Tuesday, June 29, 2010

Beli Buku Online-Lagenda Budak Setan

Selama ni tak penah beli buku secara online. Sebab lebih suka belek di kedai untuk membelinya. Tapi kali ni takde pilihan sebab buku yang nak dibeli boleh dianggap 'antik' dan takde lagi dah dijual di kedai. Bukunya bertajuk Lagenda Budak Setan. Yup, ini gara-gara demam menonton LBS lah. Tapi dulu memang Sherrina pengikut setia karya Ahadiat Akashah. Cuma yang ini entah hilang ke mana. Mujur ada website yang menjualnya secara online iaitu di adli.me. Sherrina order dua buku iaitu Lagenda Budak Setan dan Kasyah: Lagenda Berakhir. Ingatkan cite ni tergantung di buku Katerina je. Rupanya ada penutupnya. Masa tu dah masuk MRSM Terendak. Dah tak ikut lagi buku-buku Ahadiat Akashah.

Cuak gak takut buku basah kene hujan tapi sebab hantar pakai pos express, kene ada orang sign untuk ambil. Buku dibungkus dengan kemas dalam pek Pos Express.

Alamak! Ini cover special edition sempena filem LBS. Sherrina order versi lama.

Rupanya hanya sarung hiasan aje. Hmm...cover ni lain lah. Dulu warna kuning kalau tak silap tapi design style sama.

Ini dia buku yang ditunggu-tunggu. Nak tau apa kesudahannya cita Kasyah ni. Cinta yang penuh duka nestapa gembira segala macam lah. Punya banyak dugaan dan rintangan.

Yippee! Ada stok buku baru untuk santapan selama beberapa minggu :D

Monday, June 28, 2010

Buku Untuk Dijual: Pusingan 1

Semenjak dua ini, Sherrina ketagihan membaca siri kanak-kanak dan remaja keluaran PTS. Ini gara-gara mengunjungi Pesta Buku PTS yang lalu. Sudah dua kali Sherrina berulang ke Book Cafe PTS untuk membeli buku cerita baru. Oleh kerana tiada ruang untuk menyimpan dan rugi pula menyimpan buku ini walhal lebih elok jika cerita bagus ini dikongsi bersama dengan pembaca lain pada harga yang istimewa. Jika disimpan di almari, ilmu yang baik ini terperuk sahaja. Maka, Sherrina akan menjual buku-buku yang telah Sherrina baca untuk memberi laluan kepada pembelian buku-buku baru.


Satu lagi siri Usahawan Cilik. Pelajari suka duka Aiman yang mahu menceburi bidang perniagaan menjual buku terpakai. Segala usaha dan kekangan yang dilalui dikongsi bersama dalam buku ini. Kondisi: 95% baru. Harga Asal: RM13.50. Harga Jual Semula: RM10 termasuk pos.

 Daripada siri Adam Cilik. Mengandungi 7 cerita pendek mengenai kehidupan Adam yang pelbagai ragam. Banyak pengajaran dapat diperolehi daripada kisah-kisah Adam Cilik. Juga mengandungi hiasan komik diselitkan didalam buku ini. Kondisi: 95% baru. Harga asal: RM12.50. Harga JualSemula: RM10 beserta pos. Sesuai untuk bacaan 6 tahun hingga 12 tahun.

Baru beli. Dah pun habis baca. Mahu jual semula. Kondisi: 95% baik. Hanya sekali baca sahaja. Karya Usahawan Cilik yang cukup bagus utk memberi inspirasi dan membuka minda remaja mahupun dewasa mengenai alam perniagaan. Harga Jual Semula: RM10 beserta pos. Harga asal RM15. Siapa cepat dia dapat!

Bagi yang mahu, sila hubungi saya melalui sherrina_kl AT yahoo DOT COM dengan segera kerana siapa cepat, dia dapat!

Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu Tersungkur Ke Bumi


Detik terakhir sebelum Penjara Pudu tersungkur ke bumi.

Monday, June 21, 2010

Food Review: Sbread @ MidValley

Jumaat lepas Sherrina ngan Suhaila berjalan ke Mid Valley. Tujuan utama nak tengok pameran hartanah. Kot boleh beli tanah dalam sekilo-dua ke. Hahaha....tapi sebelum tu kene isi perut dulu sebab belum breakfast. Kami park di The Garden dan ketika berjalan di ruangan LG di laluan yang menghubungkan The Garden dan Mid Valley, tetiba ternampak restoran ni. Kecik je, ada le dalam 6 meja kot. Style kopitiam.

Suhaila order laksa. Menurut poster di Sbread, laksa antara menu terkenalnya. Suhaila kata, laksa di sini terbaekk! 5 bintang dan sangat sedap sehingga tak kisah nak datang ke Mid Valley ni semata-mata nak makan laksa ni. Rupanya bukan kitorang je pikir macam tu. Ada sepasang suami isteri yang baru sampai dari Singapore bagitau pada tokey kedai yang bila sampai je KL, laksa tu yang dorang nak dulu. Dasat gak.

Sherrina makan nasi lemak special. Nasi lemak ni berwarna hijau sebab ada pandan. Memang sedap especially sambalnya.

Ini pula kari ayam yang dimakan bersama dengan set nasi lemak ini. Memang heaven!

Rasanya kalau datang Mid Valley lagi, memang akan singgah lagi di Sbread sebab nasi lemak dan laksanya memang mantop!

The reason I always late for work.

My cat decided to walk on my car roof instead of on the ground.


My cat refuses to climb down. 

His cheek is itchy so he needs time to get rid of the itchiness.

Then he decided to make that cute face which makes me says 'Awwww!'

He asked me to stay and play hide and seek with him.

Told ya, it's not my fault. It's this orange cat's fault!

Saturday, June 12, 2010

Food Review: Sekinchan Ikan Bakar


Sherrina mendapat tahu kewujudan restoran ni melalui kak Danganum yang dok asyik masyuk bercerita mengenai kedai ni yang hanya sepelaung aje daripada opisnya. Sherrina pun memulakan penyiasatan membaca blog-blog review sebelum membuat keputusan untuk mencuba. Sherrina dan partner-in-crime ke restoran ini 2 hari lepas lepas waktu pejabat. Kiranya kitorang dinner awal lah, jam 6 petang. Sebab tak mau join sama kesesakkan di restoran ini menjelang waktu malam.

Masa kami tiba, nampak anggota RELA dan pekerja restoran pula kelihatan begitu sibuk. Rupanya ada menteri nak datang merasmikan restoran. Kami pilih tempat duduk yang agak jauh daripada ruang tengah. Kami order minuman. Sherrina gi pilih ikan. Sherrina takyah pikir banyak lah. Ikan pilihan confirm ikan pari. Pastu pilih sotong saiz sederhana 2 ekor. Ternampak ketam. Gemuk-gemuk belaka. Amik seekor. Kat restoran ni toksah tanyalah masakan jenis apa. Semua pun tadak kecuali bakar.


Agak-agak 20 minit kot baru makanan kami siap. Sementara tu, layan nasi lemak dulu. Konsep makan ikan bakar dengan nasi lemak ni macam ala-ala di Umbai, Melaka. Tapi kat sini sebungkus nasi lemak berharga RM2. Nak makan melambak-lambak macam di Umbai, pikir dua tiga kali gak lah. Tapi nasinya banyak. Sherrina cuma lalu makan 2 bungkus je.

Hidangan pertama yang sampai. Ikan pari bakar. Sedap dan segar. Sambalnya, ok lah. Taklah sambal ikan bakar tersedap yang Sherrina penah makan. Rasanya masam dan manis. Alangkah nikmatnya jika formula sambal tu lebih hebat daripada ini.

Sotong bakar. Dua ekor lebih dari cukup. Cuma hati-hati bila makan. Tulang sotong ni pun ada lagi dalam tu. Nyaris nak tercekik.

Hidangan yang ditunggi-tunggu. Ketam bakar. Masa memilih, ketam ni berikat. Bila sampai, terkejut gak. Ingatkan dua ekor. Kot salah order ke. Bila dibukak, rupanya cuma seekor. Tapi besar bukan main. Kulitnya dah dibukak semasa masak. Memang besar betul. Gamaknya musim ketam tengah menjadi ni.

Seumur hidup, inilah ketam paling berisi yang Sherrina penah makan. Bukak sini, penuh isi. Bukak sana, memutih isinya. Sampai ke hujung kaki ketam pun masih penuh isi. Rezeki kami dapat ketam yang bagus, fresh, manis dan banyak isi.


 

Pinggan penuh dengan sisa kulit ketam.

Mula ingat nak kokak je kaki ketam yang keras macam kayu tu dengan gigi. Tapi mengenangkan usia dah lanjut ni, gigi bukan kuat sangat. Kang patah gigi, naya je. Tanya adik waiter kot ada alat mengepit ketam. Rupanya ada. Kot bagi dari awal kan senang. Idok le jenuh nak mengerjakan ketam nih :p

 Kotak kaler merah tu lokasi restoran tu. Senang sangat nak gi. Gi Jalan Taman Setiawangsa. Nampak Petronas. Masuk ke kiri (jika dari Jelatek). Kiri ada Giant. Masuk kiri. Terus je ke bawah. Restorannya di sebelah kanan. Paling grand le kat area situ.

Harga semua sekali hampir RM50. Seekor pari bakar saiz sederhana, dua ekor sotong bakar saiz sederhana, seekor ketam saiz besar, nasi lemak 3 bungkus, teh o ais, ais kosong, sirap bandung dua gelas. Alhamdulillah....nak kata sedap giler, bolehlah tahan. Kiranya takyah dah lepas ni nak pi jauh-jauh semata-mata nak makan seafood segar. Kat Setiawangsa pun ada. Cuma kalau nak teringin nak seafood yang betul-betul lazat, rasanya di Bagan Lalang masih juara lah.

Monday, June 07, 2010

Exhibition: NOVA – Exploring the New Media


Semalam Sherrina berkesempatan ke KLCC untuk makan malam dan ternampak pameran baru di Galeri Petronas. Namanya NOVA-Exploring the New Media. Nampak menarik, masuk pun percuma. So apa lagi. Masuklah. Setiap kali gi KLCC, Sherrina pasti akan check kalau ada pameran baru disini. Walaupun tak paham sangat bab seni ni tapi seronok tengok lukisan atau penghasilkan karya yang hebat-hebat.


Ada pelbagai media seni dipamerkan disini. Ada dalam bentuk video, dalam bentuk lukisan kartun, dalam bentuk serpihan kayu skateboard yang dicantum menjadi kata-kata di atas. Gila kreatif!




Antara banyak-banyak bahan, yang paling Sherrina kagum ialah pameran ini. Ianya menggunakan kipas plastik dimana kita perlu tiup padanya. Imej akan terbentuk pada skrin yang dipancar menggunakan projektor berdasarkan kekuatan tiupan kita.


Sherrina masih dok pikir camne dorang buat. Mende tu kalau tengok dihubungkan ke sebuah komputer. Camne kekuatan tenaga yang dihasilkan melalui tiupan diterjemahkan oleh komputer untuk membentuk imej-imej yang cantik pada skrin?

Ini adalah imej terbaik yang dapat dihasilkan. Gila cantik nak mampus! Kalau korang lom pegi pameran ni, gi lah cepat-cepat. Ada banyak lagi bahan ada disini. Semuanya hebat-hebat dan kreatif belaka.

Friday, June 04, 2010

Cold Storage

Semenjak Cold Storage buka di Wangsa Walk, tak penah lak amik peluang nak round habis-habisan dalamnya. Semalam ketika ada masa yang terluang, sempat round-round d idalam Cold Storage. Antara banyak-banyak pasaraya, Cold Storage ni agak unik kerana menjual barang-barang kebanyakkannya dari luar negara. Ketika merayau-rayau, terjumpa minuman tin Schweppes. Eeeee..dah lama tak nampak minuman jenama ini. Dulu ketika kecil selalu beli tin minuman ini yang sangat popular suatu ketika dulu.

Macaroni and cheese instant pun ada. Bestnya. Tapi microwave dah lama bersara menjadi hiasan di dapur.

Spaghetti bolognese segera pun ada juga. Bestnya! Macam dalam cite tv omputeh yang selalu di tonton. Makanan segera masuk je dalam microwave, dah siap makanannya. Tapi ni sebab dibuat di luar negara, daging tu halal atau tak....takde jaminan. So tengok ajelah.

Wednesday, June 02, 2010

Pesta Buku PTS


Pada 29 Mei 2010 yang lalu, Sherrina dan member berkesempatan mengunjungi Jualan Hujung Minggu oleh PTS di Batu Caves, Selangor. Kami bertolak dari rumah jam 10 pagi dan hanya setengah jam kemudian baru jumpa tempat jualannya iaitu di pejabat PTS. Kami sesat kerana rupanya pejabat PTS terletak di kawasan baru yang belum pernah Sherrina jejaki. Malah alamatnya juga belum ada dalam peta GPS. Mujurlah sepupu Sherrina iaitu Rozana yang tinggal di Taman Samudera sudah sampai ke lokasi lebih awal. Berpandukan arahan melalui handphone, kami jumpa juga akhirnya.

Inilah kali pertama Sherrina menjejakkan kaki ke pejabat PTS yang baru ini. Beberapa tahun yang lalu, Sherrina pernah ke pejabat PTS di Wangsa Melawati kerana menghantar assignment. Kebetulan pula lecturer Sherrina yang mengajar subjek Penulisan merupakan pengurus di PTS. Pejabat disini lebih cantik sebab ada ruangan kedai buku yang tersusun kemas. Sempat sembang sekejap ngan cousin dan anak2 buah yang asyik memilih buku.

Ramai juga yang mengunjungi jualan ini. Potongan diberi antara 20% hingga 50%. Daripada bahan bacaan kanak-kanak hinggalah ke dewasa ada disini. Pelbagai genre seperti fiksyen, bukan fiksyen, motivasi, agama dan lain-lain lagi. Semenjak dulu lagi Sherrina cukup kagum dengan buku-buku keluaran PTS.

Lihat sahaja bacaan remaja dan kanak-kanak disini. Mereka membawa satu kelainan dalam penerbitan buku tempatan. Buku yang dihasilkan lebih menarik, variasi dan segar. Rasa hendak borong semua yang ada disini. Sepanjang pembacaan hasil penerbitan PTS, belum lagi jumpa naskah yang membosankan. Sherrina paling minat novel kanak-kanak dan remaja terbitan PTS.

Buku-buku keagamaan disini juga membawa tajuk-tajuk yang menarik. Tak sangka pula ada buku tulisan Tuan Hj Abdul Hadi Awang. Tajuk-tajuk yang cukup bagus dan relevan dengan keadaan semasa hari ini dengan isi penyampaian yang mudah difahami. Sherrina plan nak borong buku-buku ini pula dalam lawatan akan datang.

Inilah dia tujuan utama Sherrina teruja nak ke sini. Sebab malam sebelumnya Sherrina mendapat tahu melalui kakak senior yang ada sebuah novel terbitan PTS mengenai kehidupan di MRSM Terendak. Mulanya mcam tak percaya. Hinggalah bila Sherrina memegang sendiri buku ini dan membeleknya. Best sungguh! Macam dibawa balik ke zaman sewaktu belajar di maktab. Lebih membanggakan, nama-nama guru dan tempat2 didalam buku ini diambil daripada nama guru yang sebenar. Bangga tau, bukan semua sekolah dapat diabadikan dalam bentuk novel begini :)

Sebelum pulang, terjumpa kawan lama sama-sama di MRSM Terendak dulu. Vicken atau kini lebih dikenali dgn nama Cikgu Sharil. Sempat sembang sekejap, sebelum Sherrina dan member ke destinasi berikutnya iaitu Muzium Negara.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin