Thursday, September 11, 2008

Buka Puasa di Kak Long Paradise Island

Smalam buka puasa di Kak Long Paradise Island. Walaupun last month dah pegi sana, saja pegi lagi sebab nak bawak member try makanan disitu. Gamble je pegi sana sebab takde no phone nak buat reservation. Mujur sampai awal so dapat le pondok yang terakhir untuk 2 orang.

Sementara menunggu waktu berbuka, sempat le baring jap dalam pondok tu layan tido sat. Penat sangat. Sebab takde keje hari smalam gamaknya tu yg lagi rasa letih. Paginya pegi ke SKTM2 untuk wish good luck kat adik2 yang join Program Mustika tapi sampai lewat sket dorang dah masuk kelas. Cuma sempat lambai kat Shauqee aje sebab dia dok depan sekali kat kelas yang depan.





Lepak di kantin jap borak2 ngan kak Aidrina, kami gi umah abg Johoe untuk discuss about program-program Ansara Terendak. Kol 12.30 gi skolah balik amik abg Nik (anak kak Aidrina) yang baru habis paper UPSR. Hantar dorang balik umah tukar baju, kitorang gi Perpustakaan Wangsa Maju.

Dah lama tak gi sini. Ada kat setengah tahun le. Lepas server dorang memanjang down since last year menyebabkan takleh pinjam buku, Sherrina tak gi dah. Tapi smalam gi lagi tgk server tak elok juga sampai buat pinjaman buku secara manual. Tapi nak kene hantar surat komplen le pada DBKL sebab servis di perpustakaan tu teruk.


Adli sibuk mencari pen pal melalui majalah


Adlan pun join sama


Tulis surat kepada pen-pal diluar library sementara menunggu library dibuka semula semasa 30 minit rehat.

Petangnya pegi buka puasa di Kak Long Paradise. Menu kali ni ialah nasi putih,


Ikan siakap Portugis


Daging masak gajus


Tomyam seafood. Byk isi, tak kedekut. Kuahnya masam,pedas,manis. Hirup sampai licin.


Udang campur sotong goreng tepung. Sedap mcm tepung KFC.




Ais kosong, orang juice dan watermelon juice. Sedap giler, teringat2 sampai skrg


kuih lompat tikam diberi percuma. Sedappp. Kurma pun ada

Makan semua sekali, RM70. Memang agak mahal lah tapi dengan kualiti dan kuantiti, memang berbaloi dan puas hati. Pas tu environment dia best, tenang aje. Sebab makan dalam pondok ala-ala kampung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin