Sunday, August 31, 2008

KEMPEN DERMA DARAH PRA RAMADHAN



Bagaimana anda boleh membantu?
  • Datang derma darah di Jusco Metro Prima, Kepong atau di 24 lokasi derma darah yang lain
  • Datang sebagai sukarelawan. Hubungi Fairuz di 019-3242554 utk maklumat lanjut
  • Print poster ini dan tampal di papan buletin pejabat, kolej, pusat komuniti, surau anda
  • Sebarkan maklumat ini melalui blog, email, sms dan medium komunikasi yang lain
Mari beramai-ramai menderma darah dan sebarkannya kepada rakan-rakan anda.

Peta Jusco Metro Prima, Kepong:





Saturday, August 30, 2008

Majlis Penutup Program Mustika 2008

Setelah 5 minggu bersama pelajar-pelajar terpilih di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 (SKTM2), malam tadi program ditutup dengan majlis jamuan ringkas bersama guru besar SKTM2, YDP SKTM2, ibu bapa, pelajar-pelajar dan sukarelawan Program Mustika daripada Ansara Terendak.


Qaisy, Misz Mastura, Izzati dan Shimi yang tiba awal untuk membantu persediaan sebelum majlis bermula.


Tetamu yang hadir


sukarelawan yang hadir: kak Shireen, Mulan, Mizzamy, Rusyaizila, Misz Mastura, kak Aidrina, Shimi, abg Kamarul, Izzati (yg nampak sipi2), Qaisy (tiada dlm gambar)


Majlis bermula jam 8.40pm dengan dipengerusikan oleh Exco Pendidikan Ansara Terendak, Dr Azahadi. Kemudian, ucapan diberikan oleh Mejar Farizal Haryadi selaku Presiden Ansara Terendak, Puan Rohayah selaku Guru Besar SKTM2 dan YDP PIBG SKTM2.


Ucapan oleh Guru Besar


Kemudian, pihak Ansara Terendak melalui Mejar Farizal menyampaikan cenderahati iaitu perkakasan alat tulis untuk peperiksaan kepada semua pelajar yang hadir. Pihak sekolah pula menyampaikan cenderahati kepada wakil Ansara Terendak untuk semua sukarelawan. Bacaan doa penutup oleh adik Nik Mohd Adli Syahmi dan jamuan dimulakan.


Adik-adik beratur menunggu untuk menerima cenderahati


Penyampaian cenderahati


Cenderahati daripada SKTM2


Bacaan doa


Makan timee!


Seronoknya mereka. Siap main eksperimen resepi air gas lagi, campur macam2 perisa!






Bergambar kenangan bersama pelajar


Mizzamy, Rusyai, Mulan...3 org ni junior form 1 masa sherrina form 5. Dok satu blok. Mmg close ngan dorang dulu di maktab. Tak sangka lepas soploh tahun leh jumpa balik :)


Semua sukarelawan dan exco bergambar dengan Guru Besar

Majlis tamat jam 10 gitu. Bersalaman dengan pelajar sambil wish good luck. Ada yang sedih je sebab lepas ni tak jumpa dah. Ibu bapa juga bersalaman mengucapkan terima kasih. Rasa cam sedih gak sebab 5 minggu mengadap student-student ni. Kalau diikutkan memang exhausted sebab bila ada program ni, kadang-kadang kelas tuisyen back-to-back dari pagi sampai petang di 4 lokasi. Tapi kepuasannya, sukar digambarkan.

Apa pun sekalung penghargaan buat:
  • Ansara Terendak
  • Guru Besar SKTM2
  • YDP PIBG SKTM2
  • Cikgu Fairuz yang menguruskan program ni bagi pihak sekolah
  • Semua sukarelawan Ansara Terendak dan bukan Ansara Terendak
  • Penderma yang menyumbang wang dan nota UPSR (kak oya) bagi menjayakan program ni
  • Semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak

Friday, August 29, 2008

Domain

Tensen tol! Sherrina dah berjaya beli domain sendiri, sherrina.com daripada sorang agent di forum Low Yat. Sekali dah beli, baru tau DNS Manager plak kene beli. Dah beli pun, tunggu plak tokey tu online utk active kan. Arghhhhh....bila nak selesai lah niiiii!!!

Monday, August 25, 2008

Pertandingan Bunga Api di Putrajaya

Smalam Sherrina, my fren, Kak Aidrina sefamily dan adiknya Aizul & wife gi Putrajaya. Plan awal yg patutnya pegi tgk pertandingan bunga api ni ramai-ramai dgn AJK Jubli Perak tertangguh sebab perkara-perkara berbangkit. So untuk tidak menghampakan diri sendiri dan budak2, kami teruskan juga plan antara kami.

Kitorang gi tgk bunga api sambil naik cruise di Tasik Putrajaya. Excited lah sebab first time naik cruise di Tasik Putrajaya. Tiket dewasa RM60 dan kanak-kanak RM50 kalau tak silap. Kami booking sehari sebelum melalui telefon.



Pada hari Ahad, Sherrina dan member gi Putrjaya kol 3 petang. Jenuh pusing satu Putrajaya cari stesen minyak. Tobat lepas ni isi siap2 di KL. Last-last baru jumpa di Presint 9D. Lega tak terkira, maklumlah jarum minyak dah nyawa2 ikan. Lepas tu gi Alamanda. Saja jalan-jalan pastu makan di Kenny Roger's. Dinner siap-siap supaya tak lapar. Kol 6 kami ke kawasan cruise yang terletak di tepi Souq dan Masjid Putra. Kol 6 tu dalam keadaan hujan renyai-renyai, sangap nak cari parking. Dua kali pusing bulatan, last-last parking di tepi jambatan. Mujur ada tempat. Then kami ke kaunter cruise untuk confirm booking. Lepak di tempat makan Souq tu sementara tunggu yang lain-lain tiba.



Kol 9.30 kami dibenarkan masuk ke cruise. Excited. Sherrina bawak 2 kamera. Lumix untuk shoot still picture bunga api (sbb ada pre-setting fireworks) dan Olympus untuk rekod video. Dalam cruise tu disusun kerusi. Sangat selesa. Ada aircond. Kemudian ada petugas yang memberikan penerangan sementara kapal belayar di sekitar tasik. Kami dibawa melihat pemandangan sekitar tasik. Dapat le tgk pejabat-pejabat kerajaan yang cantik diwaktu malam. Tapi ada juga area yang gelap gelita sebab tgh construction lagi. Cruise belajar sehingga ke tengah tasik tidak jauh daripada PICC dimana acara berlangsung. Cruise berhenti disitu dan kami dibenarkan naik ke deck atas. Semua excited habis le nak tgk bunga api.

Sebelum bunga api mula, kami pindah ke bot kedua sebab bot kedua tu cuma ada 4 orang aje penumpang. Ada group 25 orang cancel last minute. Yayy....tak crowded sangat. Malam ni yang buat persembahan ialah Spain.






















Ni pula beberapa video yang sempat dirakam. Still picture tak amik banyak-banyak sebab hujan. Lumix tu bukan waterproof macam Olympus. Besides bila hujan makin lebat, kami kene turun ke bawah semula. So kami lepak di deck depan sebab ada bumbung. Layan bunga api sambil bersorak-sorak.


video

Video penutup pertandingan. Bertubi-tubi bunga api dilancarkan. Gamaknya boss dorang suh perabih je baki-baki bunga api yang ada. Memang happening lah.

Saturday, August 23, 2008

Kak Long Paradise Island Cafe



Hari ni hujan turun dengan lebat disebelah petang. Plan asalnya nak pegi swimming terpaksa ditangguhkan. So kami gantikan dengan acara Jalan-Jalan Cari Makan. Pikir punya pikir, teringat restoran yg abg Mantoi penah story. Cuba redah ajelah. Ianya di Gombak tak jauh dari UIA. Betul2 berdepan dengan Sekolah Integrasi Gombak.


Restoran ni konsep pondok-pondok dimana ada meja panjang dan duduk bersila. Siap ada ubat nyamuk lagi. Ala-ala kampung gitu


Alya buat posing ala-ala model


Makanan dah sampai. Maybe sebab orang tak ramai, tak sampai 20 minit dah siap air dan makanan. Tak sangka air disini pakai gelas tinggi. Jenuh nak habiskan sebab order 2 jenis air. huhu...


Sayur asparagus



Ayam goreng dengan cashew nuts


Tomyam campur yang enak bangat. Pekat dan kaww



Udang celup tepung. Rasa tepung ni mcm tepung KFC lak



Ni yg paling special. Ikan siakap masak Portugis. Yang sebenarnya masak dengan pes asam pedas tapi dibuat pekat. Fuhhh...terangkat, beb. Sherrina yang kurang gemar asam pedas pun leh menjilat jari makan lauk ni.


Suasana dari luar

Kesimpulannya makan disini memang best sebab suasana tenang dan santai je. Cuma tang makan kene bersila/bersimpuh tu yang prob sket (utk org mcm Sherrina lah). Tapi lama-lama okeh lah. So highly recommend lah anda cuba makanan di restoran ni.

Friday, August 22, 2008

Gitar

Dari skolah rendah Sherrina teringin nak blaja main gitar. Tapi bukan le suka sangat blaja muzik especially tang taugeh-taugeh tu (notes). Dulu masa skolah rendah pun lebih rela menyorok dalam tandas daripada pegi kelas muzik.

Tapi bab gitar ni memang tak bleh blah lah. Memang suka giler. Lagi-lagi plak terdengar lagu Creep, lagi masyuk lah. Dia punya guitar, heaven beb. Penah gak blaja main gitar tong dengan my cousin tapi jari keras. Frust giler. Nak beli gitar, jangan harap le lepas masuk dlm rumah ni. Nak blaja di kelas muzik, mahal. So layan YouTube ajelah sambil berangan...huhuhu...



Kalau dapat main macam mamat ni...huhu...heaven. Best giler!


Video camne nak main lagu Creep pun ada jugak....best best


Kalau dah tahap gigil, beli 360 atau PS2 layan lagu ni dalam game Guitar Hero pun jadiklah...huhu...

Berangan....berangan....jari memetik angin...huhuhuhu...

Internet Slow Giler

Bengang tol semenjak dua ni. Downloading slow bangat. Bila nak habis camnie nak download 9 season X-Files? Belum lagi campur 2 seasons Invisible Man dan 1 Season The Gadget Show. Arghhhh....Rapidshare yang slow ke? Streamyx yang slow ke?



Test speed broadband, hasilnya begini:



Tensen betul.....Rapidshare Premium account ni sebulan je tempoh. Kang rugi kalau tak fully utilize. Huhu....nak buek camno lagi eh?

p/s: Tgh giler dengar lagu Creep by Radiohead. Tertgk video clip lagu ni kat 8TV pagi tadi. Eh mcm best lak. Download dan dengar berulang kali. Best gitar dia. Lagu lama rasanya tapi baru tau kewujudan lagu ni. Hahahaha...

Alpha Angle, Mustika dan Pha-Pha Garden

Hari yang penuh dengan aktiviti. Pagi ni terbangun awal lah pulak. Yelah, malam tadi dok khusyuk layan ebook Dear John, hasil tulisan Nicholas Sparks. Pagi ni terbangun awal sebab tak sabar nak habiskan buku tu. Huhu....sangat best dan menyentuh perasaan. As usual, hasil penulisan Nicholas Sparks memang tak menghampakan.

Kol 12.30 lepas siap2, gi singgah umah abg Johoe jap yg cuma selang beberapa buah umah je dari umah Sherrina. Bincang bout post mortem dan few stuff regarding Ansara Terendak nye aktiviti. Family kak Aidrina pun ada disitu. Then kol 1.30 kitorang gerak ke Alpha Angle. Lunch di Egg House.


Ada free skating untuk kids. Satu jam percuma dengan resit RM30 dari mana-mana kedai dlm Alpha Angle


Ramai yang jatuh tergolek dari yang skate. Agaknya sebab zaman ni rollerblading ni tak famous. Time Sherrina dulu, rollerblading ni popular. Almost every kids leh main mende ni (except me haha....bukan senang nak balance atas 4 biji roda yang disusun sederet)


Alya yang happy sangat dapat naik kuda. RM3 sekali ride. Kalau bukak business camni pun kencang gak. Memanjang ada je budak2 naik mende ni.

Lepas selesai, balik ke umah kak Aidrina. Tido jap. Malamnya gi skolah untuk program Mustika.



Kelas tak penuh sebab musim cuti sekolah


Shimi dan group study beliau.


Izzati (SPM2006) adalah student TESL di Institut Perguruan. It's a good experience for her, since in few years time dia akan jadi guru pun.


Qaisy yang sanggup turun naik LRT nak join program ni. Respect, bro.


Kak Aidrina pun turut membantu coaching one to one dengan pelajar yang lemah


Sebelum habis kelas, kasi Qaisy peluang buat kuiz sifir dengan students. Seronok dorang.


Lepas kelas, kami ke restoran Pha Pha Garden di Taman Melawati


Sherrina order Lamb Chop. Harga cuma RM12. Patutpun murah. Sekeping je lamb nya. Sos tak sedap tapi surprisingly coleslaw tu sangat sedap.



Izzati order fries, share ramai-ramai


Shimi makan mushroom chicken chop. Sedap sungguh gamaknya sampai pakai tangan :p


Abg Johoe yg kebetulan ada meeting dengan team Derma Darah singgah sembang-sembang jap.

p/s: kalau terer cuba korang jawab soalan math ni. Takleh guna Theorem Phantagoras, tau.


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin