Thursday, October 15, 2009

Kenangan Retro: Bas Mini

Dah lama tak mencoret di ruangan Kenangan Retro. Kali ni Sherrina nak kongsikan kenangan masa sekolah menengah, masa form 1 hingga form 3. Sherrina bersekolah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (CBN).

CBN terletak di tengah bandar KL. Untuk kesana samada naik bas sekolah, bas awam atau kereta. Masa tu mana ada LRT atau Monorel lagi. Masa form 1, Sherrina naik bas sekolah. Masuk form 2, dah pandai naik bas awam especially bila balik sekolah. Maklumlah, bas sekolah amik pelajar dari skolah jam 1.30-2.00pm. Bila ada aktiviti ko-kurikulum dan terpaksa stay-back di sekolah, maka terlepaslah bas sekolah. Bas mini atau bas panjang (Leng Seng atau Sri Jaya) lah menjadi pengangkutan untuk balik ke rumah.


Antara bas awam yang menghubungkan kawasan Ulu Klang dengan KL ialah bas mini 20, bas mini 17, bas len seng 170. Bas-bas ni melalui kawasan yang berbeza. Misalnya, bas mini no 20 ke KL melalui kawasan Keramat-Kampung Baru. Bas mini no 17 dan bas Len Seng no 170 pula ke KL melalui Setapak-Chow Kit-Lebuh Ampang. Tambangnya juga berbeza. Tambang bas mini ke KL pada waktu itu fixed 60 sen. Bas panjang pula berbeza-beza mengikut lokasi yang kita nak turun. Lagi jauh, lagi mahal. Kelebihan naik bas mini, fixed price kalau ke tempat jauh. Tapi rugi bila nak pegi tempat yang dekat. Tetap kene bayar 60 sen. So disinilah peranan bas panjang.

Kenangan paling best naik bas mini ialah saiznya yang kecil membolehkan ia mencilok-cilok di jalanraya. Suatu ketika dulu, tabiat buruk inilah yang telah menyebabkan bas mini dimansuhkan buat selama-lamanya. Tapi, kerana kecekapan pemandu bas mini mencilok lah membolehkan Sherrina tiba di sekolah tepat pada waktunya. Selalunya Sherrina akan tunggu bas di perhentian bas depan Zoo Negara. Jam 6.30 pagi dah menapak ke sana. Time tu mana ada highway MRR2 so sesiapa pun bebas melintas jalan raya tu. Pagi-pagi pun takde kereta sangat. Dan zaman tu kita takde takut kene ragut atau rogol. Memang rasa selamat.

Dalam kesejukkan dan kegelapan pagi, bila nampak je kelibat bas mini, dah rasa happy. Lebih-lebih lagi, bas di awal pagi tak penuh. So bebas nak pilih duduk dimana. Bas mini 20 pula pada ketika tu ada berpuluh bas. Masing2 dengan identiti masing2. Setiap driver dan konduktor diberi kebebasan menghias bas masing2. So, ada bas yang membawa identiti rock kapak. Ada yang bangga dengan identiti metal. Ada juga yang berpaksikan dangdut. Time tu punyalah banyak bas, kita boleh pilih bas mana yang nak naik. Sherrina masih ingat ada satu bas ni, sticker didepannya besar tertulis Sejiwa. Ini bas slow rock. Bas-bas ini biasanya memainkan lagu daripada kaset ataupun hanya buka radio. Mereka akan berperang menampal poster dalam bas. Ada juga bas yang sunyi sepi. Radio rosak le tu. Ada juga yang lebih kreatif. Ada bas yang bunyi locengnya bunyi ting-tong. Ada yang bunyi tret...tret. Ada juga yang tak bunyi langsung. Sebab bila kita tekan loceng, lampu merah didepan bas menyala.

Naik bas, duduk di tepi tingkap. Kalau sejuk, tutup tingkap. Takyah air-cond. Time tu ada bas air-cond tapi kene bayar 70 sen. Lebih prefer bas tingkap sebab bas air-cond ni kadang2 udaranya melemaskan. Konduktor bas akan berjalan mengutip tambang. Biasanya sampai di Jalan Jelatek, bas dah penuh. Bila bas penuh, bas takkan kutip orang lagi. Akan terus memecut ke KL sebab mostly akan turun di Kg Baru hinggalah ke KL di stesen terakhir di Central Market.

Kalau naik bas 6.30 pagi, boleh tiba di Lebuh Ampang jam 7.00-7.15 pagi. Bergantung kepada keadaan trafik. Kalau pukul 7.15 masih lekat di Kg Baru, pemandu bas akan menggunakan skill mereka utk mencilok masuk ke jalan2 di celah Kg Baru. Masa tu, siapa yang turun di main road Kg Baru akan menyumpah2 le sebab mereka kene turun di lokasi lain dan menapak. Tapi bagi yg turun di KL akan merasa lega. Confirm sempat sampai walaupun sesak. Walaupun mereka mencilok dicelah sana dan sini, sangat jarang melihat bas mini berlanggar dengan kenderaan lain. Tapi bab brek, mintak ampun lah. Sapa berdiri tu, paut tiang kuat2.



Bila tiba di simpang Jln Raja Abdullah ke Jln Lebuh Ampang, pelajar sekolah akan standby utk turun. Baik bangun siap2 dan berdiri dekat dengan pintu sebelum konduktor marah. Lebih2 lagi kalau tak ramai yg turun. Bas takkan berhenti betul2, dia akan berhenti perlahan je. Kita kene terer melompat turun tanpa jatuh. Dasat...kih kih kih. Tapi nak cepat nye pasal, redah je. Sebab dah turun bas, nak kene mendaki tangga lak naik ke sekolah. Kalau sampai awal, leh tapau nasi lemak kat gerai dibawah bangunan AIA. Kalau pintu bangunan AIA bukak awal, leh le lari naik eskalator. Kalau tak, jenuh menapak naik tangga dengan beg yg berat. Kalau naik tangga kat St John, kene lalu celah2 mat pit yang tergolek tepi jalan. Leceh. Buat hilang selera makan aje.

Naik bas mini pagi2 best. Sebab sejuk walaupun sesak. Bila naik waktu petang tu yg tak tahan. Especially kalau balik time bertembung dengan orang balik dari kerja. Kene berebut2. Menunggu kat 'pulau' tu satu hal lah sebab bas slalu lambat kerana jem. Bila naik, confirm berdiri punya. Dah lah penat, terhuyung-hayang dlm bas yang penuh dgn mcm2 bau. Kalau time hujan dan tingkap kene tutup, lagi azab. Kene lak sekali serbu, bas terus penuh. Konduktor pakai tolak je nak kutip duit. Sabo je lah. Kalau jalan jem, sampai umah dah maghrib.

Tu lah kenangan zaman bas mini. Skarang tadak dah. Bas mini menerima banyak aduan buruk. Pemandu bas lalok. Memandu dengan merbahaya. Macam-macam lagi. Akhirnya ianya dimansuhkan. Dihantar ke pekan-pekan kecil. Ada yang diubah menjadi bas sekolah. Kini, bas intrakota dah selesa (dan mahal). Lagi ada LRT dan Monorel. Zaman makin canggih. Tapi kenangan lalu tetap segar dalam ingatan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin