Thursday, November 29, 2007

Why did the chicken cross the road?

Pada June 2006, Sherrina ada post satu artikel lucu berkenaan kenapa ayam melintas jalan? Klik SINI untuk membacanya.

Hari ini, Sherrina check email dan ada satu email berkenaannya. Sherrina terfikir untuk Google mencari sejarah frasa ini dan hasilnya ialah frasa atau ayat ini telah wujud semenjak 1847 lagi! Kali pertama ia muncul dalam sebuah majalah New York iaitu The KnickerBocker.

Sehingga ke hari ini, ribuan jawapan telah diwujud hasil daripada persoalan mudah ini: Why did the chicken cross the road? Antara jawapan yang ada adalah daripada pemimpin politik, selebriti, ahli sukan dan ramai lagi. Tidak terkecuali jawapan daripada ahli politik Malaysia. Jawapan ni biasanya 'digoreng' daripada kata-kata yang popular daripada ucapan mereka itu.


Malah, sebuah website dicipta khas untuk soalan ini iaitu
http://www.chickenjoke.com/. Bukan itu sahaja, Sherrina juga terjumpa sebuah buku yang didedikasi khas untuk persoalan ini. Agak aneh ya, bagaimana hanya satu jenaka mudah boleh tersebar dan dipanjangkan serta dipelbagaikan versinya ke serata dunia sehingga ke hari ini.

Ini barangkali antara soalan yang mempunyai ribuan jawapan yang ada didunia.

Oleh itu, kenapa agaknya ayam melintas jalan? Why did the chicken cross the road? Kita lihat, apa kata ayam:


Monday, November 26, 2007

Roti Arab dan Anak Awin

Aku baru tau yg roti Arab ni sedap rasanya. Aritu jalan2 cari makan di AU1 kat depan asrama Felda, terjumpa satu area ala-ala kawasan gerai dan restoran. Jumpa satu kedai yg famous ngan Nasi Kandar dan ada disediakan roti Arab. Try lah order satu.


Dia punya bau.....enak.


Ni kuah daging campur ikan klau x silap. Sedap bila dicicah ngan roti Arab.

Selain citer makan, aritu Sherrina gi melawat kawan CBN yg baru melahirkan anak. Weiii CBNers....Awin dah bersalin lah. Gi lah melawat!!!


Nur Ieydirna Humairaa...jenuh aku nak ngeja. Ntah betul ke tak.


Radzi yg tertido kunun kepenatan menjaga anak. Sambil tu train anak supaya lali ngan dengkuran ayahnya yg bleh terangkat bumbung.


Comelnya...


Wednesday, November 21, 2007

Game Review: The Sims 2 Castaway



Wahhhh.....game baru sudah keluar untuk Nintendo DS, PSP, PS2, Wii dan konsol-konsol lain kecuali PC. Huhu...nasib baik ada DS. Anyway, kalau anda pernah main games Sims2, asasnya sama iaitu menyelesaikan masalah atau membina sesuatu atau mencapai sesuatu.



Dalam siri Castaway, watak yang anda sendiri cipta terdampar disebuah pulau terpencil. Pada asasnya hanya diberikan sebuah pondok buruk untuk berteduh dan anda akan diajar cara-cara menghidupkan api (siap kene tiup kat mic utk hidupkan api...cool!), meluruhkan buah kelapa dari pokok dan sebagainya. Sedikit demi sedikit, tools serta experience akan bertambah seperti boleh mencari ikan menggunakan tombak, menanam pokok buah-buahan, memasak dan banyak lagi.



Bermain game ni kene banyak bersabar sebab ada keadaan kita nak trade sesuatu dengan orang lain (oh ya, di pulau ini ada juga orang lain yg turut terdampar iaitu seorang doktor, petani, chef dan tukang jahit) dan hanya certain item sahaja yang trader itu mahu. Jadi ada masa kene berjam-jam duduk di pantai mencari ikan yang tepat (ada ikan yg timbul certain time sahaja), kemudian cari bugs yang hanya akan muncul jika kita dapat hancurkan bugs2 yg ada pada score perfect dan sebagainya. Ianya challenging dan menguji kesabaran.

Apabila sangkut di certain part, gunakan internet untuk membantu anda. Banyak forum dan web yang membantu memberikan tips untuk mendapatkan sesuatu bahan, mencari suatu spesis ikan dan sebagainya.




Kepada peminat Sims, jangan lepaskan peluang mencuba permainan ini. Best dan menyeronokkan :)


Wednesday, November 14, 2007

Reunion MRSM Terendak 1997-2007-part 3

Habis main bola tampar pantai pastu kitorang naik bot pusing-pusing, check-out kol 12.30. Ingatkan leh mintak extend tapi ada peserta kursus lak nak masuk. Cehh...potong betul.

Lepas settle hal kunci, bayar sewa court sampai masa untuk berpisah. Tak sah kalau tak amik gambar beramai-ramai.








Hazlee, Nafi, Mad, Ikang, Payat dan Ap bersama goodie bag


Max, Payat, Alan Batik dan Along


Babai...jumpa lagi reunion umur 50 tahun nanti!!!

Gambar yang lain ada di Blog Terendak97.

Reunion MRSM Terendak 1997-2007-part 2

Pagi jam 8.30 ramai dah turun bersarapan. Pehhh...on time. Aku ingatkan ramai turun kol 10...hehe.

Sarapan sambil sembang dgn Ziera dan Nurul


Irman dan Akim buat aksi manja.


Shema, Aizima dan E-Syam


Atan, Sting, Zahir dan Nafi menunggu time nak main beach volley


Bergaya dulu baru turun gelanggang. Dani, Radzi (husb Shema), Nazham, Nafi, E-Syam dan Hazlee


Qarmal, Azwan, Ikang dan Payat....warm-up tepi tembok je


Team A lawan Team B...Bear mmg hampeh, suka2 tukar team.


Atan yg datang secara mengejut tunjuk skill bola berpusing

Reunion MRSM Terendak 1997-2007

Alhamdulillah, setahun merancang dan 3 bulan berjuang....akhirnya menjadi jugak program reunion yang mengumpulkan 65 ex-Terendakians PMR95 dan SPM97. Pada mulanya AJK yang seramai berbelas orang akhirnya cuma tinggal 3 orang iaitu aku, Shema dan Is. Tapi berjaya juga program ni berlangsung walaupun kudrat yang sikit.



Aku dan memberku, Wana bertolak dari KL ke PD pada jam 6 petang pada hari Jumaat, tiba di PD jam 7.30 malam. Berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Glory Beach Resort, sesat beberapa kali sampai juga akhirnya. Last skali aku ke sana masa ngan geng2 UTMKL beberapa tahun yg lalu. Kitorang check-in dulu ke business suite (kunun) yg diberikan percuma untuk AJK. Bezanya cuma ada Astro. Lepak dan rehat, tak lama tu Is dan familynye sampai. Riuh-rendahlah dengan suara anak-anak Is iaitu Pica dan Nuqman. Meriah lah....malam tu tido agak awal sebab penat. Lagipun esoknya hari sangat busy sebab banyak mende nak organize.


Banner yg dicetak oleh company wife Lawi

Tengahari, kitorang semua keluar cari makan tengahari. Shema dan family datang tengahari. Tolong siapkan goody bag iaitu bag sumbangan Niosh, mouse pad sumbangan Institut Atom, sticker kete MRSM Terendak 95/97 dan beg toiletries yg dicetak nama reunion. Aku lak mana ingat kawasan PD, dah lama tak dtg belah2 hujung ni. Slalu layan belah Blue Lagoon. Gamble je lah, last2 makan di food court depan Yacht Club. Lepas makan, cari barang2 last minute pastu balik hotel. Tengok-tengok, meja urusetia tak disediakan untuk kitorg. Kambeng! Utk skolah lain ada lak (ada few schools yg ada program pada hari yg sama). Telefon receptionist, suh dorg setup jugak. Berapa kali mau inform lah, verbal pun sudah...written pun sudah. Hadoiii!

Punya banyak program buat serentak


Masing-masing mengisi borang untuk dapat goody bag.


Menjelang jam 6pm, almost semua dah check-in except several yg lambat. Ramai yg sangkut di jem dan road block kerana program Bersih di KL. But at the end, semuanya selamat sampai. Kol 8pm aku dan Is turun ke poolside (aku mintak dewan 2 minggu lebih awal tapi poolside gak diberi. Nak kene zasss org sales nih) untuk lihat keadaan.

Kedengaran lagu raya berkumandang kerana tema dinner ni ialah Hari Raya since ia hari terakhir aidilfitri di bulan syawal. Aku juga wajibkan semua datang berbaju raya, which surprise...surprise....90% mengikut peraturan. Wahahaha....dasyat lah. Yg perempuan bergaya dengan baju kurung dan kebaya manakala lelaki segak dengan baju melayu siap bersampin. Malah Reni dan suami siap pakai baju yg dorang pakai masa akad nikah lagi. Kelass gitu. Makanan pula adalah BBQ. Sedappp....Yang best tu tengok masing-masing masa mula datang tersipu-sipu. Dah 10 tahun tak jumpa, tatau camne nak mula bicara. Kene pula ex-gf dan ex-bf masa cinta monyet di maktab pun ada juga...teringat kenangan masa muda...ececececehh....


Reni, suami dan anak bersama2 homeroom Cassie


Slipt tunjuk eksen sebab masih muat pakai baju maktab dan sampin maktab....Ion dan Alan sengih dengki..muehehe...


Ucap alu-aluan oleh Iskandar Syahril


Presiden Program Reunion, Zahir siap berbaju melayu...baru lah segak...


Lepas ucapan, doa dibacakan oleh saudara Sting. Hadirin turut sedekahkan kepada arwah Arzumi Yuswira dan arwah Azizul Rahman

Kemudian, sesi bertukar hadiah dimana semua yang bawa akan mencabut nombor dan hadiah yg bernombor itu menjadi milik mereka. Sapa agaknya yg dapat hadiah Qarmal? Mcm grand je sebab kotaknya paling besar...


Max kene interview sebab tak bawak hadiah


Nafi buat trademark dia..


Azie, Ita, Zairin, Mickey dan Nazham. Nazham tunjuk skill, paham dah...paham....


Gambar homeroom Phoenix, aku tatau lak Akim pun Phoenix...hmmm....


Kehadiran paling ramai, kelas 5B1 bersama ketua kelas, Pesol. Ziera dan Nurul dah balik lebih awal.


Gambar boys beramai-ramai


Gambar girls beramai-ramai


Tak sah kalau tak bergambar beramai-ramai...

Majlis habis dalam kol 11 lebih gitu. Yang lain-lain balik ke bilik, yang datang dinner sahaja beransur balik ke destinasi masing-masing. Budak-budak lelaki aku dengar melepak mana ntah dengan Peos yg muncul secara tiba-tiba sampai lewat pagi. Aku balik, jumpa bantal...tak sedar dah. Penat sehhh....

Monday, November 05, 2007

Jom Pi Penang2

Paginya kami check-out dalam jam 9.30 pagi. Sarapan di kedai mamak tidak jauh dari hotel. Terus ke Chowrasta nak memborong jeruk dan buah pala. Parking di belakang balai polis dengan bayaran 80 sejam.



Ronda-ronda keliling kawasan tu pastu naik kete terus ke jeti untuk naik feri balik ke Seberang Prai.




Kat sini pun wilayah Celcom?


Kawasan pelabuhan


Kete Bomba yg dok menyucuk kete kitorang masa di highway. Hampeh, dah le buat kes ngan anak yatim...kat jalanraya pun perangai cam cipan.

Kesimpulan jalan-jalan di Penang:
  • Banyak lagi tempat menarik yang bleh dikunjungi. Kene stay sana 2-3 hari lah
  • Tak sempat nak try makanan Penang spt Char Kuey Teow dan Pasembor sebab tak jumpa tempat yang menjualnya
  • Di Georgetown tak jumpa kedai melayu, mana pegi orang melayu?
  • Pemandu kete di Penang boleh masuk kategori crazy drivers lah kot. Kalau buat pertandingan lawan drivers di Medan, rasanya ada can Penang menang. Agaknya yg banyak crazy drivers di KL ni asal sana.
  • Orangnya ramah-ramah. Masa Sherrina pegang peta di petrol station, ada yang sapa bertanya nak ke mana.

Jom Pi Penang

Masa Matta Fair yang lepas, Sherrina beli kupon Hotel Grand Paradise di Penang dengan harga RM19.99 satu malam. Check-in hujung minggu kene surcharge RM50. Still cheaper dari harga biasa. Bertolak dari KL jam 4.30am bersama 2 orang kawan memandu kete Proton Satria. Jalan ok, clear sebab orang tak ramai lagi. Singgah rehat di hentian Rawang untuk beli makanan (kebab disini sebab bangat) dan kemudian di hentian R&R di Perak untuk solat Subuh.



Jalan clear, tenang aje. Berkabus.


Tiba-tiba je semua kete kene berhenti sebab dorang nak susun kon.



Selamat dtg ke Pulau Pinang. Mula2 cuak gak sebab naik jambatan tak jumpa pun tiang2 ni, rupanya di tengah-tengah.


Naik train ke puncak Bukit Bendera


Rupanya ada orang dok di bukit ni


Pemandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera



Landasan di Bukit Bendera


Monyet yang kesedihan



Usha sapa ntah


Banglo yang nampak mcm dalam masalah hakisan


Hotel Grand Paradise dimana kami menginap. Read my review here in Yahoo Travel.


Jalan Macalister yang sentiasa sibuk

Agak beruntung kerana datang pada waktu bukan musim cuti sekolah. Jadi tak le ramai sangat orang di Bukit Bendera. Senang juga nak parking tapi kene charge RM3. Ntah legal atau tidak. Naik bukit bendera kene bayar RM4 seorang. Sapa bawa anak kecil kesian sangat sebab berhimpit dalam coach.

Turun dari Bukit Bendera, kami makan di restoran di situ. Ada kedai melayu. Makanannya sangat murah. Nasi goreng ayam RM3.50 dan teh ais RM1.20. Terkejut juga sebab biasanya restoran di kawasan tumpuan pelancong mengenakan harga yang mahal. Mujur juga kami makan siap-siap disitu kerana di pekan Georgetown susah nak cari kedai makan Melayu.

Check-in hotel jam 3 petang. Parking juga disediakan. Mandi dan rehat, tido sampai petang sebab penat dan kenyang. Katil yang disediakan sangat besar, muat 3 orang. Tak perlu keluarkan wang ambil katil extra.

Selepas Maghrib, kami bersiap-siap untuk ke Batu Feringghi. Berpandukan peta, sampai juga akhirnya. Tapi senang juga nak ke sana sebab banyak signboard yang membantu. Parking pun bayar RM3. Jalan-jalan tengok barang. Banyak barang tiruan. Yang best disini ialah DVD cuma RM4 sahaja. Borong 17 keping untuk member yang pesan belikan. Hehe...tengok dulu lah sebelum pass pada dia. Pastu beli pen laser dengan penunjuk yang Sherrina guna waktu mengajar sebab di KL dah tak jumpa dah pen yang sama. Harga selepas tawar ialah RM12.

Macam-macam ada...


Unik dan menarik


Member2 beli souvenier mcm keychain dan fridge magnet. Kene pandai cari sebab ada kedai yg jual satu fridge magnet RM6. Round ke hujung sikit ada kedai yg jual cenderamata sahaja, 3 biji RM10.

On the way balik cuba cari kedai makan melayu tapi tak jumpa. Puas round bagai nak gila. Orang kata Penang night life tapi banyak yang sunyi sepi. Maybe cuma night life di Gurney drive aje. Lalu juga disana tapi parking penuh, besides kedai2 makan disana semuanya kedai cina. Pusing-pusing satu bandar tapi kedai mamak aje yang ada. Terpaksa le makan roti canai mengalas perut. Menyesal juga tak makan dulu di gerai2 tomyam yang banyak di tepi jalan menuju ke Batu Feringghi.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin