Thursday, February 24, 2005



Sapa yang enjoy tengok citer Rabun dan iklan2 yg Yasmin Ahmad hasilkan ketika musim perayaan, jom ramai2 tengok citer Sepet......di pawagam laaa, mana lagi.

Thursday, February 17, 2005

The Sims 2

sherrina tengah demam game The Sims 2. Game yang dikeluarkan pada tahun 2004 ini memang ditunggu-tunggu oleh para peminat The Sims yang pernah mengikuti siri game Sims yang pertama. Permainan ini mempunyai banyak extension pack untuk menambah variasi dan perisa kepada para peminat The Sims.

The Sims 2 mempunyai 4 cd. Untuk bermain pemainan ini, amatlah molek jika komputer anda mempunyai kad grafik yang berkuasa tinggi. Lebih lancar dan smooth gambarnya. Berbanding dengan The Sims, The Sims 2 mempunyai grafik yang lebih baik dan pilihan2 pemain serta penampilan emosi yang lebih realistik. Boleh addict dengan game ini jika kita dah faham bagaimana ia beroperasi. Selain itu, game ini juga memerlukan space yang agak besar untuk installation. Maklumlah 4 cd.

Here's what The Sims 2 looks like::


oklah, nak sambung main game dulu......;)

Saturday, February 12, 2005

Movie Review: Constantine

Hell wants him. Heaven won't take him. Earth needs him.

Anda minat dengan citer2 yg mengisarkan perkara mistik, syaitan dan sewaktu dengannya? Jangan lupa menonton filem terbaru Keanu Reeves ini. Sherrina baru sahaja menontonnya semalam di GSC Berjaya Times Square yang baru dibuka. Mujur ia tak sebesar pawagam Mid Valley. Kalau tak, bagaikan menonton wayang dalam sebuah stadium. GSC di Times Square mirip kepada TGV KLCC.

Filem ini berkisahkan John Constantine yang kerjanya memburu setan2 jahat (ada ke setan baik?) dan menghantar mereka ke neraka. Citer nie klasifikasinya 18SG, maka ianya penuh dengan adegan seram dan ganas. Bagi yang dah biasa menonton filem seram dan ganas, tentu sahaja flem ini dianggap biasa. Bagi sherrina yang memang tak gemar menakutkan diri dengan menonton filem2 seram, beberapa kali juga le sherrina menutup mata dengan tangan ketika dalam pawagam. Agak ironi menonton filem yang dikatakan seram sedangkan penonton yang menonton bersama sherrina senyap sepi ketika adegan2 yg seram dipertontonkan. samada mereka sudah lali dengan kisah2 seperti ini ataupun mungkin mereka takde perasaan. Tapi banyak juga adegan2 lucu dalam filem ini seperti ketika Constantine nak diangkat ke syurga, sempat dia menunjukkan isyarat jari hantu kepada malaikat penjaga neraka yang hendak menjemputnya.

Jika anda seorang perokok, mempunyai suami atau isteri atau bf atau gf atau sesapa sahaja yang hidup disekeliling anda merupakan seorang perokok, bawa mereka menonton filem ini. sherrina rasa ini pertama kali sherrina menonton sebuah filem yang terang-terangan memnyentuh keburukkan merokok. Ternyata Keanu Reeves dan penerbit filem ini wajar diberikan kredit diatas kesungguhan mereka menyebarkan kempen anti-rokok melalui filem. Selain daripada adegan dimana Keanu berjumpa doktor yang menunjukkan x-ray paru-parunya yang hancur akibat merokok sejak berumur 15 tahun, juga ditunjukkan Keanu batuk berdarah, menogok ubat batuk dari botol dan bagaimana penjaga neraka yang memperdajal Constantine dengan mengambil paru2 nya yang hitam dan hancur itu supaya Constantine akan terus hidup dan tidak dapat masuk ke syurga pada ketika itu. Akhir sekali ditunjukkan bagaimana Constantine berdiri di atas bumbung memandang ke bandaraya sambil membuka bungkusan. Bukan lagi bungkusan rokok seperti keadaan2 yang lalu tetapi bungkusan chewing gum.....








Thursday, February 10, 2005

Tarian Singa di Alamanda Putrajaya

panjang sungguh cuti kali ni. Rabu sampai Ahad. Ramai yg mengambil kesempatan pulang ke kampung. Bagi sherrina, nie peluang nak melawat tempat2 menarik di sekitar Lembah Kelang yg masih belum sherrina jejaki sambil menikmati perayaan Tahun Baru Cina dan Maal Hijrah. Semalam sherrina dan dua sahabat ke Alamanda Putrajaya untuk melihat sendiri pusat membeli belah yang gah diperkatakan. Kebetulan yang baik, ada pula tarian singa dipersembahkan kepada orang ramai.


Persiapan sebelum pertunjukkan dimulakan

 
Singa putih memberikan pose istimewa

 
Singa kuning menunggu giliran untuk memanjat tiang 


Persembahan menghiburkan


Orang ramai tak melepaskan bergambar dengan kepala singa


asik amik gambar aje, angpau bila nak beri?

Tuesday, February 01, 2005

satu perkara yang aku ralat menjadi anak jati bandaraya ialah banyak perkara kehidupan dan cabaran di kampung yang aku tatau. Banyak sangat sampai aku diketawakan oleh cousin aku sebab aku sering terpinga-pinga mendengar dia bercerita mengenai itu dan ini. Contohnya, aku tak pernah jumpa tumbuhan ini yang apabila diterkena air ia akan meletup.

   

di KL nie takde suasana kampung diwaktu malam. yang ada hanya deruman motor mat rempit membelah lebuhraya. di kampung suasana malamnye sunyi hanya kedengaran suara unggas ataupun cengkerik. kat kampung pakcik aku nie plak setiap beberapa waktu akan kedengaran bunyi dari keretapi yang lalu ditepi kampung...



Kemudian aku khusyuk mendengar makcik aku bercerita mengenai kisah zaman kanak-kanak nya. bagaimana mereka mengutip tanah liat, dijadikan seperti bola kecil dan disalut dengan dedak lalu diletak dalam bekas yang direndam didalam sungai untuk menangkap udang. Ayah aku pula akan membuka cerita bagaimana masa dia kecil2 dulu suka mengusik jaga skolah dengan mengatakan, "bhai..ini menantu sudah datang" sebab anak bhai tu cun2 belaka. pakcik aku akan cerita bagaimana seksanya jalan kaki disepanjang laluan keretapi untuk ke sekolah yang berkilometer jauhnya.

Seronok ye bagi yg ada kampung. kene plak depan umah ada sungai, seronok tgk cousin aku asyik memancing...



walaupon depan umah aku ada sungai tapi tatau le apa spesis ikan yang mampu hidup dalam sungai tu.

Beruntungnya kalian yang masih ada kampung. Oleh itu, bagi yg dah lama tak balik kampung, pulanglah menjenguk sebelum kampung itu berubah selama-lamanya....


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin