Sunday, February 28, 2010

Pekena Seafood Di Bagan Lalang

Member Sherrina ni baru naik pangkat. Dah kat sebulan dia dok bilang nak pi open table kat Bagan Lalang. Masalahnya jadual Sherrina plak yang dok penuh semenjak mula tahun 2010 ni. Akhirnya lepas berkali-kali menunda, Jumaat lepas kami ke Bagan Lalang jugak.

Disebabkan pegi hari cuti umum, Sherrina pun call HM Sri Bagan dulu untuk booking (sapa nak tau no phone depa, tanya Google) dan call depa kol 5pm. Baru ada orang angkat. Yalah, kedai baru nak bukak. Terus letak nama, meja untuk dua orang.

Perjalanan ke sana amik masa sejam kot. Yalah, memandu relaks je sambil sembang2. Takde jem, takde rushing. Sampai di sana (dgn bantuan GPS) dah kol 6.30pm. Parking dah penuh, ngam2 ada satu petak depan kedai jual ikan.



Kami dibawa ke meja di hujung sekali. Tepi laut. Ngam ho! Order air, nasi putih dan sup kosong. Terus kami ke tempat makanan segar untuk memilih bahan untuk hidangan utama. Kali ni kami lebih berhati-hati. Tak mau dah tamak macam yang lepas-lepas. Hampir semua jenis hidupan di laut kami order untuk makan hanya dua orang. Kali ni kami cuma pilih ikan pari dua keping untuk dibakar dan dua ekor ketam untuk dimasak cili.

Sementara tu, layan sembang sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan.




Yeahhh...makanan dah sampai......apa lagi...bedal lahhhhh......oppsss...baca doa makan dulu...

 

  

Kol 8.00pm kami dah selesai makan dan bayar. Jumlah semua sekali dengan 4 minuman ialah RM47.00. Nasib baik kami booking lebih awal. Ramai rupanya yang dok bertenggek di kiri kanan menunggu meja kosong. Kalau nak datang sini tak kira lah hari apa, lebih selamat jika booking dulu.

Ngam-ngam je kami bergerak, hujan turun dengan lebat. Selamat, kalau tak makan tadi dengan kuah lebih...hahaha...

Tuesday, February 23, 2010

Nur Salam ChowKids 16022010

Kehadiran: Suhaila Sahir dan Sharifah Sharina Syed Aswad.

Aktiviti: Belajar menulis huruf A besar dan A kecil serta matematik untuk toddler. Latihan matematik untuk pelajar sekolah rendah. Kelas komputer untuk pelajar sekolah rendah.

Minggu lepas hanya Fairuz seorang sahaja yang dapat ke NurSalam kerana yang lain terpaksa menguruskan hal perniagaan masing-masing yang semakin maju (Alhamdulillah). Kata Fairuz, Kartini mencari aku. Dia kata, "mana kakak yang macam Doremon tu?". Aku gelak besar. Fairuz bertanya kepada mereka, cuti Chinese New Year minggu depan pegi mana? Mereka jawab, "mana lagi kak, gi sini lah. Mana ada tempat lain lagi nak pegi time cuti". Aku sebak mendengarnya.

Hari ini, aku dan Suhaila berkumpul di Jusco AU. Dah macam port rasmi kami. Setelah berbincang mengenai program hari ini, kami membeli sedikit bekalan alat tulis. Sampai di Chow Kit tepat jam 2pm. Fansuri dah bagitau awal-awal, hari ini bilangan kanak-kanak lebih dari biasa. Maklumlah hari cuti. Kami masuk ke Toy Library. Membuat persiapan awal. Terpaksa fotostat bahan di pejabat NurSalam kerana kedai fotostat masih tutup. Lebih kurang 16 orang kanak-kanak dari usia 3 tahun hinggalah 9 tahun turun ke Toy Library. Tak menang tangan juga melayan keletah mereka.



Walaupun kertas aktiviti yang disediakan adalah amat mudah bagi yang telah bersekolah, mereka tidak merungut. Mereka terus mencapai pensel dan duduk menulis dengan tekun. Menulis berkali-kali sehingga secantik mungkin. Apabila siap, dengan segera menunjukkan hasil kerja mereka. Tersenyum lebar bila menerima pujian. Ada juga yang tidak tahu menulis nama. Bila ditulis pada kertas, mereka meniru dengan bersungguh-sungguh. Bangga dengan hasil kerja mereka sendiri.



Jam 3 petang, aku terpaksa naik ke kelas komputer. Bila masuk, terkejut juga. Full house! 16 orang hadir. Ada muka-muka baru yang aku tak pernah lihat. Tapi mereka lekas mesra dan bersungguh-sungguh nak memulakan pengembaraan baru bersama Storybook Weaver. Ada yang terpaksa berkongsi satu komputer 3 orang kerana ada komputer yang rosak. Tapi mereka tidak merungut. Mereka tekun melakukan tugasan bergilir-gilir. Mereka cuba lakukan sehabis baik. Walaupun beberapa kali ada yang hasil kerja mereka terpadam dan terpaksa buat semula, mereka tak merungut. Mereka ulang semula apa yang dipelajari.



Timbul sebak melihat kesungguhan mereka. Ada kalanya timbul rasa malu juga pada diri sendiri, kalau boleh disukat nilai kesungguhan, entah-entah nilai kesungguhanku hanya separuh sahaja daripada mereka. Jam 4 petang kelas tamat. Mereka tutup komputer dengan wajah kepuasan. Berjaya menghasilkan sebuah cerita, satu lagi pengembaraan hari ini.

Aku turun ke bawah. Sempat berbual dengan seorang pelajar dari Universiti Amsterdam yang datang untuk melakukan kajian mengenai pendidikan prasekolah. Jam 5.30pm kami tiba di Jusco AU. Dengan hati yang puas. Walaupun sedikit usahanya, tak dapat disukat kegembiraan di akhirnya....

Sunday, February 21, 2010

Kucing Kembang



Comel kan? Tatau le sapa tuannya. Ni kucing generasi baru dimana dah berlaku banyak kes kacukan dengan kucing parsi atau baka2 terpilih yang lain.

Tuesday, February 16, 2010

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin