Sunday, November 30, 2008

KLIFF 2008



Malam tadi Sherrina dan rakan2 Terendakian berpeluang menonton Majlis Anugerah Kuala Lumpur International Film Festival (KLIFF) 2008 di PWTC. Buat pertama kali berpengalaman menonton program yang dipancarkan ke televisyen secara live. Ianya disiarkan di Astro Kirana.


Kehadiran tetamu VVIP iaitu Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Razali Ibrahim.



Persembahan pembukaan oleh Datuk Siti Nurhaliza


Nasib baik bawak camera Lumix...boleh zoom walaupun jauh.


Pengacara yang sangat best, Sarimah Ibrahim. Berceloteh tak henti-henti


Saiful Apek menyampaikan anugerah. Siap translate cakap mamat sebelah tu ke bahasa Mexico. kehkehkeh...


Rashidi Ishak dan pelakon dari Bangladesh. Sempat tonton filem Bangladesh di GSC Mid Valley Khamis lepas. Memang best.


Kumpulan dari Sweden menyanyikan lagu Teman Tapi Mesra dalam versi Inggeris


Erra Fazira


Persembahan oleh pelakon Impak Maksima The Musical


Iqram Dinzly



Pelakon Jepun, Tanaka dan Eman Manan


Persembahan oleh Yusry KRU dan Melly Goeslow


Vanida Imran yang sangat lawa


Kavita Kaur yg sangat tinggi, bertambah tinggi dengan kasut tumitnya yg tinggi


Eja


Sofia Jane



Tamara dan Fahrin Ahmad


Persembahan sempena filem Kinta


Joanna Bessey


Hans Isaac dan Malika Sherawat, pelakon dari Bollywood


Persembahan lagu2 daripada filem Mamma Mia



Penyampaian anugerah filem terbaik


Persembahan lagu2 dari 3 filem James Bond, oleh Ning Baizura


Persembahan tradisional menutup tirai.

Satu pengalaman yang unik. Ketika iklan, orang ramai dibenarkan keluar-masuk dewan dan preview filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam disiarkan di skrin. Yang best tu Sarimah pandai buat jokes sementara menunggu siaran berlangsung semula. Apa pun, ia satu pengalaman yang unik dan menarik sekali.

Tuesday, November 25, 2008

Moving Into New Office

Dua-tiga hari ni agak busy. Semalam jumpa tuan punya opis untuk bayar deposit 2 bulan. Hari ini merayau sekitar Ulu Klang mencari harga terbaik untuk perabot office. At last, masuk opis gak. hahaha....selama ni masuk opis selamba je pakai baju tido (home office lah katakan, cuma 3 inci jaraknya dari katil) tapi lepas ni kene drive lah pulak. Mujur tak jauh sangat (Wangsa Link) tapi nak menempuh semula kegigihan mencari petak parking macam keje dulu, tang tu yg lomah. Kene prepare mental dan fizikal (dah buat plan A, B dan C jika parking depan opis tu penuh).


Hanya gambar hiasan....kalau dapat mcm ni, best woo..

Anyway, mencari perabot pun mencabar juga. Maklumlah, takleh nak budget besar2. Kang jawabnya sewa opis sebulan-dua ajelah. Kering poket. Yang bagus opis tu ialah banyak mende dah tersedia. Phone line, fax, wifi (corporate account....kewl!), air cond.....semua dah siap. So takyah fikir macam2 lah. Bawak meja, kerusi je masuk opis.

Dah dua minggu bercuti, rehat sakan. Sebelum sesi tuisyen bermula semula, begitu juga sesi training. Sok nak berkampung di GSC Mid Valley seharian. Harap2 ada tiket free.

Monday, November 24, 2008

Jadual Tayangan Filem KLIFF 2008

Hoorayy...akhirnya jadual tayangan diterbitkan juga di website KLIFF 2008. Sherrina memang menunggu-nunggu sebab ianya tayangan percuma bagi filem-filem yang dipertandingkan. Ya, untung sekali bekerja sendiri. Minggu ini saya declare cuti kepada diri saya sendiri. Yahoo! Boleh tengok wayang back to back secara percuma. Last year pun sempat gak ikuti aktiviti begini tapi cuma sehari aje. Kali ni harap dapat tengok seberapa banyak mungkin, lebih-lebih lagi filem dari luar negara.


Jika tahun lepas tayangan percuma diadakan di Cineleisure, tahun ini giliran GSC pula. GSC yang terpilih ialah GSC Mid Valley dan GSC Pavillion. Diatas ialah filem-filem yang telah Sherrina senarai-pendekkan setelah membaca sinopsis filem-filem tersebut.


Manakala ini pula senarai filem di Pavillion yang Sherrina ingin tonton. Cuma masalah di Pavillion ni ialah parking nye sangat mahal. Kene fikir alternatif sebab tayangan filem di hari Jumaat habis malam. Cuak gak nak naik Monorel ke Titiwangsa.

Hari Sabtu tu cuma sempat tengok 2 filem aje sebab malamnya dapat tiket ke majlis anugerah di PWTC. Kalau takde aral melintang pukang, dapat le gi. Cuma tema pakaiannya tu batik dan black tie. Mana nak cari baju batik, pakai kain batik....boleh kot!

Untuk sinopsis filem-filem yang dipertandingkan, klik sini.

GoMobile 2008


Sherrina sempat ke PWTC Jumaat lepas untuk melawat pameran GoMobile di PWTC. Bilangan booth yang dibuka tidak sebanyak PC Fair tetapi boleh tahan menarik. As usual booth daripada telco provider of course ada lah.



Tawaran yang ada oklah. Booth CSL promo phone2 keluaran mereka, banyak juga model yang boleh guna dual sim. Syok juga, takyah carry 2 phones tapi bab design dan interface tu....kureng lah. Rega pun murah gak lah compare to Nokia, tu yg kualiti so-so.



LG promo giler2 lah, siap kasi phone free untuk lucky draw.





Sebelum balik, check-out hip hop dance competition. Adik-beradik break dance lah ni, jangan break neck sudah.

Overall expo ni oklah, nak kata tahap meleleh air liur tu taklah. Ada booth CSL yg offer phone Nokia rega bagus2 tapi low-end model. Jumpa satu booth jual Nokia E71 dengan rega RM1599, check kat luar rega mmg range tu lah. Apa pun enjoylah pusing2 kat expo ni. Tak beli mende pun.

Monday, November 17, 2008

Shopping

Setelah 3 minggu non-stop training, nak reward diri sendiri dengan shopping lah. Dah lama tak shopping, lagipun ada mende nak kene beli. Handbag baru serta stock buku baru.

Parking di Maju Junction. Acara wajib, makan aiskrim di Famous Amos. Kemudian ke Toy City untuk beli hadiah birthday Humaira, anak member.




Ternampak permainan ni. Dulu masa kecik2 ada satu set. Best woo....


Bukan mudah nak tangkap ikan ni....yayyy, berjaya!


Tunggu awek tu wrap kan hadiah


Dah siap.


Then gi Sogo untuk beli barang. Pastu gi Ampang Point untuk beli buku di Payless Bookstore. Fuyoo, ada stock baru koleksi novel Reader's Digest lah. Tatau mana nak pilih.


Semua best-best belaka. Satu buku, RM15. Dalam satu buku ada 4 novel. berbaloi lah. Pilih 4 buku, harap cukup sampai Januari tahun depan.


Pastu makan makan di Restoran Tarbush. Cuba makanan Arab plak.


Teh o daun pudina. Sedap. Rasanya macam teh-o taruk ubat gigi....hihihihi



Shish kebab....daging kambing. Sodap.


Roti pita


Shish sandwich

Sunday, November 16, 2008

Fashion Show

Sherrina telah dijemput menghadiri majlis yang dianjurkan oleh peserta Sidang F yang sedang berkursus di INTAN. Mereka merupakan kumpulan pertama yang Sherrina ajar yang merupakan salah satu modul dalam kursus DPA.

Sherrina tiba di INTAN Bukit Kiara jam 8 malam. Grand habis majlisnya, ingatkan kecil-kecilan. Sherrina dan kawan diiringi masuk ke dewan, diberikan tempat duduk di barisan VIP. Ada ternampak student kelas yang lalu melambaikan tangan. Jam 8.30 ketibaan VIP yang akan merasmikan majlis.


Pengarah Program menyampaikan ucapan

Majlis dimulakan dengan ketibaan 'puteri kayangan' siap diusung oleh 4 orang hulubalang. Bila tengok props yang mereka gunakan, hebat2 belaka. Konsepnya agak menarik. Konon-konon puteri ni turun dari kayangan untuk ke bumi bagi melihat budaya masyarakat Malaysia melalui fesyen pakaian tradisionalnya.


















Persembahan tarian tradisional juga diselitkan selepas persembahan fesyen mengikut kaum. Best juga sebab ada tarian yang tak pernah dilihat.












Tarian naga pun ada. Team tarian naga ni mereka import dari luar. Segala perbelanjaan, semua kene chip-in. Lagipun persembahan ni dinilai mengikut kumpulan. So semua kene commit dan berkorbanlah.




Persembahan yang sangat baik. Dengan masa yang singkat, resources yang limited, mereka berjaya juga hasilkan persembahan yang hebat. Untung jugalah mereka semuanya bekerja di sektor kerajaan, adalah contact-contact untuk mendapatkan costume dan perkakasan. Kalau tak, jenuh juga. Apa pun memang enjoy lah. Sebelum balik, kami diiringi ke jamuan ringan. Sempat berbual dengan peserta kursus dari luar negara yang turut sama menyaksikan persembahan itu

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin