Tuesday, September 30, 2008

FOR SALE: Petronas Syntium 3000

Item(s): Petronas Syntium 3000 (4 litre) 5W-40

Package includes: 1 bottle of Petronas Syntium 3000 (4 litre)

Price: RM150 (market price RM198)

Warranty: none

Dealing method: COD at LRT Wangsa Maju or area nearby

Location of seller: Wangsa Maju

Contact method/details:PM or email me at sherrina_kl@yahoo.com

Age of item: 1 month--- laugh

Item(s) conditions:Excellent, brand new. Have not open the cap yet

Picture: See below

Reason for sale:Got it as a gift from Petronas when office go there for contract signing ceremony. Selling it on behalf of a friend.




Market Price (refer to MyMesra website)

Monday, September 29, 2008

Hari Yang Tak Produktif

Ni kisah hari semalam dan sehari sebelumnya. Orang kan dah mula berpusu-pusu balik ke kampung nak beraya. Bosan giler, nak cari member keluar pun takde.



Jumaat last keje, so sibuk menghantar hamper raya pada client2. Every year mmg kasi, menghargai good business relationship dengan mereka. Sambil tu tolong bisnes member yg buat hamper ni juga.


Ni di Carrefour Wangsa Maju pada hari Jumaat. Lengang kan. Aneh? Memanglah, sebab ni time berbuka. Orang semua berpusu di restoran, Sherrina lak masuk beli barang. Better beli time ni sebab tak ramai orang. Besides, nak masuk makan di kedai pun penuh. Berbuka dengan air vitagen sample yang diberikan percuma.


Ni citer hari Sabtu. Seawal pagi jam 8.30 Sherrina ke Kg Baru sebab nak anto member ke Pekeliling. Last feel naik bas balik kampung time raya ni masa study di MRSM Terendak le. Time tu bas yg bawa student balik KL ditempah khas masuk ke maktab sebab ramai budak KL di terendak. Masa tu le berpeluang camne feel naik bas balik umah time raya. Lepas tu tadak dah. So tumpang tengok je lah orang ramai berpusu-pusu naik bas balik beraya.


Suasana di Pekeliling, lom sesak lagi sebab masih awal pagi.


tatau nak pi mana dah. Pi bengkel lah. Kasi buat wheel balancing, rotation dan alignment. Nasib baik sampai awal, sebab lepas tu kereta berpusu-pusu. Last minit nak service sebelum balik beraya. Ada tu dah nak balik kampung dah, sekali kereta buat hal plak. Berkampung le sekeluarga kat bengkel tu dulu. Lepas bikin wheel, baru rasa selesa memandu. Tapi nak kene pi tukar spring plak lah, rasa kurang enak. Cuma nak kene cari RM300 dulu, mana nak cekau ni.


Dah habis bikin tayar, baru pukul 12 tengahari. Pi Alpha Angle lah, baca kat blog Tina katanya Big Apple dah buka disana. Sebelum tu pi melawat CIMB dulu dlm Apha Angle nak masukkan duit, sempat ucap selamat hari raya kat staff CIMB yg dulu anaknyaSherrina ajar di tadika athfaal. Katanya raya di KL aje sebab hari Jumaat keje semula, tak dapat cuti panjang. Pi MPH teringat plak yg Faisal Tehrani ada bikin buku baru. Yahoo, ada dijual lah. Saasatul Ibaad. RM25 senaskah. Mesti beli ni, buku FT semua aku simpan bikin koleksi. Ada juga buku nak dibaca di cuti hari raya ni.


Betul lah Big Apple sudah buka disini. Sherrina bukanlah hantu donut sangat tapi sebab ramai bebeno yg story pasal donut ni sedap, nak gak rasa. Nantilah lepas raya.

Habis pusing tatau pi mana, balik umah lah. Layan dokumentari The True Story Of The Internet yang baru habis didownload. Yayyy!

Saturday, September 27, 2008

Tutorial Menganyam Ketupat

Musim-musim raya ni, kalau takde ketupat rasa macam tak lengkap. Macam pakai sampin tak pakai seluar le gamaknya. Tapi nak beli, mahal weh. Dua-tiga tahun lepas seketul ketupat dah masak dijual dengan harga RM1 sebiji. Baik anyam sendiri. Tak reti anyam? Apa nak jadilah...ishh..ishh...ishh.....(aku pong tak reti...kuikuikui). Meh kita ikuti tutorial ini (perghh, macam tutorial IT lak)






Agak-agak dah berpusing tangan, dah berpintal daun ketupat tapi masih-masih tak jadi gak, tak usah gaduh lah. Gi je kedai cari ni....



Kehkehkeh...oklah what. Daripada nganga takdo apo-apo, ado gak lah something.

Selamat mencuba ;)

Thursday, September 25, 2008

Tip Buffet Di Hotel



Tips ni sgt berguna time makan buffet tu...dan nak best plak makan kat otel 6 bintang... fuuuuuuu...

1. Pastikan anda berpuasa pada hari anda ingin makan buffet. Kalau boleh jangan sahur dan kurangkan makan pada waktu berbuka hari sebelumnya. Ini semua adalah persedian yang akan memastikan perut anda betul2 kosong pada waktu makan buffet nanti. Kekuatan mental
juga perlu diasah. Pastikan sementara menunggu waktu berbuka, anda surf site2 berkenaan makanan untuk menaikan napsu makan anda.

2. Datang awal ke tempat buffet sekurang-kurangnya dua jam. Jam pertama dihabiskan dengan meneliti makanan2 yang disajikan dan mengambil notes. Tulis mengikut urutan apa yang ingin dimakan dahulu kerana ini akan menjimatkan masa & mengelakan kekeliruan dikemudian
nanti. Jam yang terakhir sebelum berbuka dihabiskan dengan melakukan sedikit warm-up dan senaman regangan perut untuk memastikan urat2 kerongkong dan perut telah distretching semaksima mungkin.

3. Jangan makan banyak nasi dan minum air. Pastikan ambil banyak lauk dan makanan2 yang mahal seperti udang, ketam dan sebagainya. Elakkan kuih-kuih yang bodoh seperti apam, lepat dan sebagainya. Ini semua adalah tektik kotor hotel2 untuk memenuhkan perut anda secepat
mungkin sebelum anda sempat makan lauk-pauk yang lebih mahal. Jika ada persembahan ketika berbuka puasa, jangan leka. Teruskan usaha anda untuk makan seberapa banyak yang boleh. Persembahan2 yang disajikan juga adalah satu tektik jahat hotel untuk mengurangkan
orang makan.

4. Jika sudah kenyang, jangan balik dulu. Tunggu sebentar dan berlari-lari anak disekitar kawasan buffet. Ini akan menurunkan sedikit makanan didalam perut anda dan memberi sedikit ruang untuk ia diisi lagi. Kalau boleh, tunggu sehingga masa buffet dah habis baru balik.

5. Bawaklah bini atau teman wanita anda ke buffet kerana handbag mereka amat berguna untuk anda membungkus makanan. Sediakan plastik didalam handbag tersebut dan lakukan kerja2 membungkus dibawah meja.Selalunya kek2 dan sebagainya amat sesuai dibungkus.





p/s: Sherrina tidak mengamalkan tips2 diatas kecuali tang makan yang mahal. Jadi, risiko mencubanya ditanggung anda sendiri...kihkihkih...

Buka Puasa di Felda Villa

Rezeki di hujung2 Ramadhan. Berbuka puasa di D'Saji Felda Villa. Asalnya patut di Dewan Perdana tapi full house pulak. So Felda Villa lokasi terdekat yg available. Patutlah available, RM55++ seorang. Puas cari di Google dimana le lokasinya restoran ni. Rupanya letak di belakang Dewan Perdana. Kalau masuk ke Dewan Perdana, restoran ni terletak di hujung parking lot nya. Jika dari Jalan Gurney pula, ia terletak sebelah Pejabat Pos Jalan Gurney, sebelah Jabatan Ukur dan Pemetaan.




Pintu masuk. Konsep entrance yg menarik dan elegan.


Pondok surau lelaki dan perempuan


Steambot pun ada. Cuma konsep kurang menarik. Hanya 2 periuk merebus disediakan menyebabkan barisan beratur menunggu sorang2 merebus haiwan laut yang mengambil masa agak lama. Kawan Sherrina sampai kene rebus dua kali sebab rebusan kali pertama hanya separuh masak. Agaknya sebab tu kebanyakkan hotel tak buat steambot utk buka puasa. Unless dapat sediakan equipment bagi setiap meja.


Ikan bakar pun ada. Tak sempat nak rasa, dah habis. Tak banyak pun yang dibakar.


Indoor buffet menghidangkan lauk-pauk dan manisan


First time jumpa mende ni di buffet Ramadhan. Konsep yg menarik tapi yang menyampahnya mende yang nak dicolek dengan coklat ni lak habis. Last2 amik je buah tembikai salut dgn coklat. Rasanya, tak sedap. Boring betul, buffet mahal2 tapi bahan makanannya sedikit.


Hanya berselera amik sate dan popia basah. Kedua-duanya biasa aje. Boleh jumpa di pasar ramadhan punya taste. Takleh lawan sate di Corus Hotel lah.


Air yang disediakan ialah air kelapa, teh tarik, kordial nenas dan amik sekali jeli. Kenapa susah sgt pengusaha2 buffet Ramadhan ni sediakan mug untuk minum teh tarik? Sampai melecur jari membawa gelas teh tarik ni ke meja. Kenapa takleh contohi kebijaksanaan Corus Hotel yang menyediakan mug khas untuk teh tarik?


Kambing bakar pun ada tapi liat. Istimewa yang menjadi rebutan ramai disini ialah burung puyuh goreng. Tapi Sherrina tak amik sebab queue yang panjang disamping tak penah puyuh goreng.


Meja kami yang tak semeriah seperti biasa. Sebab pilihan makanannya yang tak menarik disamping kuantiti yang sedikit. Banyak juga mende yang tak dapat rasa.

Kesimpulannya, buka puasa di Felda Villa ni tak berbaloi lah dengan yuran yang dikenakan. Patutlah Dewan Perdana sold out awal2 lagi. Sebab disana yurannya lebih murah dan pilihan makanan lebih banyak.

Esok buka puasa di luar yang last, di De Palma Hotel.

Tuesday, September 23, 2008

Buka Puasa di Serai Wangi

Ahad lepas berbuka puasa dengan geng2 CBN di Restoran Serai Wangi. Thanks to tuan umah, Yohanis yang melayan kerenah kitorang.


Awin and Humaira, Nadia and Azril


Ayu and Firdaus pun join sama


Ikan siakap 3 rasa, as usual


Ikan siakap stim limau, sedap giler. Sampai Azril kene gi pasaraya cari ikan siakap disebabkan ikan siakap dah habis, sebab wifenya nak sangat bungkus lauk ni bawak balik umah.


Daging masak merah


Tomyam campur yang sangat kick



Kangkung belacan kot


Sotong goreng tepung


Awin, Humaira dan Nadia



Humaira yang sengih dan gelak sentiasa

Friday, September 19, 2008

Buka Puasa di Crown Princess

Hari ni sekali lagi rezeki berbuka puasa free. Kali ni di Crown Princess plak. Agak excited nak gi ni sebab maklumlah hotel berbintang2, makanannya tentu lagi hebat. Terbayang dah kambing bergolek-golek di atas pembakar. Apatah lagi bila sampai disana lihat rate buffet Ramadhan ialah RM73++, tentulah hebat kan.

Sampai disana, kami ditempatkan di dalam restoran makanan cina. Sebab ruang restoran yang sepatutnya penuh. So agak jauh le nak mengambil makanan. Tapi ia tak mematahkan semangat.


Konsep gerai-gerai turut ada


Antara pengunjung yang mula mengambil juadah sebelum berbuka puasa. Lauk-pauk pelbagai jenis.


Di tepi pool pun ada jugak. Kawasan BBQ.


Ikan pari ada, ketam ada, udang ada, ayam ada, daging ada...tapi kambing tadakkk!


Ayam panggang yang nampak best tapi slack sos nya tak best


Meja yang penuh dengan hidangan


A little bit of this and that


Sweet tooth dessert

Overall, makanan kat sini lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Banyak betul pilihan, pengunjung will be spoilt with choices. Tapi sayangnya kualiti tidak setanding dengan kehebatan nama hotel dan rate yang ditawarkan. Pilihan lauk-pauk banyak tapi kurang berperisa.

Ada hidangan otak-otak tapi isinya masam. My fren amik udang galah tapi berbau menunjukkan udang dah lama. Hidangan dessert not bad lah tapi xleh lawan Corus Hotel lah. Pilihan minuman agak baik. Dari segi layanan, bagus. Non stop refill air kosong. Kali ni makan tak tambah pun. Sebab kualiti makanan kureng. Nasib baik free.

Huhu....sok berbuka disini lagi. Agaknya menu yang sama atau berbeza?

Tuesday, September 16, 2008

Token Of Appreciation

Hadiah ni diberi oleh Jabatan Taman Laut sebab Sherrina mengajar disana beberapa bulan yang lepas.


paper bag dengan gambar dasar laut. Cantik sangat.


Topi yang sangat berkualiti.


Buku nota


T-shirt yang sangat cantik.

Terima kasih daun keladi....sapa dapat keje di jabatan ni mmg best le. Sebab berpeluang melawat taman-taman laut yang ada di Malaysia. Best.

Monday, September 15, 2008

Buka Puasa di Corus Hotel

Semalam sekali lagi berpeluang berbuka puasa di luar secara percuma. Kali ni di Corus Hotel pula. Jam 3.30 petang ke Tesco Ampang dulu untuk beli sedikit barang keperluan rumah. Jumpa Is untuk ambik barang2 yg dihadiahkan oleh Jabatan Taman Laut masa mengendalikan kursus disana beberapa bulan yang lepas. Terserempak pula dengan Pani, technician IT sebuah syarikat dimana kami bekerjasama beberapa kali.


Sementara menunggu hujan reda, ternampak kaunter bayaran zakat. Elok bayar cepat-cepat sebelum lupa. RM5.20 nilai untuk tahun ni.


Sampai di Corus jam 6.20 petang. Lepak2 di lobi menunggu tetamu lain. Kemudian kami ke meja dan mulalah acara usha-usha makanan yg ada. Kambing panggang ni dah mcm trademark buffet buka puasa lak. Mana-mana pegi mesti ada.


Bagi yang vegetarian tak usah risau sebab ada corner khas untuk vegetarian. Confirm aku tak sentuh...prftttt....mahal2 bayo makan sayur je, rugiii


Kebab pun ada. Tak sodap.


Juice corner. Bukan cordial, tapi fresh fruit juice. Minum sakan le.


Macam-macam manisan ada


Rasa a little bit of this and that. Manisan disini kureng lah.


Mushroon soup pun ada (sedap, cicah dgn roti) dan sup tomyam


Nasi beriyani, sotong. beef, udang


Before selesai, pekena slurpee orange. Sodap....brain freeze sekejap.

Suasana makan di Corus ni damai dan menenangkan. Maybe sebab tak ramai orang kot. Cuma ada 2 company aje, Petronas dan company yg sponsor buka puasa office member Sherrina ni. So takde le nak risau makanan habis ke, dessert licin ke. Aiyakkk...lupa amik gambo aiskrim yg enak bangat dan satay ayam dan daging yg sedp giler. Serius, kalau korang berpeluang buka puasa disini, makan le satay. Memang sedap sbb lembut dan rempah yg diguna utk perap tu amat sedap.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin