Selepas Isya' kami akan beramai-ramai menuju ke rumah makcik di Taman Bunga Raya dimana semua orang akan berkumpul disana. Semua adik-beradik emak saya berjaya berkumpul sama tahun ini. Menu yang dinanti ialah nasi dan kari ayam. Time ni lah baru jumpa nasi.
My cousin Tina, my bro Aizad and my cousin Ikhwan
Selepas puas makan dan minum, semua mengadap tv. Yang muda2 lah. Yang tua2 akan bersembang sesama sendiri. Team lelaki dengan isu politik manakala team wanita dengan isu-isu kenaikkan harga makanan dan berapa jenis kuih yang dibeli tahun ini. Tahun ni plak cerita di tv hampeh2 belaka. Takde mood betul. Budak2 kecil pula dah restless dan mula membuat bising sebab bosan. Ini takbleh jadi.
Zaman kami kecik2 dulu mana ada mengadap tv di malam hari raya pertama. Malam ini biasanya diisi dengan bermain bunga api dan mercun. Tapi generasi baru ni tak merasa apa yg kami rasa dahulu. Kebetulan plak adik Sherrina ada beli sebungkus-dua mercun kecik2. Tidak plak dibeli banyak2. Dan another cousin, Osama pun bawak seplastik bunga api yg dah masuk angin. Bolehlah hidup lagi tapi nyawa2 ikan le. Jadiklah. Kami usung semua budak2 kecik turun ke bawah. Jalanraya lengang menjadi gelanggang kami. 2 years ago kami bantai mercun roket besar disini berdas-das (thanks to sponsor kami, abg Fauza). Main sampai bocor le tong sampah dibuat tapak pelancaran roket.
Cucuh bunga api pun takut-takut. Ishhh, kurang pengalaman lah budak2 sekarang ni. Dulu kita bakar bunga api sambil gigit je kat gigi....kehkehkeh
Generasi baru yg ketandusan bunga api & mercun: Alif, Maisarah dan Hidayah
Lepas puas main, jenuh pula nak hambat semua naik semula ke rumah. Memang seronok le dapat duduk di luar lari-lari main bunga api. Apakan daya, kawasan yg kecil tak mengizinkan. Sayang sekali mereka tak experience apa yg kami rasa dulu2 di rumah Gombak (tu kene story time lain).
No comments:
Post a Comment