Jumaat last keje, so sibuk menghantar hamper raya pada client2. Every year mmg kasi, menghargai good business relationship dengan mereka. Sambil tu tolong bisnes member yg buat hamper ni juga.
Ni di Carrefour Wangsa Maju pada hari Jumaat. Lengang kan. Aneh? Memanglah, sebab ni time berbuka. Orang semua berpusu di restoran, Sherrina lak masuk beli barang. Better beli time ni sebab tak ramai orang. Besides, nak masuk makan di kedai pun penuh. Berbuka dengan air vitagen sample yang diberikan percuma.
Ni citer hari Sabtu. Seawal pagi jam 8.30 Sherrina ke Kg Baru sebab nak anto member ke Pekeliling. Last feel naik bas balik kampung time raya ni masa study di MRSM Terendak le. Time tu bas yg bawa student balik KL ditempah khas masuk ke maktab sebab ramai budak KL di terendak. Masa tu le berpeluang camne feel naik bas balik umah time raya. Lepas tu tadak dah. So tumpang tengok je lah orang ramai berpusu-pusu naik bas balik beraya.
Suasana di Pekeliling, lom sesak lagi sebab masih awal pagi.
tatau nak pi mana dah. Pi bengkel lah. Kasi buat wheel balancing, rotation dan alignment. Nasib baik sampai awal, sebab lepas tu kereta berpusu-pusu. Last minit nak service sebelum balik beraya. Ada tu dah nak balik kampung dah, sekali kereta buat hal plak. Berkampung le sekeluarga kat bengkel tu dulu. Lepas bikin wheel, baru rasa selesa memandu. Tapi nak kene pi tukar spring plak lah, rasa kurang enak. Cuma nak kene cari RM300 dulu, mana nak cekau ni.
Dah habis bikin tayar, baru pukul 12 tengahari. Pi Alpha Angle lah, baca kat blog Tina katanya Big Apple dah buka disana. Sebelum tu pi melawat CIMB dulu dlm Apha Angle nak masukkan duit, sempat ucap selamat hari raya kat staff CIMB yg dulu anaknyaSherrina ajar di tadika athfaal. Katanya raya di KL aje sebab hari Jumaat keje semula, tak dapat cuti panjang. Pi MPH teringat plak yg Faisal Tehrani ada bikin buku baru. Yahoo, ada dijual lah. Saasatul Ibaad. RM25 senaskah. Mesti beli ni, buku FT semua aku simpan bikin koleksi. Ada juga buku nak dibaca di cuti hari raya ni.
Betul lah Big Apple sudah buka disini. Sherrina bukanlah hantu donut sangat tapi sebab ramai bebeno yg story pasal donut ni sedap, nak gak rasa. Nantilah lepas raya.
Habis pusing tatau pi mana, balik umah lah. Layan dokumentari The True Story Of The Internet yang baru habis didownload. Yayyy!
No comments:
Post a Comment