Sunday, October 25, 2009

BBQ at umah Ayu

Sabtu yang lalu, program BBQ di umah Ayu dan Chot di Sepang. Sherrina, Wana, Mas, Ayu, Radzi, Murni and Fadhli berkonvoi ke sana. Nasib baik ada GPS. Susah juga nak cari kalau tak familiar dengan kawasan. Kami berkumpul selepas tol Putrajaya dan tiba di kawasan kejadian hampir jam 7 malam. Chot dah mula membakar arang.


Kelihatan lamb yang aku prepare malam sebelumnya. Menggunakan sos yang dibeli di Carrefour, hasilnya cukup bagus. Sedap. Cuma lamb tu agak liat.


Ada tetamu tak diundang datang menjengah kot ada rezeki terpijak (Note: hotdog tergolek di rumput yang dibasuh oleh Ayu. Tatau le sapa mangsa yang memakannya....ekekekekek)


Radzi menunjukkan skill menghasilkan krim bawang putih utk disapu pada french bread dan dibakar. Hasilnya....sedap sekali.



Ayu dan Mas yang asyik melayan program tv perihal menari-nari kat Astro.


Yang lain sabar menunggu Apek dan Azri yang tak nampak batang hidung. Akhirnya mereka tiba jam 9 malam. Lambat mengalahkan orang anak dua :p

Apa pun, program kali ni berjalan dengan jayanya. Patut diadakan lagi di akan datang. Deyyy....lupa nak amik group photo lah...thanks to tuan umah kerana mengizinkan umah anda menjadi port utk kita berkumpul.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin