Tuesday, February 27, 2007

Majlis Perkahwinan Awin dan Radzi

Tahniah pada Awin dan Radzi yang telah selamat diijabkabulkan di Pandan Indah pada 23 dan 24 February yang lalu.







Tahniah kepada Awin dan Radzi. Semoga berbahagia ke akhir hayat. As usual gambar-gambar penuh ada di sherrina.fotopages.com


Sunday, February 25, 2007

Stres atau Tekanan

Jika dilihat semenjak dua ini hangat diperkatakan isu stress atau tekanan hidup dikalangan masyarakat Malaysia. Hari ini juga ada beberapa artikel berkenaan isu ini. Baca di sini dan sini.

Punca tekanan daripada pelbagai sumber. Punca-punca ini memberi pelbagai jenis tekanan yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang menerima tekanan paling hebat dari orang yang tersayang seperti suami/isteri. Ada yg menerima tekanan paling hebat daripada rakan sekerja, bos dsbnya. Bagi aku tekanan paling hebat adalah dari keluarga yang tak memahami dan tak mahu berkompromi dengan apa yang kita mahu lakukan.

Jadi apa nak buat bila tekanan? Lari? Bunuh diri? Buat bodoh? Melawan? atau anda boleh gunakan kit ini...


Thursday, February 22, 2007

I'm Tagged!!

oh ooo...I've been tagged by Dad of Four who is a father of one of my ex-student in Athfaal Kindergarten. I'll give my best shot....;)

Rules of the game :


Each player of this game starts out by listing 6 weird things about themselves on their own blog, as well as state the rules clearly. At the end you will need to choose 6 people to be tagged and list out their names. After you do that, leave a comment on their blogs letting them know you tagged them.

Here it goes:

1. I like to wiggle my toes when I'm wearing shoes. No explanation why I behave that way but Bata sure is happy with the habit because I have to purchase brand new show in every 6 months....

2. I like to eat (ratah) Milo, dairy powder milk(Fernleaf is my favourite) and Horlicks since I was a kids. It taste better without water and milk...yummmmmmmm......

3. I sneezes as loud as I can. To my neighbours (if you are reading this), thousand apologize for the noise which usually occurred early in the morning and late at night. I believe it's because of my resdung but I just love to sneeze my heart out. It gives me satisfy and hey, I have the right to do that....hak kebebasan manusia untuk bersin sekuat-kuat hati supaya berasa puas, okay!

4. I don't like to comb hair. I have no idea why. I guess I am tired of combing hair, that's why I am keeping it short.

5. I still sleep with bantal busuk. It's not busuk at all but it's special. It is made from kekabu (which is hard to find and expensive too). Imagine at night when you pat the kekabu pillow and it become soft and fluffy and rest your head on it....ahhhhh....20 seconds later I'm off to never-neverland.

6. I hate instant noodle especially Maggi Mee....I'll vomit if I have to eat it.

I guess that's all...Faruq, Dobot, DikMal, AmirAzmi, Suhaimi Sulaiman and The Baker's Place...you guy's are tagged. Let's have fun by answering the above question about your 6 weird habit. Good luck....hehehe...

Sunday, February 18, 2007

Trip to Kuching - Day 5

0800: Bangun dengan tenang, tak perlu terkejar-kejar kerana kursus telah tamat. Dapat extend sehingga hari ke lima sebab tersalah dapat info. Ingatkan kursus sehingga Khamis rupanya cuma sampai Rabu. Since tiket flight dan bayar, hotel dah tempah....malas nak rush2. Lepask sehari lagi dan mengambil peluang berjalan-jalan. Takdelah rushing sangat pun, kalau tak mau pengsan.

Sarapan pagi dengan tenang, pulun makan segala yang ada (kecuali nasi lemak). Bersantai sarapan sampai 0930.


0945: Selepas sarapan berjalan ke bus stop berdekatan. Tak mau panggil teksi lagi kerana mahal. Ingat nak tahan aje di tepi jalan tapi punya susah, satu buah teksi pun tak nampak. Last-last van sapu berenti, naik ajelah walaupun van nye bagai nak pecah.



Bandaraya Kuching ni terkenal dengan roundabout dan saizya besar-besar. Boleh buat beberapa buah rumah didalam roundabout tu. Maklumlah tanah banyak, sebab tu leh buat roundabout besar-besar. Bandarnya juga cantik dan bersih. Setelah semua penumpang turun, kami booking van Abg Hassan untuk ke Muzium Kucing.





Muzium Kucing ini adalah tempat yang mempunyai segala sumber mengenai kucing dari sejarah sehingga ke semua jenis-jenis kucing yang ada. Macam-macam cerita, makan masa sejam juga untuk habis menjelajah semuanya. Tiada yuran masuk cuma dikenakan RM4 bagi kamera. Sangat berbaloi datang jauh untuk ke muzium ini. Macam-macam cerita seperti kucing akan direndam dalam air sehingga hampir lemas untuk meminta supaya hujan turun dengan lebat. Kucing bertenggek di atas bumbung bermakna ada orang didalam rumah itu yang akan mati dsbnyaa...



Antara artikel yang menarik ialah bagaimana seorang Jepun bernama Satoru Tsuda menjinakkan dan melatih kucing-kucing terbiar untuk beraksi dan dibuatkan kostum seperti pemain muzik rock, penunggang motosikal dan sebagainya dan dijadikan poster. Ianya menjadi hit dan popular di satu waktu dulu sehingga beliau menjadi jutawan hasil daripada poster-poster aksi kucing yang dihasilkannya. Dulu ingatkan ia trick komputer rupanya kucing betul yang dilatih supaya beraksi. Hebat!






1200: Selesai melawat ke seluruh muzium, naik semula van dan singgah di pasar tamu Satok untuk memborong ikan terubuk masin. Harganya bagus dan di pek dengan kemas supaya sesuai dibawa masuk kedalam kapal terbang. Kalau nampak papan tanda UITM, itu bukan nama universiti ia. Ia bermaksud Usahawan Ikan Terubuk Masin...kelasss!! Kami siap diberi extra ikan dan ikan tambahan secara percuma. Ikannya fresh dan bila bawak balik ke KL dan goreng, perghhhh.....sedapp. Terima kasih, semoga murah rezeki anda :)





1230: Balik semula ke hotel, kemas barang dan check-out. Abg Hassan dan vannya sedia menanti untuk bawa kami ke Batu 7 untuk membeli cenderamata. Van beliau penuh sesak dengan 7 bagasi kami.






1530: Check-in dan hantar luggage untuk masuk ke kargo. Kemudian makan tengahari di KFC dan lepak sekejap sebelum masuk ke balai berlepas. Beratur punya lama menunggu penumpang-penumpang Air Asia turun dari kapal terbang sebelum kami dibenarkan masuk. Hawau sungguh kerana eskalator tidak berfungsi dan terpaksa mengangkat beg-beg berat yang hendak dibawa masuk ke kapal terbang sebelum berlari di landasan menuju ke kapal terbang. Budget plane sungguh lah, mcm naik bas.




1900: Touch down di LCCT dengan selamat walaupun dilaporkan cuaca buruk. Kumpulkan beg dan ucapkan selamat tinggal pada Is dan Anuar. Beli tiket Skybus di kaunter (kunun nak tukar citarasa) dan terpaksa menunggu sehingga 2015 baru bas bertolak. Tiada offer nak angkatkan beg pula tu sehingga diminta. Bas selesa sebab seringgit lebih dari Aerobus. Tiba di KL Sentral pada 2130 dan sekali lagi tiada siapa yang offer untuk keluarkan barang sehingga terpaksa minta para lelaki di yang duduk santai di meja berdekatan supaya membantu. Confirm lepas ni tak layan Skybus lagi. Aerobus jugak yang bagus, murah dan mesra. Tak lama lepas tu my parent sampai dan terus balik ke rumah, pengsan tahap tak ingat.

Bestnya dapat jalan-jalan pergi Kuching :)




Trip to Kuching - Day 4

0800: Tak lalu dah nak makan yg sama setiap pagi. Last2 layan roti ajelah.

0830: Semua peserta dah tiba di bilik seminar. Beri last wrap-up selama satu jam. Ulang semula dari awal iaitu buat table sehingga akhir iaitu report. Beri peluang sesi Q&A dan seperti dijangka ulangtayang bahagian Relationship dan Query yg agak mengelirukan.

0930: Sesi kerja kumpulan bermula. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang diberi tugasan melibatkan pembinaan beberapa table, form, queries, calculation, relationship dan report. Ada yg memilih untuk buat secara individu kerana ingin 100% hands-on bagi kerja tersebut. Masa diberikan adalah 1 jam 30 minit. Rata-rata peserta berjaya menyiapkannya dalam masa 1 jam. Pencapaian yang membanggakan!

1100: Break dan sesi penutup program dan penyampaian sijil. Acara bermula lewat kerana pegawai berkenaan tiba lewat dari dijangkakan. Trainer diberi peluang berucap didepan dan memberikan ulasan sepanjang kursus berjalan. Sesekali berpeluang berucap di podium, sedap juga. Rasa mcm ahli politik pulak :)



1245: Program berakhir, bersalaman dengan peserta. Syahdu le pulak. Masing-masing gembira kerana objektif tercapai dan tak sabar-sabar nak pulang ke stesen masing-masing. Lunch dan apalagi, urusetia berperang dalam bilik seminar untuk mengemas semua laptop.

1400: Siap berkemas, tumpangkan semua beg pada sebuah kereta kakitangan untuk dihantar ke Penview Inn. Balik ke bilik untuk mandi dan rehat. Cadang nak keluar di waktu petang tapi mata terlalu berat.

1945: Bersiap-siap untuk keluar makan makan bersama seorang bekas peserta kursus terdahulu yang bermurah hati membawa kami berjalan di sekitar bandar pada malam terakhir. Singgah di pusat pembuatan kek lapis yang terkenal dan memborong kek lapis. Asyik juga melihat mereka membuat kek lapis. Proses yg agak rumit, kek akan dibuat selapis dan dibakar kemudian dibuat lapisan kedua, dibakar lagi dan begitulah seterusnya. Banyak kek dalam tray yang sudah siap menunggu untuk dipotong dan dibungkus. Yang baru diletak di rak juga secepat kilat disambar oleh pelanggan yang sedia menunggu. Menurut kata penguasa tersebut pendapatan pada musim raya boleh mencecah RM100,000!!. Tak hairan kerana kek lapis mereka perlu ditempah sebulan sebelum puasa dan menjelang bulan puasa beratus-ratus kotak sedia untuk di pos akan bersusun di ruang tamu.

Rasanya memang enak. Harganya juga berpatutan, RM10 untuk yg bersaiz rectangle. Kalau berbentuk square tu dalam RM35. Jangan terkejut di KL pada musim raya kek lapis sarawak bersaiz square boleh dijual sehingga RM130!!









2045: Singgah makan di Satok kerana kami semua teringin nak pekena Mee Kolok yang terkenal tu. Ramai orang yang makan disitu, mencari parking juga susah. Kami juga turut dijamu dengan sate. Mee Kolok seakan-akan plastik dan rasanya sangat enak. Mcm megi pun ye juga. Dimakan bersama semangkuk sup dan diletak cili kicap, pehhh...enak bangat.



2145: Lepas makan round sekitar bandar. Sesak dengan penjual-penjual bunga sempena Valentine's dan sesak dengan penyambut-penyambut Valentine's. Tak terkecuali orang ramai yg bershopping sempena Chinese New Year.


2235: Selamat sampai ke hotel. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah yg sudi bawak kami jalan-jalan. Balik bilik, kemas barang-barang dan tido. Hujan punya lebat sampai blackout beberapa kali.

Trip to Kuching - Day 3

0800: Breakfast nasi lemak dan kopi. Cuaca sejuk kerana hujan pada malam sebelumnya. Selepas makan terus ke Rajah Court untuk menyambung kursus. Hari ini masuk ke bahagian yang lebih mencabar iaitu Query dan Relationship. Agak tricky juga bagi mereka yang tak pernah guna dan terpaksa berulangkali melakukannya dengan cubaan pelbagai jenis data untuk memastikan pelajar faham. Mereka juga asyik menulis nota supaya boleh diulangkaji semula selepas balik ke stesen masing-masing apabila kursus tamat. Penerangan dilakukan dengan perlahan dan terang supaya mereka jelas akan faedah fungsi-fungsi ini.



1000: Kelas break sekejap sebab sesi fotografi kemudian break untuk minum.






1245: Break untuk lunch dan sambung semula pada jam 1400. Kene pulun habiskan topik report dan ulangkaji sebab hari ke 3 peserta kursus perlu menyiapkan mini projek.

1700: Break sekejap dan sambung terus ke bengkel dimana peserta diberi soalan-soalan yang perlu mereka lakukan. Selesai, balik hotel, rehat dan mandi.

1930: Dinner di Rajah Court. Dinner terakhir sebab hari esoknya hanya lunch aje disediakan. Pulun sakan lah lagi2 ada lauk ikan masak sambal. Pastu singgah pasaraya terdekat beli beg tambahan untuk laptop, balik hotel sembang di lobi dan naik tido.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin