (thanks so much, kak Ros dan abg Johoe). Buat bekalan makan di tengah malam...hahaha.
Selain tu, dapat juga satu bag barangan Thymes Orion daripada kak Hamsa. Thanks so much, kak.
Lawo giler paperbag ni
Brochure
Minyak kelapa dara
Honey vinegar
Overall, sangat puas hati. Semua persiapan berjalan dengan lancar, mula-mula tu ada le hiccups sikit tapi dapat diselesaikan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua exco dan pihak yang menjayakan karnival ini. Terima kasih kepada semua Terendakian yang datang menyokong acara ini. Jumpa lagi di gathering terbesar Terendakian di tahun 2010 nanti :)
No comments:
Post a Comment