Sunday, October 12, 2008

Majlis Penghargaan AJK Jubli Perak

Jumaat lepas berkampung di Corus Hotel, Port Dickson. Sherrina dan family kak Aidrina bertolak agak lewat sikit dari KL sebab nak selesaikan hal pemberian hadiah. Kami singgah makan malam di kedai asam pedas abg Faruk di Ampang dulu, ternganga kejap depan tv menonton cite Ayat-Ayat Cinta. Baru le tahu kenapa famous sangat buku dan filem itu. Lain dari yang lain rupanya.

Kami tiba di Corus Hotel jam 11.30 malam. Bagus juga kami gerak lewat kerana jalan clean and clear. Selepas urusan check-in, naik ke bilik dan tido. Family kak Shurqi dan kak Shireen dan check-in lebih awal. Besar sungguh bilik di hotel ni. Satu bilik ada 2 katil saiz queen. Facilities di bilik ni sgt memuaskan. Kami dpt rate yg istimewa untuk check-in lebih awal.



Pagi esoknya dah dikejutkan awal-awal oleh Adli dan Adlan. Nak ajak mandi di swimming pool. Jam 8 pagi kami dah turun ke pool bersama-sama dengan anak2 kak Shurqi. Best juga sebab takde orang. Maklumlah baru habis cuti raya, sebab tu tak sibuk sangat hotel ni.


Mandi sakan sampai kecut2 badan. Makan breakfast pun kat tepi pool tu je (thanks to kak Aidrina dan abg lan yg gi ke pekan beli makanan). Pukul 11 pagi pakat naik lah, sebab kang nak lunch plak kol 12.


Buffet lunch

Ingatkan nak turun sharp kol 12, sekali tertido daa. Kol 12.45 baru turun. Takde orang pun lagi. Makanan di sini boleh tahan sedap. Lepas makan, lepak di karaoke box. Bestlah kat sini sebab ada karaoke box @ karaoke jamban. Satu lagu RM1.50. Layan 7-8 lagu sementara menunggu yang lain check-in dan menunggu mesyuarat post-mortem bermula jam 3.30 petang.




Mesyuarat post mortem yang bermula jam 4 petang dan berakhir jam 6 petang berjalan dengan jayanya. Perbincangan mengenai pengendalian majlis jubli perak yang lepas, baki wang yang tinggal dan pembubaran AJK Jubli Perak juga telah dijalankan. Terima kasih atas sumbangan semua AJK.

Lepas selesai, semua cepat2 cabut lari le nak pi mandi swimming pool. Sherrina jalan2 ke pantai nak melihat persiapan untuk majlis makan malam.











Lepas tengok guys main beach volley, naik ke bilik untuk siap2 gi dinner. Zaitie dan Mulan pun dah check-in, satu bilik ngan Sherrina. Happening sikit.

Acara makan malam mula jam 8.30. Banyak gile makanan. BBQ ayam, sotong, udang, ikan, kambing. Pastu ada laksa, soto, sate yg sedap. Ada dessert dan mcm2 lah. Tak termakan pun, lebih sembang aje. Pastu sorang-sorang start karaoke, dimulakan dengan Madhi, abg Lan dll..Sherrina pun sempat kasi sumbang-mambang satu lagu.







budak-budak main bunga api

Habis majlis pukul 12 tengah malam, lepak2 di lobi sampai kol 1.30 pagi pastu naik tido. Sok paginya kol 8.30 pagi turun breakfast dan ke acara sukaneka di pantai.





























Acara sukaneka yang berakhir jam 11 pagi diteruskan di swimming pool pula. Lepak kejap di pool sembang2 kemudian naik ke bilik untuk packing. Jam 12.30 tengahari kami turun untuk check-out dan lunch.



Selepas sesi bergambar beramai-ramai, jam 3 petang Sherrina gerak pulang semula ke KL. Hujan lebat di tengah jalan, tapi tak jem sangat. Selamat sampai umah jam 5 petang. Seronok tak terkira, hopefully boleh organize mcm ini lagi.











No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin