Sherrina dan cousin berkesempatan ke Jalan Templar di PJ petang semalam utk membeli buku di Pearson Warehouse Sale. Selepas membaca banyak review menarik mengenainya di Shopping N Sales, kami berjaya tiba disana dan mendapat parking yang baik dengan bantuan GPS.
Jualan gudang ini menyediakan ribuan buku untuk mereka yang suka membaca.
Buku latihan dan rujukan sekolah dijual dengan harga yang sangat murah. Sherrina memborong sakan untuk sesi persekolahan tahun hadapan.
Ibu bapa dan kanak-kanak akan habiskan masa di bahagian ini kerana ada banyak sangat buku kanak-kanak yang dijual dengan murah, termasuk koleksi bacaan Peter and Jane
Oleh kerana jualan ini dibuat dibawah bumbung zink, cuaca terasa panas. Jika ke sana pastika anda memakai pakaian yang selesa, kasut yang selesa (sangat penting sebab akan banyak berdiri dan berjalan) dan bawa air.
Sherrina tidak berbelanja besar kali ni. Kurang dari RM100. Sebab tak banyak buku daripada penulis kegemaran Sherrina. Jumpa sebuah buku tulisan Nicholas Sparks, tak jumpa buku2 daripada penulis popular seperti John Grisham, Meg Cabot (ada satu siri saja), Sophie Kinsella dll. Mungkin sebab buku2 mereka masih laku dijual. Tapi nampak satu kawasan penuh dengan buku Harry Potter. Harga bagi novel adalah dalam RM10-RM30.
Jualan ini bermula jam 10 pagi hingga 7 malam, berakhir pada hari Ahad ini.
No comments:
Post a Comment