Ahad lepas telah berlangsung acara Go-Kart Ansara Terendak 2009. Organized by saudara Brader Rez dengan bantuan Shimi dan Misz Mastura, berjalan dengan sangat lancar. Sherrina bertolak ke Shah Alam jam 8 pagi, selepas fetch Marissa (SPM 2008) kat Wangsa Maju. Walaupun pakai GPS tapi nak cari jalan masuk ke kawasan Go-Kart tu agak mengelirukan.
Ketika sampai, kami diminta mengisi borang pelepasan. Kemudian sesi briefing oleh pihak Go-Kart. Memula Sherrina taknak main sebab batuk masih tak habis dan rasa tak confident leh muat masuk dalam go-kart tu. Tapi bila tengok memasing dah pilih helmet, takleh jadi ni beb. Try gak. Ada go-kart saiz besar. Jenuh pikir camne nak duduk le (sebab go-kart ni lowered) tapi akhirnya berjaya menyumbat diri kedalamnya (kesian go-kart tuh...hahahaha).
Hanya berjaya dalam sesi warm-up dan qualifying round je. Tu pun dapat kedudukan akhir sebab memandu dengan sangat berhati-hati (dah terbiasa beb) walaupun kebarangkalian untuk go-kart tu terbalik hampir sifar (berat daa...) tapi memang dah tekan pedal sampai lantai, memang takleh nak laju. Cisss....next time kene buat pertandingan mengikut berat lah baru aci. Ni yg juara ringan belaka....:p
Apa pun memang enjoy giler, rugi le sapa yg tak join. Jom layan gambo dan video kasi korang meleleh.....wakakakakaka....
No comments:
Post a Comment