Wednesday, October 08, 2008

Hari Raya Kedua

Hari raya kedua biasanya diperuntukkan untuk orang-orang tua berehat. Maklumlah dah penat mengemas rumah sebelum raya, memasak dan hari pertama pun dah jalan sana sini, makan macam-macam. Usually raya kedua ni rehat aje. Lagipun nak beraya umah orang, ramai yg balik ke kampung. Macam tahun lepas, kitorang pegi berkelah dan mandi sungai di Dam Klang Gate.

Kitorang berenam ni mesti plan aktiviti pada second day of hari raya. Apa2 ajelah. Dah jadi acara tahunan sebab time ni je lah len kumpul dan jalan sama2. Tahun ni Sherrina dan cousins plan nak gi Times Square.Layan bowling dan makan. Ingatkan nak tengok wayang tapi takde cerita yang menarik. Kami bertolak dari rumah jam 11.45 pagi, kol 12 tengahari dah sampai Times Square. Jalan clear giler. Kalau hari-hari macam ni kan best.


Ingatkan takde orang kat bowling ni, rupanya ramai.


My cousin, Ikhwan yang dah lama tak main bowling.


The scores, ni second game. Ada gak yg cecah 3 angka. Hahaha...


Lepas bowling layan foosball lak.


The boys layan pool.


Try gak sekali, tapi payah bebeno nak main. Pool kat computer game lagi sonang.


Lepas game makan ramai-ramai di Chicken Hertz.


My cousins and I.


Lepas habis di BTS, Sherrina and siblings singgah Pasar Datuk Keramat. Nak cari mercun dan bunga api. Sedih lah tgk anak2 buah kehilangan experience layan mende2 ni time raya. Dulu kitorang main sampai muntah. Beli satu plastik, macam-macam jenis. Main di rumah Sherrina nnt masa family get-together hujung bulan ni.



Lepas maghrib my uncle ajak datang umah. Makan ikan bakar. Yahoo....ikan terubuk bakar cicah air asam. Yummm.....makan dan lepak sampai kol 1 pagi layan konsert Jamal Abdillah dan Saleem kat TV2.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin