Sunday, September 30, 2007

Buka Puasa di KLCC

Sekali dalam bulan puasa mesti nak berbuka di KLCC. Bukan apa, dok teringat-ingat sizzling yang sedap kat food court tingkat 4 tu. Lepak di food court layan National Geographic kat 2 jam. Nasib baiklah umah Sherrina takde Astro. Kalau tak, asik layan NG ajelah. Ari ni layan citer pasal alien Roswell. Dorang citer pasal penemuan dan kajian betul ke UFO terhempas kat Roswell tu. Roswell bukan nama citer tv yang famous tu ye, tapi nama tempat yang famous dengan penemuan UFO dan alien-alien di pekan Roswell, New Mexico. Nape alien suka pi US eh, taknak pun datang sini.

Pastu sambung lak citer pasal 10 senjata kung-fu dari China yang paling power....fuh, best jugak. Macam-macam senjata. Pencakar daun kering pun boleh dimodified jadi senjata. Dasat....dasat...


layan Brain Age sementara menunggu waktu berbuka


Ada persembahan lagu Arab lah kat Concourse. Kalau lagu raya kan best.


Para penonton yang sedang memegang digicam dan handphone berkamera menunggu dengan sabar couple ni yang dok khusyuk memerhatikan pemain muzik ni sambil merakamkan setiap detik. Sabo ajelah.....kat 10 minit menunggu dorang ni blah.


Dapat pun gambar penuh.



On the way balik ternampak bus stop yang baru dibina di Jalan Gurney. Kontraktor 'bertuah' mana le yang design bus stop begini. Ni sebenarnya fungsi nak kasi orang berteduh menunggu bas ke nak pasang iklan semata-mata? Dengan kerusi sebanyak itu, berapa punggung yang dapat duduk? Ada akai ka, PBT?

Thursday, September 27, 2007

Berbuka Puasa di Dewan Perdana



Alhamdulillah, rezeki hari ni. Opis member berbuka puasa di Dewan Perdana yang terletak di Jalan Maktab. Last minute ada yang tarik diri. Jadi untuk mencukupkan korum, boleh bawa kawan luar. Jadi member Sherrina ni ajak le Sherrina join. Ni kali pertama berbuka buffet dalam bulan puasa ni (selain buffet di rumah).



Untuk memandu ke Dewan Perdana, lalu belakang kampus UTM Jalan Semarak. Dah lama betul tak lalu kawasan belakang tu. Dah banyak yang berubah. Sampai di Dewan Perdana, parking full. Terpaksa park kat kawasan lori D'Saji. Bolehlah, janji ada parking. Ramai betul orang yang berbuka di sana. Kebanyakkannya anjuran pejabat dan organisasi.



Kami ditempatkan di meja berhampiran pentas. Melihatkan nombor-nombor diatas meja, ntah-ntah mencecah lebih dari seratus meja. Ishh....banyaknya. Tapi meja memang disusun dekat-dekat sangat. Nasiblah sapa yang kene duduk kat tempat yang sempit bersentuh dengan kerusi orang belakang. Akibatnya, seorang pelayan tertumpah kuah kari keatas baju seorang pelanggan, kerana tersekat diantara dua kerusi.



Pilihan makanan agak banyak. Untuk memudahkan, gerai makanan dibahagikan ke dua bahagian. Jadi meja di kawasan kanan ambil di gerai di kawasan mereka dan begitu sebaliknya untuk tetamu di kawasan kiri. Bagus jugak, tidak le berlaga bahu dan terpijak kaki. Terdapat pelbagai jenis makanan daripada makanan tempatan hingga ke barat.




Antaranya laksa penang, laksa johor, nasi dan lauk-pauk, kambing bakar (gerai yg menjadi tumpuan), kepak ayam goreng, roti jala, kuih-muih, nasi kerabu (ye ke, yg warna biru tu?), roti bom, sup tulang, bubur nasi dan banyak lagi lah. Minuman pula selain air kosong ialah sirap dan teh tarik. Juga ada ABC. Jap...it's more like ais kepal (sapa yg lahir zaman 50an tau lah kot ais kepal ni) sebab ia diambil dari satu tong yang berisi ais yang telah dikisar, dikepal menjadi bulat menggunakan senduk dan dimasukkan dalam mangkuk. Tuang susu, sirap merah dan gula merah...voila....ABC.



Sambil menjamu selera, kami disajikan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan ini. Tak ingat apa namanya. Penyanyi berbaju hitam no 2 dari kiri itu sangat comel.....


Budak ni pun terkesima melihat mereka.

Anyway, overall kualiti makanan sedap. Nak kata sedap gila taklah, but oklah. Sup tulangnya sedap begitu juga kambing panggang. Yang lain-lain tu biasa aje. Rasanya sama gak mcm makanan di pasar ramadhan. Cuma environment selesa dan terhibur dengan nyanyian nasyid.

Wednesday, September 26, 2007

New Super Mario Bros

Antara sebab mengapa Sherrina memilih NDSL sebagai handheld pilihan kerana adanya Super Mario. Bagi baby boomers zaman 80an tentu penah main game ni di video game, komputer dan sebagainya. Super Mario adalah antara game yang sangat popular pada suatu waktu dulu.

Terdapat dua watak yang menjadi pilihan iaitu Mario dan Luigi. Mereka ni adalah watak tukang paip berasal dari Itali. Tugas mereka ialah menyelamatkan Princess Peach yang asik kene colek dek dinosaur (ke buaya?) bernama King Bowser.



Permainan Super Mario telah melalui banyak perubahan daripada permainan asal sehingga ke versi terkini. Ia telah dijadikan sebagai komik, program tv dan sebagainya. Super Mario suatu ketika dulu adalah fenomena bagi mereka-mereka yang meminati permainan ini.



Nintendo DS juga telah memperkenalkan versi baru Super Mario iaitu New Super Mario Bros. Tujuan permainan masih sama iaitu melalui daripada satu 'World' ke 'World' yang lain demi untuk menyelamatkan Princess Peach.



New Super Mario Bros kali ini masih mengekalkan banyak identiti asal Super Mario tetapi telah ditambah dengan pelbagai elemen yang menarik antaranya cendawan besar yang menjadikan Mario besar seperti gergasi, cendawan biru kecil yang menjadikan Mario bersaiz sangat kecil dan mudah melantun apabila melompat, kura-kura biru dimana Mario akan mempunyai cengkerang dibadannya membolehkan dia menyorok didalam cengkerang apabila perlu dan banyak lagi.



Terdapat 8 World kesemuanya yang perlu dilalui untuk melengkapkan permainan ini. Tetapi ada juga cara untuk skip World tertentu. Sherrina tidak melalui World 4 dan 7. Bagi yang pernah main Super Mario dan sentiasa frust sebab susah untuk melepasi tahap-tahap yang sukar especially World 7 dan 8, anda perlu mencuba New Super Mario Bros ini. Bagi Sherrina kesukarannya tidaklah seteruk versi lama. Kalau sebelum ni Sherrina tak pernah melepasi World 7, tetapi dalam permainan ini agak mudah juga Sherrina sampai ke World 8. Masih belum complete game ini tapi tengah berusaha untuk ke pertemuan dengan King Bowser.



Yang seronoknya game ini, kurang rasa frust kerana asik tak dapat melepasi sesuatu tahap. Setelah beberapa kali percubaan (dan dengan bantuan Walkthrough), bagi Sherrina versi kali ini lebih menyeronokkan kerana kita seolah-olah diberi peluang untuk memenangi permainan ini.

Bagi mereka-mereka yang suatu ketika dahulu selalu layan permainan Super Mario, anda mungkin nak mengimbau semula kenangan di masa muda dahulu dengan mencuba versi New Super Mario Bros pula :)









Links:
My New NDSL
Sejarah Super Mario
New Super Mario Bros Walkthrough

Iklan Coco Chanel



Sherrina jarang suka dengan iklan-iklan yang ada di tv. Kebanyakkannya membosankan dan memualkan. Tetapi di 8TV ada satu iklan ni (Coco Chanel) yang cukup menarik hati. Dari alunan muzik, gerak langkah pelakon (Keira Knightley) serta style rambutnya yang ala-ala zaman dolu tu memang menarik dan menghiburkan. Mcm ni lah baru syok tonton iklan di tv....

Monday, September 24, 2007

Puasa kene banyak bersabar

Puasa memang kene banyak bersabar....



  • Orang potong queue sesuka hati mak bapak dia....potong queue ikut stesen minyak lak tu....himpit dekat-dekat jangan kasi dia masuk....yearghh!!!


  • Kucing lain makan nasi yang kita sediakan untuk kucing kita....arghhhh!!!


  • Temperature kete tiba-tiba meningkat sampai terpaksa berenti tepi jalan, sejukkan enjin dan masukkan air yang akhirnya tumpah juga ke jalan. Water tank bocor rupanya...terbang RM200 sebab tukar water tank baru sekali dengan timing belt yang sudah uzur....


Tapi, kalau kucing pun boleh sabar...


dan bersabar.....apatah lagi kita manusia.....



kucing tu tengok apa eh?





patutlah....tak bergerak-gerak....

Tuesday, September 18, 2007

Pasar Ramadhan

Hari ni baru kali pertama melawat pasar ramadhan. As usual seperti tahun-tahun lepas, Sherrina akan cuba limitkan berbelanja di Pasar Ramadhan ni. Tapi setiap tahun mesti sekali membeli ikan pari bakar dituang cili yang famous di Pasar Ramadhan Taman Melawati.

Petang tadi sampai di Taman Melawati dalam kol 6 petang. Sesak dan ramai orang, mcm biasa tapi rasanya tak le se teruk tahun-tahun lalu yang sampai jalan jem gila-gila. Parking pun senang gak dapat walaupun jauh sedikit. Sherrina perhatikan gerai kali ni agak kurang. Biasanya dari hujung ke hujung, lebih kurang 5 ke 6 baris. Tapi kali ni nampak mcm cuma 4 baris aje. Pastu baris pertama dan kedua tu punyalah sempit. Sapa lah yg design susunan gerai kat situ.



Anyway tak larat nak round satu per satu sebab letih. Terus mencari gerai ikan bakar Nelayan. Tapi cari punya cari tak jumpa. Round ke baris tengah bahagian depan, baru nampak. Beli seekor ikan pari bakar saiz pinggan nasi. Harganya RM13. Mcm harga tahun lepas rasanya.

Bawa ke gerai makan di AU5. Order nasi dan tomyam. Lepak ngan member. Lepas azan dan berbuka, mula lah menerjah ikan pari. Suap je ke mulut.....aisehhhh. Apa hal lak rasa hidung tersumbat nih? Ikan pari ni kadang2 ada satu mcm 'gas' keluar yg bleh menyebabkan hidung jadi kurang selesa tapi tak le banyak. Tapi ikan pari kali ni, setiap kali suap ke mulut....berdesing hidung. Hilang selera nak makan. Minum air aje dan ratah nasi dan tomyam. 3/4 ikan dibungkus bawa balik.

Apa hal lah ikan pari kali ni. Menyesal gak tak menunggu ikan siakap. Patut le banyak ikan pari tersadai diatas meja, ramai orang menunggu ikan siakap. Agaknya dorang dah tau kot pasal mende tu. Apa nak buat, kali ni terkena lah pulak di Pasar Ramadhan.......

Thursday, September 13, 2007

Hari Pertama Puasa

Hari pertama puasa....



Menjelang tengahari....




Dugaan....

Sunday, September 09, 2007

Pulau Perhentian - Hari Kelima

Dah habis tempoh percutian. Sepatutnya kami kene check out jam 12pm tapi minta extend ke 4pm sebab my training yang sepatutnya diadakan pada keesokan harinya sudah ditunda ke minggu depan. Takyah rushing balik KL.



Pagi ni tak swimming lagi dah. Simpan tenaga untuk drive balik KL nanti. Lepak di jeti aje habiskan memory yg ada dalam memory card digicam.


School of fish











Lepas makan tengahari dan kemas barang, kami check-out kol 4pm. Bot sampai kol 4. Naik bot, dalam tu ada 6 orang. Satu couple from Holland. Sembang ngan dorang. Friendly sangat. Bot singgah di beberapa lokasi mengambil dan menurunkan penumpang.



Cuaca petang agak berangin dan ombak makin ganas. Cuak gak. Bot lak punya lenjan laju. Habis memercik air laut ke dalam bot. Ketika kami sampai di jeti Kuala Besut, masing-masing dah lenjun dengan air laut. Hampeh. Terpaksa singgah tandas tukar baju.



Singgah di Pasir Puteh untuk beli buah-buahan dan di Besut utk beli keropok lekor. Sampai rumah kol 3.30 pagi. Takleh nak speed sebab lori balak punya banyak.

Gitulah cerita pasal pergi Pulau Perhentian yang sangat best. Next year, Pulau Lang Tengah pulak. Pakej dah beli kat Matta Fair semalam. Hooraayy!!!

Gambar penuh di Sherrina's Fotopages.

Pulau Perhentian - Hari Keempat

Kejap je dah hari keempat. Sehari lagi dah nak balik. Cuaca panas terik. Semalam dah pulun mandi sakan-sakan. Hari ni cuma lepak aje di sebelah pagi dan petang baru turun ke pantai.



Selepas sarapan, lepak di jeti mengambil gambar sepuas-puasnya. Kemudian habiskan baki-baki roti yang ada untuk diberi kepada ikan. Duduk lepak di jeti sambil menghayati keindahan ciptaan tuhan dibelai angin sepoi-sepoi bahasa, perghh....lupa segala stress dan tension.


video
Video Di Pulau Perhentian

Seronok melihat ikan makan roti. Baling sekeping yang besar kemudian lihat bagaimana ia 'hilang' dengan begitu cepat. Untuk makan tengahari, kami menjelajahi kawasan pulau yang lain pula. Kami ke bahagian Coral View dengan memanjat tangga kayu yang dibina untuk menghubungkan kedua-dua resort. Di sebelah sana ada beberapa lagi chalet dan resort seperti Tropical Reef, Paradise dan Mama. Kami ke restoran di chalet Mama untuk makan tengahari. Ianya lebih murah dan sedap juga. Nasi Goreng cuma RM5 sepinggan.






Di sini banyak juga chalet-chalet yang jauh lebih murah berbanding PIR. Kebanyakkannya fully booked sebab ia mendapat sambutan hangat daripada pelancong yang datang dengan budget yang kecil. Kemudahan asas juga baik disini seperti air dan elektrik. Cuma tak banyak chalet yang ada air-cond untuk mengurangkan kos. Makanannya juga murah dan enak. Kawasan snorkeling juga tak kurang hebatnya disini.




Pemandangan dari atas jambatan kayu

Setelah makan, menapak balik semula ke PIR. Rehat kejap pastu tukar pakaian dan turun ke laut. Walaupun panas, redah aje. Sebab time ni air surut dan bleh pegi area yg dalam. Besides sementara cahaya matahari masih terang, elok habiskan saki-baki filem dari kamera disposable.
Malamnya lepak makan bersama seorang guest dari Perancis yang berjiran ngan kami. Dia datang sorang aje. Seronok gak sembang ngan dia.

Pulau Perhentian - Hari Ketiga

Hari ketiga di pantai timur dan hari kedua di Pulau Perhentian. Cuaca panas dan berangin. Memang sesuai untuk aktiviti berenang. Bangun seawal pagi, sarapan pagi dengan roti dan jem. Kami turun ke pantai membawa peralatan snorkeling. Fuhh, dah ramai yang turun ke pantai.



Setelah puas snorkeling, hampir tengahari baru kami naik ke bilik untuk mandi. Bukan sahaja manusia yang berjemur di pantai, biawak pun tak kurang hebatnya.



Di pulau ni selain kaya dengan hidupan laut, hutannya tak kurang hebat. Ada laluan jungle tracking bagi yang berminat. Ada pelbagai spesis haiwan yang mudah ditemui di PIR ini. Selain biawak dan iguana yang bersepah-sepah, tupai juga jinak.



Di sebelah chalet tempat kami menginap ada sebatang pokok jambu yang besar. Menjadi tempat permainan monyet-monyet di kawasan ini.



Selepas mandi dan puas snokeling, perut terasa lapar yang teramat. Nak cari nasi juga. Mahu tidak mahu, kami ke restoran PIR. Seperti dijangka, sajian disini harganya jauh lebih mahal berbanding di daratan. Memang kene standby duit lah. Buffet lunch dalam lingkungan RM35 seorang. Kami cuma order ala carte. Nasi goreng cina sepinggan RM17. Ada ayam goreng, telur dadar dan udang. Kenyang juga. Air, cuma ais kosong aja. Mujur free..hehehe...



Selepas lunch, lepak aje di bilik. Cuaca panas, tidur pun best. Petang lepas Asar turun laut lagi, air agak surut jadi boleh berenang ke kawasan yang lebih jauh. Terjumpa anemone, rumah kepada clown fish a.k.a Nemo. Nampak beberapa ekor clown fish bermain di anemone. Cantik sangat melihat anemone tu meliuk-liuk didalam air. Cuma berenang mendekatinya dan menghulurkan tangan untuk menyentuhnya, tiba-tiba seekor hitam besar bersaiz dua tapak tangan menggigit tangan sherrina. Terkejut giler! Tak luka cuma terkejut. Rupanya anemone ni mcm ada electric lah sebab mak Sherrina pegang terasa renjatan kecil.



Sherrina ada mengambil gambar di dasar laut menggunakan Fuji Underwater Disposable Camera. Harganya RM50. Kualiti, bergantung kepada nasib. Ada yang ok, ada yg terlalu gelap dan terlalu terang. Kene cari digicam underwater lah utk next year trip ke Lang Tengah.



Anyway, kali ni tak nampak langsung landak laut. Bahaya spesis ni, kalau terpacak di kaki....kene cabut ngan playar (ayah sherrina yg kata) dan berbisa. Gamat memang bersepah ler. Ada yang warna hitam, ada yang warna kelabu. Kali ni Sherrina jumpa banyak kepah besar-besar. Tak sure lah exact name untuk spesis ni, ia mcm kepah yang berisi mutiara tu.

Nampak macam batu tapi ia sebenarnya hidup. Mulutnya terbuka dan tertutup cuba menyamar untuk menjerat mangsa. Pelbagai rupa dan bentuk. Ada yang rupa exactly mcm batu, ada yg bibirnya bercorak batik. Mcm-mcm...


Di sebelah malam, kami makan roti dan bubur nasi segera....

Thursday, September 06, 2007

Pulau Perhentian - Hari Kedua

Akibat menonton filem ConAir malam tadi sehingga lewat pagi, Sherrina terbangun lewat. Terkocoh-kocoh mengemas barang dan check-out. Tak sempat nak bersarapan. Kami perlu tiba di jeti Kuala Besut pada jam 11 pagi.

Di sepanjang perjalanan dari KB melalui Pasir Puteh dan seterusnya ke Kuala Besut, Sherrina dapati beberapa perkara yang unik di Kelantan ini. Antaranya:

  • Papan tanda perniagaan dan iklan bertulis jawi dan model wanita perlu menutup aurat (nampak poster Adibah Noor sebagai duta The Store dalam keadaan bertudung)


  • Banyak premis mengibarkan bendera negeri Kelantan. Sesuatu yang jarang dilihat di negeri-negeri lain. Sehinggakan di sepanjang jalan ke Pasir Puteh pun deretan bendera Kelantan di pasang di tiang-tiang lampu. Ia lebih meriah berbanding bendera Malaysia. Begitu juga dengan poster selamat untuk Sultan dan Permaisuri Kelantan. Banyak kedai turut memasangnya.


  • Poster-poster Pak Lah tak banyak di kawasan yang Sherrina lalui. Ini antara yang Sherrina nampak. Ada pulak terselit gambar Annuar Musa disitu.


Setelah hampir sesat dan jalan yang kurang baik membataskan kelajuan kereta kami ke Kuala Besut. Kami terpaksa menelefon pihak di sana meminta supaya tunggu sekejap sehingga kami sampai. 11.20 kami tiba di jeti Kuala Besut, memunggah beg-beg dan sempat membeli nasi dagang dan nasi lemak untuk dimakan di resort. Menaiki bot laju ke Pulau Perhentian (mengambil masa kurang dari 1 jam, satu rekod yang hebat), terlompat-lompat bot memecah ombak. Disini bot pula merempit. Laju gilosh. Tak sempat nak tangkap gambar kerana terlalu laju.



Pulau Perhentian Kecil tampak membangun. Bangunan sekolah boleh dilihat dari jauh begitu juga jeti baru yang tersergam indah. Ia jauh lebih baik berbanding semasa Sherrina ke sana dahulu.


Perhentian Island Resort. Kelihatan pelancong berjemuran di bawah sinaran matahari. Cuaca panas dan berangin. Kami tiba di sana jam 12pm dan selepas urusan check-in, lepak di kafe sambil makan nasi bungkus yang kami bawa. Kami hanya boleh masuk bilik jam 2 petang.


Pemandangan dari front desk PIR




Check-in ke bilik. Penat giler. Letak barang dan tukar baju. Tidur sekejap. Petang kol 5 turun laut untuk sesi snorkeling yang pertama.





Tak sah snorkeling kalau tak bawak roti. Sekejap je kami dikelilingi oleh ikan-ikan yang kelaparan. Bila roti dah habis pun, ikan ni masih akan ikut juga kemana-mana kita berenang.



Makan malam pertama di Pulau Perhentian. Makan kene budget sebab makan di restoran PIR agak mahal. Kami makan roti cicah kari daging Brahim yang dipanaskan dalam air panas.



Malam agak sunyi di sini. Tiada tv di bilik dan satu-satunya tv di restoran pula tiada kad Astro. Bosannya. Kebanyakkan pengunjung (hanya kami keluarga Melayu, selebihnya pelancong luar) masuk ke bilik masing-masing selepas makan malam. Ada yang bersantai sambil menikmati angin malam. Lepak sekejap di front desk check email (ada wifi lah disini!) menggunakan henpon (mujur hp ada wifi, kalau tak kene pakai PC yang sewaannya RM4 untuk 10 minit) kemudian balik ke bilik. Layan game di NDSL sekejap sebelum tidur.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin