Thursday, September 25, 2008

Tip Buffet Di Hotel



Tips ni sgt berguna time makan buffet tu...dan nak best plak makan kat otel 6 bintang... fuuuuuuu...

1. Pastikan anda berpuasa pada hari anda ingin makan buffet. Kalau boleh jangan sahur dan kurangkan makan pada waktu berbuka hari sebelumnya. Ini semua adalah persedian yang akan memastikan perut anda betul2 kosong pada waktu makan buffet nanti. Kekuatan mental
juga perlu diasah. Pastikan sementara menunggu waktu berbuka, anda surf site2 berkenaan makanan untuk menaikan napsu makan anda.

2. Datang awal ke tempat buffet sekurang-kurangnya dua jam. Jam pertama dihabiskan dengan meneliti makanan2 yang disajikan dan mengambil notes. Tulis mengikut urutan apa yang ingin dimakan dahulu kerana ini akan menjimatkan masa & mengelakan kekeliruan dikemudian
nanti. Jam yang terakhir sebelum berbuka dihabiskan dengan melakukan sedikit warm-up dan senaman regangan perut untuk memastikan urat2 kerongkong dan perut telah distretching semaksima mungkin.

3. Jangan makan banyak nasi dan minum air. Pastikan ambil banyak lauk dan makanan2 yang mahal seperti udang, ketam dan sebagainya. Elakkan kuih-kuih yang bodoh seperti apam, lepat dan sebagainya. Ini semua adalah tektik kotor hotel2 untuk memenuhkan perut anda secepat
mungkin sebelum anda sempat makan lauk-pauk yang lebih mahal. Jika ada persembahan ketika berbuka puasa, jangan leka. Teruskan usaha anda untuk makan seberapa banyak yang boleh. Persembahan2 yang disajikan juga adalah satu tektik jahat hotel untuk mengurangkan
orang makan.

4. Jika sudah kenyang, jangan balik dulu. Tunggu sebentar dan berlari-lari anak disekitar kawasan buffet. Ini akan menurunkan sedikit makanan didalam perut anda dan memberi sedikit ruang untuk ia diisi lagi. Kalau boleh, tunggu sehingga masa buffet dah habis baru balik.

5. Bawaklah bini atau teman wanita anda ke buffet kerana handbag mereka amat berguna untuk anda membungkus makanan. Sediakan plastik didalam handbag tersebut dan lakukan kerja2 membungkus dibawah meja.Selalunya kek2 dan sebagainya amat sesuai dibungkus.





p/s: Sherrina tidak mengamalkan tips2 diatas kecuali tang makan yang mahal. Jadi, risiko mencubanya ditanggung anda sendiri...kihkihkih...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin