Friday, July 28, 2006

Pandang-Pandang...Jeling..Jeling

Murid-murid, mari kita lihat contoh penggunaan perumpamaan.



Perumpamaan yang sesuai: Siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedas. Tak pedas-pedas lagi ke bila org parlimen disamakan dengan budak-budak???



Perumpamaan yang sesuai: Bagai pahat dengan penukul. Bila ketuk baru gerak, bila ketuk baru gerak. Dah dibayar gaji pun masih perlu diketuk lagi.



Perumpamaan: Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah mabuk jalan senget2, anu pulak terlekat didalam botol.

Sekian sahaja pelajaran bahasa kita pada hari ini....:D

Thursday, July 27, 2006

Sini Siti...Sana Siti.....






Semua cerita pasal Siti sahaja.....

Source: The Star

Cute Baby Tigers



Cute nyerrrrr......kalaulah boleh amik seekor anak rima ni untuk dipelihara, alangkah bestnya (aiseh, kene pakai sofa kayu lah pulak nanti...). Eh, anak rimau ngan anak kucing bleh ngam ke tak? Kang gaduh le plak. Tapi kalau ikutkan rimau ngan kucing kan satu keluarga? Kira macam sepupu gitu.....hehehe..

Source: The Star

Wednesday, July 26, 2006

Al-Fatihah


Tiara bersama Effendy Norwawi dan dua anaknya, Hani Karmila dan Eridani memberi perhormatan terakhir kepada Allahyarham Hani Mohsin di Hospital Serdang, semalam.


Perginya si pemutar roda
perginya pelakon watak 70an (berkemeja kotak2 lengan dilipat)
Perginya seorang bapa yang penyayang
Perginya seorang hamba Allah yang beriman

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin

Monday, July 24, 2006

Rude ...Rude...Rude...



Welcome to Malaysia.........Budi Bahasa Budaya Kita....lalalala.....

Friday, July 21, 2006

Uji Minda



sana sini asik cerita Siti dan Dato K. Bohsannya. mari kita uji minda. Lihat poster diatas. menurut si penghantar gambar, Soong Robin, poster itu membawa mesej yang mengelirukan. Kalau anda bijak, cuba tafsir apa sebenarnya mesej poster itu. Adakah kedai itu menyediakan makanan yang tidak halal? Ataupun ada yang halal dan ada yang tidak?

Sumber: The Star

Wednesday, July 19, 2006

Serban Oh Serban



Kemas, segak, lawa....tapi tak dibenarkan di sekolah.

Friday, July 14, 2006



It's my 26th birthday.....uikss...dah 26? rasa macam semalam aje baru 16..hihih...


I wish...I wish....I wish I can have a.....

a what hah? ummmm....wait aaa let me think....ummm...emmm...aha.

I wish I can have....I can make 3 more wishes....

hahahaha!!! Tamak haloba...kuikuikui....


Sunday, July 09, 2006

Majlis Perkahwinan Aishah & Affendi



Ngantuk giler. Tak larat nak upload gambar kenduri Aishah disini. Kpd geng2 CBN yg nak tengok gambar, pi fotopages aku. Sok aku story-mory the morning glory kat sini yek....chiowwww...

Updated: Okay, here's the pics....











Ahli kelab KKK turut hadir memeriahkan majlis




Korang ni asik hadir kenduri aje, tak reti-reti nak bikin kenduri? :p



Bergambar kenangan bersama raja sehari, sehari aje tau.....




Uiksss....uncle pun datang? mujur dia tak kutip tol masa kat pintu masuk....



alah alah alah, macam le orang tu nak pindah oversea....hihihihi...


As usual, koleksi penuh di fotopages yek. Click aje kat perkataan fotopages tu....

Latest Updates (17/7/2006): Photos from Rose's Collection:











Don't ask kenapa semua gambar ni ada muka Rose aje......:p

Wednesday, July 05, 2006

Alahai Rokok ku....

Di sebuah kedai 24 Jam
Sebuah tong sampah berhadapan kedai
Penutup yang hitam likat
Entah berapa banyak chewing gum yang pernah singgah diatasnya
Entah berapa banyak tenyehan puntung rokok diatasnya
Entah berapa tahun tak dicecahkan sabun
Entah berapa lapis kerajaan kuman diatasnya

Seorang lelaki hensem
Menyisir rambut dengan tangan
Menjepit rokok dicelah bibir
Menyedut hembusan dengan nikmat
Sedalam-dalamnya

Menyepit rokok dicelah jari
Di parking rokok diatas penutup tong sampah
Di parking bahagian rokok yang menjadi tempat singgahan bibirnya
Di atas penutup tong sampah???

Masuk ke kedai membeli sesuatu
Sang rokok terbiar sepi
Raja Kuman mengarahkan askar-askarnya
membawa tangga dan memanjat sang rokok

Lelaki hensem
keluar dari kedai
mengambil semula puntung rokok
yang kemas di parking di atas tong
dan kini kemas di celah bibirnya

Raja Kuman kata
"alahai....sempat hantar 100 askar sahaja"

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin