Monday, September 28, 2009

BAT Bumper: Edisi 3 dan 4

BAT Edisi Bumper 3&4

SuperStar at Wangsa Walk

Kak Aidrina sefamily ajak Sherrina ke Wangsa Walk malam tadi. Katanya ada karaoke baru bukak dan tgh offer RM2 sejam per room. Biar betik!

Kitorg pun berkumpul kat sana. Disertai sekali family kak Julie n abg Jamalul. Smpi agak lambat. Kol 9 lebih. Rooms dah fully booked. Kene amik no giliran, dapat room kol 10.

Bilik besar dan selesa. Tv flat screen. Tp xde ais free flow mcm Red Box Sogo. Cuma kureng, seleksi lagu lom sehebat Red Box dan controller kat tepi tv. Kene set disitu. Takde pakai remote control mcm RB.

Tapi yg kagum tu ada lagu2 yg takde kat RB tapi situ ada. Tang tu gua respek.

So, rasanya aku akan berkampung disitu lah smpi 1 Oct nnt. Bukan slalu ada offer karok dua hengget. Mana nk cari beb. Pas offer, kene pikir lah nk gi situ lagi ke atau Sogo. Tp rasanya Sogo lagi best kot. Murah, air free flow dan byk lagu. Boleh book pakai phone. SuperStar ni takde lagi rasanya.

Jom melalak!


Sent from my BlackBerry® wireless device via T-Mobile-Celcom.

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya 2009



Di sini saya ingin mengucapkan SALAM A I D I L F I T R I

Mana yg ada terlepas kata ... terlebih gurau senda ...
tersentuh hati dan perasaan sepanjang persahabatan
haraplah tidak disimpan didalam hati ...
sejujurnya saya menyusun 10 jari memohon ampun dan halalkan makan & minum ...

Semoga di hari lebaran nanti akan lebih mengeratkan
hubungan kita sesama umat dan moga dilimpahi rahmat dari-Nya,

Akhir kata ...

Tak lupe juge, sedikit Duit Raye buat semue ...




SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, September 08, 2009

Sunday, September 06, 2009

Buka Puasa di Hotel Nikko

Walaupun Sherrina penah bagitau sebelum ni taknak blog pasal bukak puasa tahun ni, tapi acara bukak puasa kali ni kalau tak dilakarkan di blog, rasa rugi plak. Sebabnya bukan selalu dapat peluang buka puasa di tempat yang mahal seperti di Hotel Nikko.

Sherrina dan kengkawan sampai di parking Hotel Nikko jam 6.15 petang pada hari Khamis lepas. Jalan tak jem, parking pula RM5 sekali masuk jika masuk selepas jam 6 petang. Setelah lepak di lobi, kami pun masuk ke tempat berbuka puasa.


Ni kawasan luar dimana ada beberapa gerai seperti mee rebus, sate dll


Gerai Yong Tau Fu. Tatau le apa rasanya, tak makan pun.


Kalau tak silap ni kaunter ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu


Buah-buahan tempatan. Surprisingly ada buah-buahan seperti rambutan, buah mata kucing, jambu air, nangka dan lain-lain lagi yang Sherrina tak penah nampak ada di mana-mana hotel semasa berbuka puasa.


Kaunter manisan. Kek yg kecil-kecil tu memang sangat marvelous. Sedap bangat. Kene plak makan sambil hirup kopi panas, fuhhh best.


Kaunter kuih-kuih tradisional. Tak try pun sebab kuih-kuih yang biasa di pasar ramadhan.


Bahagian lauk-pauk. Kali ni sherrina amik juga sesudu-dua nasi minyak. Nak try. Memang sedap. Lauk-lauk disini mostly memang tasty. Seperti ayam goreng kampung (sedikit manis dan lembut), rendang minangkabau (sangat enak), paru goreng lada dll. Tapi lauk sotong masak sambal agak kureng sket sebab sotongnya tebal-tebal.


Bahagian ikan bakar. Ikan pari bakar memang sedap. Lembut dan segar. Ada juga kambing panggang bersama mash potato. Oklah, agak liat kambing tu.


Seafood segar. Tang ni Sherrina tak layan walaupun nampak sangat menarik. Sebabnya tak reti makan makanan mentah dan sushi.

Ada lagi few kaunter yang Sherrina tak sempat nak amik gambar seperti gerai kebab, gerai popia basah, kaunter pizza, sotong kangkung, lauk-pauk moden.


Susunan kulinari yang menarik dan kemas.


First round. Taste lauk dulu. Ayam teppanyaki-sodap giler sampai makan 2 kali. Seafood dlm kuah putih yg pekat dan marvellous monday. Oyster masak kicap kalau tak silap. Sangat enak. Ada juga isi ikan digoreng dengan tepung. Not bad.


Kebab ayam, agak kering. Begitu juga dengan popia, tak sehebat di pasar ramadhan yang kene beratur panjang.


Minuman pun banyak pilhan. Sirap bandung tu sedap giler. Teh tarik ok, ngam. Tebu, biasalah. Lain seperti ABC (tak cuba), aiskrim (sedap dan byk perisa. Ada pelbagai toppings), kopi (wajib sebelum balik).

Kesimpulannya, buffet di Hotel Nikko best. Makanannya tasty. Suasana tenang. Tak crowded sangat. Bersesuaianlah dengan harganya, RM103 per adult (nasib baik makan free...fuh!)

Tuesday, September 01, 2009

ET: Derma Darah Ansara Terendak

Dari sehari ke sehari nak blog pasal ni tapi tak sampai-sampai seru. Di pagi Selasa yang sejuk kerana hujan diluar sana, tapi nak tido dah tak lalu maka aku storykan jugaklah. Program Derma Darah Pra-Ramadhan 2009 ni anjuran ANSARA dengan kerjasama Aeon. Ada berpuluh lokasi derma darah dibuka diseluruh negara serentak pada 14 Ogos 2009-16 Ogos 2009. Sherrina, as usual lah. Sure kantoi nye nak derma darah ni. Sangkut kat BP. So just hadir utk tolong-tolong dan macam biasalah, amik gambo :D

Tahun ni Ansara Terendak dapat lokasi Jusco Equine Park. Tahun kedua Ansara Terendak menyertai marathon ini. Kutipan bagus jugaklah. Setelah 3 hari dapat cecah 183 beg darah. Ramai yg kene reject sebab sakit tekak, selsema dll. Agak slack jugak sebab hari pertama tu start kol 2 (miscommunication) sebab pagi tu sudah ada a few yg tanya2 nak derma darah. Lagipun break Jumaat yang panjang.


Suasana lokasi derma darah.


Dani, Shimi, Ann Farhanah dan Zac


Beg darah Dani....darah mengalir laju.



Mad Duan lak derma darah, yg lain kasi sokongan moral.


Suasana di tempat derma darah.


As usual, kalau takde video rasa tak lengkap lak. Thanks to Dani sebab jadi 'pelakon' dalam video ni.....muehehehehe....









LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin