Tapi selepas 4 hari berkampung dengan mereka, tidak le terasa mcm yg banyak diceritakan. Those in my class (Sidang F) pada mulanya agak pendiam tapi selepas tu dah mula mesra. Tidaklah sombong seperti yang banyak diperkatakan. Tak taulah, maybe kelas ni aje ke yg macam ni. Kene tunggu next week lak ajar sidang lain.
Anyway, Sherrina dan Iskandar dibawa ke dewan makan dimana mereka makan untuk lunch setiap hari. Jauh tu nak menapak, kene panjat bukit lak. Tapi yang best suasana tu macam masa boarding school plak. Menu hari Jumaat adalah nasi beriani dan ada aiskrim. Teringat dolu2 masa makan di Teres Teratai di MRSM Terendak.
Setiap pagi sebelum kelas bermula mereka kene nyanyi lagu Negaraku. Pastu ada sesi public speaking dulu. Bagus gak tengok sesi ni. Dorang kene improve teknik berucap sebab later on dorang ni akan jadi pegawai-pegawai so skill berucap kene ada.
Selain daripada tu mula2 agak terkejut gak dengan peraturan dan budaya disini. Misalnya dorang kene pakai kot setiap hari dan waktu walaupun cuaca panas. Masa hari pertama, lab kitorang aircond tak kuat. Siap ada yang datang minta kebenaran untuk buka kot. Mak aihhh, tanggalkan kot pun kene ada permission. Pastu kene denda lah dan macam2. Macam sekolah lah. Lucu pun ada, kesian pun ada. But then, they are PTD. The selected and top of the cream people. They must be able to handle all kind of pressure. Itulah antara yang Sherrina fahami bila berbual dengan staff INTAN.
Di hari terakhir peserta menduduki peperiksaan. Masa diberi cuma 1 jam 30 minit sahaja.
Sepanjang Sherrina terlibat dalam bidang mengajar IT, ramai orang bertanya kenapa Sherrina tak jadi cikgu sekolah atau lecturer di universiti. Alasan yang Sherrina berikan ialah gaji yang ditawarkan tak lumayan, waktu kerjanya yang padat, karenah birokrasi yang memualkan dan banyak lagi. Tapi hari ni semasa mengendalikan peperiksaan di INTAN baru Sherrina tahu sebab utama kenapa Sherrina tak mahu jadi guru atau lecturer tetap.
Kerana Sherrina tidak tahan pressure melihat pelajar menduduki peperiksaan. Kepala Sherrina berdenyut sepanjang waktu dan Sherrina khuatir ada yang tak dapat jawab kerana ianya tidak diajar oleh Sherrina. Maka Sherrina akan berkejar dari satu pelajar ke pelajar lain yang bertanya mengenai soalan yang mengelirukan (bukan Sherrina yg set soalan tetapi diakui soalan komputer dalam Bahasa Melayu memang sangat mencabar untuk difahami).
Selepas menutup kursus, menyampaikan sedikit cenderahati dan ucapan terakhir, Sherrina berasa amat lega walaupun denyut di kepala masih ada. Ketika berjalan ke kereta untuk pulang, Sherrina telah tahu sebab utama kenapa Sherrina tahu makan gaji jadi guru atau pensyarah.
Minggu depan ada satu sesi lagi. Let's see kalau simptom yang sama berulang. Jika ya, maka hipotesis Sherrina adalah benar.
No comments:
Post a Comment