Monday, August 23, 2010

Buffet Buka Puasa di Hotel Renaissance KL

Sekali lagi Sherrina diberi peluang berbuka puasa di hotel. Kali ini di Hotel Renaissance KL yang berbintang-bintang sesuailah dengan harganya RM89++ seorang yang boleh menyebabkan seseorang itu berpinar-pinar matanya lagi-lagi lak kalau kene belanja ramai orang untuk berbuka puasa.

Sherrina dan kengkawan tiba di hotel jam 6.30 petang gitu. Jalan tak jem sangat sebab kami naik lebuhraya AKLEH yang turun betul-betul di belakang hotel ini. Setelah parking (sejam pertama RM6 dan berikutnya RM4...gulp!) kami naik ke lobi. Lepak-lepak menikmati suasana sekitar yang cantik dan eksklusif.

Ni antara yang Sherrina amik.
Dalam kol 7 camtu kami masuk ke restoran Temptation. Punya ramai umat, punya kecik ruang. Berasak-asak mengambil makanan. Punyalah ramai sampai waiter bukak meja depan tangga. Mujur meja kami di ruang luar restoran dan tak sesak sangat. Masing-masing beratur nak mengambil pelbagai jenis lauk pauk yang disediakan daripada makanan tempatan hingga ke peringkat antarabangsa. Antaranya seperti kambing panggang (dah macam sajian wajib setiap hotel ketika Ramadhan ini), udang masak merah, salmon, sate eh banyak sangatlah kalau nak disenaraikan.

Meja kami
Bukan sahaja orang Islam berpusu-pusu disini berbuka puasa, yang bukan Islam pun turut serta. Punya seronok kot depa tengok banyak makanan yang takde pada bulan biasa.

Sos kambing panggang ni mula2 ingatkan masak lemak cili api tapi manis2 pedas. Sedap.

Dari segi kualiti makanan, biasa-biasa aje. Agak mengecewakan sebab ini Renaissance Hotel kan. Terkenal dan berbintang-bintang. Satu-satunya makanan yang Sherrina dok amik berulang-kali ialah keropok lekor, keropok binjai (perghh kat sini pun ada), kambing panggang dan sirap bandung. Yang lain biasa-biasa aje.

Dari segi servis, sangat mengecewakan. Hotel macam tak reti nak bajet berapa ramai yang hadir. Dah kol 8 pun masih lagi ada yang berdiri menunggu meja. Dorang datang pakai terjah? Entahlah. Kalau ye, kesian sungguh lah. Buffet buka puasa mana boleh terjah je tanpa reservation. Air dah habis tak refill. Begitu juga dengan teh tarik. Gelas di kawasan minuman dah habis, sampai ke sudah makan takde ditambah gelas baru.

Kesimpulannya, nasib baik lah makan free. Kalau bayar sendiri, mau berasap telinga Sherrina. Ini bukan taraf Renaissance Hotel. Masa balik, mujur boleh chop tiket parking. Hanya RM6 sekali masuk. Buka puasa kat sini lagi? Tak mau dah!

2 comments:

Haris Abdul Rahman said...

Wow! Mahalnya. Memang selalu I notice berapa orang datang pun diorang kasi masuk. And it is not cheap. I would not be surprised that this is the time the hotel really made the most money! Buffet is always a lucrative way to get income in as the margin will be high. Sigh! Tengah puasa pun boleh kena bayek punya!

sherrina said...

Dr Haris,
Tapi mcm tak patut je 5 star hotel buat environment mcm 2 star hotel. Jatuh standard!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin