Wednesday, December 31, 2003

Pos terakhir di tahun 2003
Bye bye 2003, jap gi 2004 bakal menyusul tiba. aku harap 2004 membawa kehidupan yg lebih baik. Looking forward for another good year :)
Hidup sebebas burung di angkasa
alangkah best burung nie. terbang kesana kemari menyusuri ruang angkasa. Tentu best dapat melihat keseluruhan alam daripada udara. Dah lama tak naik kapal terbang


Isnin lepas cuti aku gi Mines Shopping Centre. Last skali pegi tahun 1998. Entah kenapa tetiba teringat dan teringin nak ke sana. Dulu pegi pon time malam, maka tak sempat nak explore semua tempat. Lepas menonton Jutawan Fakir (Cheep the khange), aku ngan sahabat aku naik bot menyusuri tasik Mines. Mujur bawak kamera. Sempat le merakan beberapa aksi yang menarik perhatian.




Tunggu turn kat Lock Area dimana bila nak keluar ke tasik, paras air akan diturunkan. Best juga, pengalaman menarik nie


Bila bot melepasi Lock Area menuju ke tasik.


Bangunan yg terletak ditepi Tasik Mines. Tatau le bangunan apa.


sapa le yg tak skolah nie? buang sampah dalam tasik. elok dibuang aje orang nie ke dalam tasik



Sisa cahaya mentari sebelum terbenam menjelang malam


bagaikan cahaya kristal apabila biasan mentari menerpa permukaan tasik


Bot mewah sapa le agaknya nie?


My favourite element, water@H2O. Air sumber kehidupan.....

Sunday, December 28, 2003

saja testing buat blog menggunakan free software w.blogger version 3.02 yang di download dari Tucows.com
Software yg mempunyai interface seakan-akan wordprocessing ini sungguh mudah untuk digunakan.
tatau nak taruk tajuk apa
hancur hatiku mengenang dikau...jadi keping-keping setelah kau pergi..

Macam nie le agaknya hancur hati aku bila dapat tau aku maybe takleh nak cuti awal tahun nie. Why?? why?? Why?? tak cukup ke segala cuti yg aku korbankan selama nie? tak cukup ke kerja keras aku sepanjang tahun? aku bukan robot, aku pon manusia biasa yg nak bercuti nak recharge balik bateri. Lagi hancur hatiku bila aku diberitahu kawan aku sepejabat yg aku nak bawak sama pon takleh cuti sebab dia dah bercuti lebih awal. Argghh....takkan aku nak gi sorang2. Bilik hotel dah booking, tinggal nak settle kereta aje. Tu perkara kecil. Semalam aku dapat sms dr bos aku yg tengah bercuti kat Cameron Highland. Huwaaa.......rasa nak nangis aje. Tak penah aku rasa camnie down. maybe sebab aku dah plan mende nie.

Bukan jauh pun aku nak pegi. Aku just nak duduk ditepi pantai, makan seafood lepak sambil melihat matahari terbit dan terbenam. susah sangat ke permintaan aku nie?????

Tak kiralah. apa nak jadi, jadi le. aku tetap nak pegi juga.......

Untuk melayan hati yang sedih semalam, aku layan untuk kali ke berapa ntah cd citer Ada Apa Dengan Cinta....citer feveret aku dikala hati gundah gulana....

Friday, December 26, 2003

Countdown to New Year 2004: 4 days to go
4 hari lagi nak masuk tawun baru. Musti ramai dah plan apa nak buat masa cuti tahun baru. aku ingat nak pi PD or Bagan Lalang le. Nak pi Pangkor macam yg dirancangkan tu macam tak jadik aje. Dah lama tak mandi laut. Nak mandi lautttttt!!!!!!! Bila le nak gi Pulau Perhentian? asik tengok gambo dasar laut dlm citer Finding Nemo. Bile nak gi snorkling lagi, jumpa anak jaws macam dulu tu? jumpa ikan yg pakai lipstick? Tengok coral menari-nari dalam air? Terserempak dengan penyu? Taruk ubat kat tapak kaki yg pedih terpijak batu tajam ataupun menikmati ikan marlin bakar ditepi pantai diwaktu malam? arrghhhhhh!!!!!!!





Monday, December 22, 2003

Hi guys and gurls...how's your weekend?

I was at PC Fair yesterday. I was supposed to be there in the morning and attended KRU's open house in the evening but then plans changed and I had to missed the open house. Bummer!!

Anyway, as usual PC Fair is always hectic on the last day. I was with my cousin and my uncle. My uncle bought a NEC laptop for my aunty and the latest juicy O2 XDA II PDA for himself. Wish I could get one for myself. After they went home, I venture through the place alone looking for stuff for my office and myself. One thing I will never forget to buy during PC Fair is compatible catridges. It's cheaper compare to ordinary days at the shop. Usually I will spend about RM 300 for catridges and I will have enough stock for the office until the next PC Fair arrives. Then I bought a cute optical mouse where it have blue and red lights flashing around it when I am using it. Bought a 4 port USB hub for my laptop. 2 USB are not enough for my need.

Then, towards the last hours the sellers started to shout and bargain lower price. I bought 50 pieces of CD-R at the price of 50 cent each. I wanted to get the ADSL+Router modem, damn cheap but I didn't bring enough money. So does the wi-fi card. But since I have streamyx at home, I don't think I will spend much time at Unitar where I need to use wireless network. That will save some of my money.

Hari nie nak gi Mines. Lama tak kesana. Last skali ada le 3 tahun lepas. Nak gi tengok wayang citer Haunted Mansion. Asik KLCC aje jemu le pulak. Mujur hari nie cuti, sure tak ramai manusia kat sana....bleh lepak relaks sket. sok nak keje dah.....

Sunday, December 21, 2003

Gangguan Emosi
penah tak korang mengalami gangguan emosi? Sebenarnya emosi nie satu elemen yg pelik. Sangat abstrak. Unpredictable. Tiada jadual yg khusus. Mungkin pada awal paginya korang datang ke opis dengan wajah yg ceria tapi by noon dah monyok. Biasanya mesti bersebab. Jarang2 sekali emosi kita berubah tanpa penjelasan yang konkrit.

Sama juga dengan hati. Hati yang merupakan organ yang membawa dua maksud. Satu iaitu organ dalaman manusia yang menghasilkan darah (ye ke? kalau salah betulkan ye. Bab Biologi nie memang lemah) dan satu lagi hati yang mewakili perasaan. Hati yang mewakili perasaan yang banyak dan sering diperkatakan berbanding hati sebagai organ dalaman yang cuma menjadi topik perbualan bila menyentuh isu kesihatan. Hati juga satu organ atau medium yang kompleks dan sukar dimengertikan. Kata orang, ikut hati mati...ikut rasa binasa. Ada juga orang kata bila sedih kita makan hati. Ada yang sampai makan hati berulam jantung. Parah. Kadang-kadang hati dan akal kita tak sealiran, tak synchronize. Itu yg menyebabkan kita menjadi celaru.


thanks to doc Leed yg telah membetulkan penggunaan frasa biologi

Kenapa aku membicarakan isu hati? sebab minggu nie aku declare Minggu Masalah Sedunia. Dalam satu minggu aku telah menyaksikan bagaimana satu rumahtangga bahagia hampir2 roboh akibat bermain dengan hati dan perasaan. Aku juga mendengar bagaimana satu hati tidak dapat menerima hati orang lain yang ingin memiliki hatinya. Aku juga menyelami perasaan seorang insan yang hatinya dilukai tapi dia tak mampu meninggalkan si dia. Hari semalam pula hati seorang kawan menjadi gundah kerana aweknya. Semuanya aku dengar dan lihat dalam tempoh seminggu. Dan selama seminggu juga aku terlupa untuk mendengar apa kata hatiku sendiri. Betapa besar peranan hati dan perasaan. Sekali ia terluka, parutnya akan kekal selamanya. Jika luka lama berdarah kembali, ia mengalir tiada henti. Fuhhh...bersastera pula aku diawal pagi yg hening ini. Lupakan soal hati.



Baru-baru nie aku berpeluang membeli sebuah buku lama. Penulis agung, Hamka yang menghasilkan karya hebat Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Penah mak aku bercerita mengenai buku ini tapi aku tak penah mengendahkannya sehingga baru2 nie aku terjumpa di kedai buku Minerva di Jalan TAR. Harganya RM 16. Ternyata pelaburanku tak sesia. Sesekali membaca buku yang begitu hebat karyanya, begitu puitis dan tinggi bahasanya....memang menyeronokkan. Sungguhpun akhir ceritanya cukup menyedihkan. Betapa hati yang terluka mampu membuatkan manusia menjadi gila. Betapa apabila hati membuat keputusan yang terburu-buru akhirnya mengundang bencana. Arrghhh....lagi-lagi hati. Kenapa orang tak bercerita mengenai peparu, ginjal mahupun usus? Kalaulah mereka boleh berkata-kata, tentu kecil hati mereka melihat nama hati menjadi sebutan ramai. Apa yg aku merapu nih????

Friday, December 19, 2003

New Year 2004 is just around the corner
Pejam celik pejam celik....2003 dah makin habis dan 2004 dah makin hampir. Rasa masih banyak perkara yg belum tercapai sepanjang 2003 nie. Adusss....makin bertambah tahun, makin meningkat umur. Masih banyak yg perlu dilakukan dan dibaiki. Antara perkara yg belum dapat dilaksanakan hingga sekarang:

1. Beli kete baru - dah 2 tahun keje masih lom mampu beli kete baru. Rumah jauh sekali
2. Belajar Macromedia Flash - buku 3 bijik tersusun kat rak, cd, templates semua dah ada. Tunggu nak gerak aje.
3. Bercuti - dalam tak sedar tahun nie tak sempat aku nak gi bercuti rehatkan diri. Ada ke? time raya aritu sempat merayau kat Penang. A real holiday dimana henpon tak dapat dihubungi, no computer....di sebuah pulau yg tenang. Kalau le dapat gi lagi Pulau Perhentian kan best. I need a break. Cuti tahunan pun berbelas hari terbazir begitu aja.

Hmm..rasanya banyak lagi dlm list tapi itu aje yg terpikir hingga kini.....

Tuesday, December 02, 2003

1st day keje selepas cuti raya
Adehhh..nie paling berat. Dah le tengah hujan kat luar nun. Brrr..sejukkk. Sok plak exam. Boring betul. Nak gi opis ke taknak...gi ke tak...gi ke tak.....zzzzzzz....

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin