Sunday, December 31, 2006

Buku



Cuti ni sempat menghabiskan buku tulisan Faisal Tehrani yg bertajuk Perempuan Politikus Melayu. Tak silap ini adalah antara karya terawal FT kerana buku2 barunya spt 1511, Advencer Si Peniup Ney dan lain2 olahan cerita dan kata2nya agak berbeza. Buku ini memang best, pasal ahli politik yang kotor dengan pelacur. Bacaan wajib bagi ahli politik (haha!) betapa kotornya dunia mereka yg memilih utk membina syurga dunia.

Buku terbaru beliau sudah di pasaran, Kekasih Sam Po Bo. Kene cari ni utk melengkapkan koleksi buku2 Faisal Tehrani :)

Monday, December 25, 2006

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force,Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker,Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Carebears, He-Man dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu? poskad, pos surat tau ler.

CD? iPod? MP3 Player? ape tu? kaset tape penah laa dgr..Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang, Tora chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la,Donkey la, Happy Family laa dlm class.


tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two- three', 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! Ataupun aiskrim Malaysia yg ada mcm2 perisa spt Milo, asam boi dll.

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Dan ada sistem DOS yang semuanya kene guna keyboard utk function. Game pun Prince Of Persia.

Diorg tak penah tau pun 'Atari', 'Micro Genius' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2
lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Tuesday, December 19, 2006

CINTA

I went MBO Cinema in Ampang yesterday to catch up with the local movie called CINTA which I heard is one of the most amazing movie ever made in the new century. My friend and I headed to the Galaxy mall in the evening, bought 2 tickets and grab a quick dinner. The movie is good, the storyline is great and the best part is the shots. The way the camera moves, the background and the surrounding is absolutely amazing.

On the way back, we stopped by at a stall in the mall looking at a new technology of keeping plants using some kind of crystal jelly to hold the water. I bought one to see if it can last long in my room.



Thursday, December 14, 2006

Activemind English & Science Camp


Kem terakhir bagi tahun 2006. ActiveMindKids kembali dengan tema 'Transport Engineer' dengan lebih banyak aktiviti menarik, permainan menguji minda, semangat berkumpulan serta pertandingan-pertandingan yang hebat.

Tarikh: 20 Disember 2006
Hari: Rabu
Masa: 8.30 am - 4.30pm
Lokasi: Kompleks Sukan Sri Siantan, Selayang
Yuran: RM 50 seorang (diskaun 10% bagi adik-beradik yang turut serta)
Tema: Transport Engineer
Aktiviti menarik:
  • Ice Breaking
  • Spelling Bee, Role Play
  • Amazing Race
  • Design your own future transport
  • Air flight
  • Design a moving car
  • Vehicle Test competition
Setiap peserta akan menerima sijil serta cenderahati. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang akan disediakan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh berhubung dengan saya di 013-3843484 (Sharifah Sharina/Sherrina) atau 013-2085 215 (Iskandar Aminuddin)

Daftar segera!

UPDATE: This camp will be postponed to 2007 because of not enough participant.

Tuesday, December 05, 2006

Perjumpaan pertama bersama Bicara Jutawan

Memang dah lama sherrina join geng Bicara Jutawan. Cuma tak pernah berkesempatan untuk hadir perjumpaan sehinggalah Sabtu lepas di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak. Sherrina rasa terharu sangat kerana BJ telah menghadiahkan sebuah buku bertajuk Rich Woman ditulis oleh Kim Kiyosaki.


Terima kasih sangat-sangat. Satu-satunya hadiah yang diterima kerana telah berhenti kerja. Thanks juga kepada emie dan Fazrul diatas kad ucapan yang diberikan dan kepada semua ahli BJ yg hadir.

Kemudian, kami main game Cashflow. Fuh, masa ni lah teruji antara untung dan rugi, tamak dan takut. Cukup berilmiah, cukup bermanfaat. Harap2 lepas ni bleh main Cashflow lagi.


Dunia 9/10




Pelancaran blog baru sherrina:

Dunia 9/10

Sila masuk ke rumah kedua saya :)

Selamat Datang



Friday, December 01, 2006

Blue Ocean Strategy vs Red Ocean



Have you heard of Blue Ocean Strategy? Here's the excerpt of the book:

"Don’t Compete with Rivals—Make Them Irrelevant"

Companies have long engaged in head-to-head competition in search of sustained, profitable growth. They have fought for competitive advantage, battled over market share, and struggled for differentiation.

Yet in today’s overcrowded industries, competing head-on results in nothing but a bloody “red ocean” of rivals fighting over a shrinking profit pool. In a book that challenges everything you thought you knew about the requirements for strategic success, W. Chan Kim and Renée Mauborgne contend that while most companies compete within such red oceans, this strategy is increasingly unlikely to create profitable growth in the future.

Several examples that I posted in BicaraJutawan.com:

Contoh:

1. Perniagaan warung kopi
red ocean strategy: bukak warung di tepi jalan jual kopi satu gelas RM 1, untung 30sen - 50 sen.

blue ocean strategy: bukak cafe kopi di tempat2 tumpuan, taruk jenama mcm Starbuck/Coffee Bean, taruk wireless internet, air cond, kopi sedap2 letak rega RM10 segelas pun orang berpusu-pusu.

Ok. Mcm saya katakan tadi, konsep laut biru adalah untuk membolehkan kita sebagai usahawan lari drpd perniagaan laut merah. Laut merah ialah konsep yang banyak digunakan sekarang, merata-rata yg kita lihat disekeliling kita. Dalam erti kata lain, ordinary business method.

laut biru pula cuba membawa kita supaya buat business beyond ordinary. Lain dari lain, lebih dari lain. Mungkin nampak gila tapi akhirnya berjaya. Antara contoh2 yg saya ingat:

Contoh lain:

TV1, TV2, TV3 dan lain2 adalah stesen tv percuma. Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati stesen tv percuma. Dtg pula perniagaan drpd laut biru membawa fenomena 'nak tgk tv kene bayar'. Mula2 nampak pelik, yg lain free dia kene bayar tapi kini berapa ramai yg melanggannya? Kenapa mereka sanggup bayar sedangkan yg free ada? Sebab yg berbayar ada non-stop channel kartun, ada non-stop bola dan live telecast, ada non-stop filem2 dan mcm2 lagi yg non-stop yg tv percuma takleh nak offer. Anda tentu tau tv apa itu. Apakah tindakan pelik mereka mengenakan bayaran sedangkan percuma pun ada membuahkan hasil? Jawapannya ia dan menjadi trend pula sekarang cool

MAS ialah sebuah syarikat penerbangan. Tambangnya anda sedia maklum. Standard rega kapal terbang lah, ratus2. Tiba2 muncul sykt dr mana ntah offer tambang serendah RM10, RM4.99 dll...jauh lebih rendah drpd sykt penerbangan yg dah lama bertapak. Apa kata org ramai? Gila.....confirm lingkup tak lama lagi. Naik bas pun berbelas ringgit, kapal terbang RM4.99? Gila. Dan kini gila itu menjadi nyata, orang ramai bertukar kpd penerbangan mereka, mereka mampu membesarkan perniagaan dan membeli beberapa buah kapal terbang sendiri. Kini syarikat yg dari ntah mana ntah tu menggugat kedudukan sykt penerbangan kebanggaan negara yg selama ini gah dimata dunia.

Contoh2 diatas adalah yang saya petik daripada ceramah motivasi yg disampaikan oleh seorang speaker (sapa lupa lah namanya, nnt saya check jadual) yang cukup bagus dan dinamik. Ahad ni ada seminar sehari bersama beliau, akan saya share disini apa yg dapat saya pelajari drpd pengajaran beliau. Sementara itu, fikirkan apakah tektik blue ocean yg boleh anda cipta atau hasilkan :)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin