Dah puas pikir dan study tapi kali ni kajian gadget tak amik masa lama. Dalam 3-5 hari. Melalui bacaan di website dan blog, bertanya kawan-kawan di Facebook dan tanya cousin yang dah pakai netbook. Kenapa nak pakai netbook? Sebabnya:
- Cita-cita nak tangkap gaming notebook mcm Dell Alienware atau Asus G5 tapi tak mampu lagi.
- Bajet cuma RM2000 ke bawah
- Ni paling penting: Musti beratnya dengan bateri bawah 2kg sebab dah sakit2 bahu dan tak larat nak pikul notebook berkilo-kilo walaupun ada beg notebook yang ada troli.
Budak sales pun dok beria-ia rekemen Fujitsu. Sementara dok dengar dia story, sambil cari review di internet melalui BlackBerry. Ramai yang bagitau model ni fail tang bateri dan speaker. Pikir balik, bukan slalu pun nak pakai bateri. Cuma bila di kawasan takde plug je. Memang plan nak cabut pun dan simpan bateri tu. So lepas testing dan try, puas hati. Warna cuma ada hitam dan merah. Ingat nak angkat merah, tapi yang tinggal cuma display set. So angkat hitam lah. Cuma tang cover dia yang glossy tu, bila pegang penuh cap jari. Yang lain takde apa lah. So mintak diskaun, dia kasi kurang RM50 je. Dapat beg netbook satu. Oklah menepati bajet.
So berikut pengalaman menggunakan netbook ni. First time pakai brand Fujitsu nih. Harap reliable dan lebih baik berbanding Asus lah:
Specifications | Pendapat Sherrina | |
---|---|---|
Platform | AMD Athlon™ Neo processor MV-40 (1.6GHz, 512KB L2 cache) - AMD RS780MN +SB710 Express Chipset | Disebabkan guna AMD processor maka dapatlah beli dengan harga RM200 kurang daripada model yang sama tetapi menggunakan Pentium. |
Operating System | Genuine Windows® 7 Home Premium (or Genuine Windows® 7 Home Basic) | Best guna Windows 7 Home ni sebab ringan dan laju. |
Display12 | 11.6-inch SuperFine WXGA Back-Light LED, 1366x768 pixels | Mula-mula rasa kecik je. Mata baru nak adjust dengan skrin 11.6 inci. Maklumlah bertahun guna skrin 15-17 inci. Tapi lama-lama ok dan serasi. |
Memory | 2GB DDR2 800MHz Max. Memory Supported9 - 4GB DDR2 800MHz, Dual Channel | 2GB RAM. Mantap. Takyah tambah duit macam netbook lain yang cuma kasi 1GB RAM. Kalau tak silap ada lagi slot nk pegi ke 4GB RAM tapi processor kecik, watpe nak RAM besar2. |
Hard Disk | 320GB | Cukup besar nak isi macam2 software, video, files, lagu dan macam2. |
Battery | Up to 3.47 hrs1 (6cell Li-ion 5200mAh) | Kalau netbook lain boleh pegi sampai 6 jam tapi yang ini takat 3 jam setengah je sebab AMD. Nak bateri lama, pakai Pentium. Tapi slalu cabut pun bateri ni sebab pakai letrik. Simpan untuk kegunaan luar. |
Weight | Approx. 1.6kg | Ringan, beb. Tercapai objektif utama membeli netbook ni. Sebab nak yang kurang dari 2kg. Kekadang kene check beg, bawak ke tak netbook ni. Sebab tak terasa berat mcm notebook lama. |
Detailed Specifications | ||
Hard Disk Drive | SATA-150 5400rpm, S.M.A.R.T support, Two Partitions - 50/508 | Takde komen. Ok je. |
Graphics | Integrated ATI Radeon™ HD3200 graphics with display capabilities at a maximum shared memory6 of 256MB | Mantap. Boleh running Adobe Photoshop CS3 portable dengan selamba dan Adobe Premier Element utk edit video dengan selamba. Nasib baik, sebab dua ni program penting untuk Sherrina guna. |
High Definition (HD) Audio | RealTek ALC269 HD audio codec with dual built-in stereo speakers HD Audio-in: External Mic-in, Analog Built-in Microphone HD Audio-out: Headphone-out | Tang sound ni agak lomah sket sebab tak kuat sangat. So nak kuat pakai le external speaker ataupun headphone. |
Communication | 1.3 Mega Pixels camera, Bluetooth® v2.1+EDR, 100/10Mbps2 Fast Ethernet LAN and Atheros XSPAN™3 802.11BGN network connection. Separate ON/OFF switch for wireless network connection. | Webcam tak penah pakai lagi dan tak penting pun. LAN tu penting sebab LAN port notebook lama dah rosak. Penting bila nak setting wifi modem baru beli. Wifi mantap takde masalah. |
User Interface | Full-size & Spill-resistant keyboard7: 84-key, 19.05mm key pitch, 1.8mm key stroke Intelligent Touch Pad with configurable vertical scroll functions, rotation, zoom in/out and left and right mouse button. | Keyboard key besar gak, sesuai le ngan jari jemari Sherrina yg gedabak nih. Tapi amik masa le nak sesuaikan jari menaip sebab masa mula-mula pakai asyik salah tekan key aje. Touch pad bolehlah, tak lah syok sangat nak pakai sebab licin. |
Card Slots | Secured Digital / SDHC / Memory Stick® /Memory Stick® PRO | Card slot ni bagus. Takyah lagi nak usung memory card reader. |
Connector Interface | USB 2.0 x 3, VGA (external display), RJ45 (LAN), HDA-in, HDA-out, Power Adapter DC-in | Bagus ada 3 USB. Tapi kekadang tu tak cukup gak. |
Quick Launch Shortcut Key | Power-saving ECO button (Fn + F11) | Suka button ni sebab sekali tekan je terus jimat tenaga. |
Dimensions | 285mm (W) x 209mm (D) x 26.4/30.2mm (H) | Orait, ngam ho, |
Bundled Accessories | ||
AC Adapter | Input AC 100~240V, Output DC 19V 60W | |
Bundled Softwares | Adobe Acrobat Reader, Fujitsu DVD Sharing Application, Fujitsu UpdateNavi™10, Fujitsu Power Saving Utility, Fujitsu Hardware Diagnostic Tool, Fujitsu Display Manager, Sun Microsystems Java Runtime, Cyberlink YouCam, Windows Live Essentials (Mail, Photo Gallery, Writer, Messenger), Microsoft Office Professional 2007 60-day Convertible Trial11 | Cuma bab cd driver memang takde sebab Fujitsu dah buh siap2 dalam hdd. Kata budak penjual tu, tekan je F11 kalau ada masalah dan nanti akan back to factory setting. |
Optional Accessories | ||
External Drive | External USB Super Multi Writer | Dah ada yang lama so takde masalah. Lagipun byk software skrg dowload dlm ext hdd. |
Speaker | Portable Stereo Speaker | Mcm taip di atas, rasa nak muzik kuat2 pakai le speaker. |
Mouse | Optical Wireless Mouse | wajib ada nih. Kalau takde, jenuh nak guna touch pad yang licin tu. |
Info lanjut gi website Fujitsu Malaysia. Nak surf internet boleh je tether BlackBerry ke netbook ni sebagai modem.
No comments:
Post a Comment