Monday, August 30, 2010

Buffet Buka Puasa di Putrajaya International Convention Centre

RM50 nett for adult and free for kids below 6 years old
Sabtu lepas berkesempatan berbuka dengan geng CBN di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Buffet Ramadhan yang ditawarkan RM50nett dan percuma untuk 6 tahun ke bawah. Awas! kerusi bayi/kanak-kanak tidak disediakan. Nampak ramai ibu bapa terpaksa pangku anak kecil mereka.

dessert
Pada harga RM50 bersih, makanan yang ditawarkan memang berbaloi. Lebih selesa sebab ruangnya luas dan tak terasa bersesak-sesak.
Sirap bandung, orange cordial, plain water, teh tarik and coffee
Makanan dihidangkan di beberapa kawasan didalam dan diluar restoran.
Various flavours of jelly

Dim Sum
Lauk-pauk

Persembahan lagu-lagu tradisional
Meja kitorang
Outdoor

Gerai
Ikan bakar
Kambing panggang
Sate
Manggis
Sebelum berbuka puasa
"Makan. Kang mama backhand kang!"

Sempat gossip lagi tu
Dari kiri: Masyanti, Wana, Thea, Wan Dina, Azri, Nadia Khairiah dan Awin

Goup photo
Ada beberapa makanan aje yang mereka tambah lagi tapi kebanyakkannya bila dah habis, takde dah. Dari segi kualiti makanan, 4 bintang. Antara juadah yang sangat menarik ialah keropok lekor, cekodok ikan bilis, jelly, daging dendeng (tapi Sherrina tak sempat makan sebab dah habis, ni kawan2 yang bagitau), sup cendawan (first class!), char kuey tiow, ayam goreng berempah, sate dan popia basah. Biasanya buffet Ramadhan di hotel kantoi bab bikin popia basah tapi disini lulus cemerlang.

Dari segi perkhidmatan sedikit mengecewakan sebab tak dimaklumkan yang kerusi kanak-kanak takkan disediakan. Kalau bagitau awal, boleh diusahakan bawak stroller. Dari segi kemas meja, agak lambat sebab macam tak cukup pekerja. Dari segi refill makanan, tak bagus sangat sebab mereka refill lambat dan juadah tertentu aje. Sesuai le dengan harga yang ditawarkan. Parking pula senang sebab memang banyak.

Apa pun nilai yang ditawarkan setanding dengan makanan yang disediakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin