Tuesday, August 17, 2010

Sentiasa Periksa Resit Anda

Sherrina selalu lalai bab memeriksa resit. Mungkin kerana Sherrina percaya dengan apa yang dikira oleh pekedai kecuali jika Sherrina membeli barang di Carrefour sebab dah banyak kali dengar cerita pelanggan di kenakan bayaran melebihi daripada sepatutnya. Pernah sekali Tesco tersilap kira harga barang yang Sherrina beli. Pegi je ke kaunter pertanyaan, tunjukkan bukti iaitu resit dan dapat balik wang.

Hari ni Sherrina berbuka puasa di Sekinchan Ikan Bakar. Dah macam port rasmi plak. Mungkin kerana makanannya sedap dan sesuai dengan selera Sherrina. Bila sampai, baru perasan yang Sekinchan Ikan Bakar buat buffet sempena Ramadhan. Sebelum ke Sekinchan, Sherrina dah gi Restoran Kunang-Kunang dulu tapi bila sampai dan dapat tau hanya buffet sahaja disediakan dan ada ala-carte tetapi sangat limited (dah call byk kali tak jawab, bukak website tak dapat. Website down), Sherrina ke Sekinchan.Bila tengok buffet, rasa bengang lak. Buffet lagi. Dah le minggu ni ada dua jemputan berbuka puasa buffet di hotel. Takkan nak makan di kedai biasa pun buffet.

Bila ditanya, rupanya ala carte juga. Kita kene pilih ikan mana yang nak dimakan, lauk mana yang nak dan air apa. Lauk selain ikan bakar seperti ayam goreng, paru sambal, rendang kerang dan lain-lain. Ikan plak dah siap dibakar so pilih je. Harga pun dilekat di pinggan ikan tu juga. Macam biasa, Sherrina pilih ikan pari. Ketam takde lak sebab dorang tak bakar. Kemudiannya baru tau, kene request. Masa tu dah berbuka pun.

Sementara menunggu waktu berbuka, sempat lah makanan sejuk. Yelah, hujan dan lebat petang tu dan masih renyai masa kami sampai. Kipas di restoran plak semua pasang maksimum. Beku le. Mujur waiter datang untuk tuang sos ikan bakar yang panas. Maka, panas sket lah ikan yang dah sejuk tu. Masuk je waktu berbuka, kami makan. Nak makan lama-lama pun kurang selesa sebab kesejukkan. Itu pun bukan duduk dalam ruang makan air-cond ataupun bawah kipas. Tak tau le camne pelanggan lain menahan sejuk.

Selesai makan, Sherrina ke kaunter untuk bayar. Oh ya sebelum tu. Kami sedang makan, seorang waiter datang mengira harga makanan yang kami ambil. Diberi sekeping slip. Sherrina bawa slip tu ke kaunter bayaran. Cashier pun kira-kira dah bagitau RM52. Sherrina bayar, ambil resit dan balik ke meja. Separuh jalan, tergerak hati nak periksa resit. Sebabnya sebelum ini pernah juga mengalami masalah terlebih bayar. Itupun cuma disedari bila periksa resit tu di rumah. Bila Sherrina tengok, memang ada salah pun. Dalam tu ada minuman yang Sherrina dan kawan Sherrina tak minta.

Foto sekadar hiasan
Sherrina pergi semula ke cashier. Seorang petugas lain melihat dan mengesahkan berlaku kesilapan. Dia suruh cashier refund. Tapi oleh kerana pelanggan yang sedia menunggu nak bayar juga ramai, Sherrina kene lah menunggu. Sambil menunggu, Sherrina belek semula resit. Rupanya ada lagi kesilapan lain. Minuman yang Sherrina order dihitung 2 kali dan ada yang 3 kali. Sedangkan kami cuma minum seorang segelas. Lepas puas menunggu, baru cashier lihat resit Sherrina dan kira semula. Dipulangkan semula wang RM9. Banyak tu lebihnya! Sebelum Sherrina beredar dari kaunter, terdengar seorang lagi pelanggan yang juga di kenakan bayaran terlebih RM20! Ada sorang makcik tu dalam resitnya ada ditulis ikan pari tapi katanya dia tak order.

Melihat kelam-kabutnya Sekinchan dalam buka puasa ni, Sherrina dan kawan memutuskan untuk berehat sebentar daripada ke Sekinchan. Tunggu lepas raya lah. Sudahlah bosnya/pengurusnya memarahi staff di depan pelanggan, kira-kira makanan pula lari daripada sepatutnya. Muzik pula dipasang terlalu kuat selepas azan Maghrib.

Kesimpulannya, jika anda membeli apa dan dimana sekalipun, periksa resit anda dengan teliti.

2 comments:

Anonymous said...

wow. aku pun kenalah rajin check resit lepas ni. if one customer they overcharge by RM7-20, banyaknya tu duit masuk!

sherrina said...

Yup...samada mereka sengaja ataupun tidak. Yang rugi adalah customer.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin