Wednesday, October 31, 2007

External DVD-Writer

Since I had the Rapidshare Premium account, I've been downloading CSI season 7, 8 and now going backwards, Criminal Minds, lots of documentary from Discover and National Geographic and other interesting series which I hardly able to catch up on tv. Thanks to Premium account, Internet Download Manager and my 120Gb external hard disk, I am able to store those huge video files.

But now I realize that soon, my 120GB hard disk will run out of space. Yet I have more files that I need to download from Rapidshare. It's time to get a DVD Writer.

I browsed through Low Yat forum and found a topic to sell external DVD-writer. It's not the portable type but it's an internal DVD-writer inside an external 5.25" external casing. That guy bought it RM250 and selling it RM150 after using it for a month. He needed the money to repair his car. I smsed him and nego. He agreed to let it go at RM130. So today I met him near TAR College since he studies there to collect the stuff.


The 5.25" External case


It requires AC power, comes with USB 2.0 and a fan to cool it down


Imation DVD-Writer

I guess this has complete my essential gadgets. I wonder what will I need next?

:p

Sunday, October 28, 2007

KiciPooh dah mati :(

Pagi tadi jiran sebelah, Cikgu Limah @ Aunty panggil. Katanya ada kucing mati di belakang rumah dia. Kitorang suspek ni mesti KiciPooh, kucing adik aku yg dah 3 har x dtg makan di umah. Bila aku describe kat Cikgu Limah, betul le. Aku panggil adik aku suh gali lubang nak tanam.


Adik aku menggali lubang untuk menanam bangkai KiciPooh sambil diperhatikan oleh Aunty.


KiciPooh mati dalam keadaan baik. Cuma keluar muntah darah je. Yg lain ok.


Kambus bangkai KiciPooh


Adik bongsu aku, orang yang paling sedih diatas kematian KiciPooh sebab tu kucing kesayangan dia..



Tanda dengan buluh lemang yang ada berdekatan kawasan tu...

Goodbye dear cat....:(

Friday, October 26, 2007

Teka teki teka tekuk....

There is a bus with 7 girls inside,
Each girl has 7 bags,
Inside each bag, there are 7 Big cats,
Each Big cat has 7 small cats,
All cats have 4 Legs each!
How many legs are there altogether in the bus?



Kalau sudah dua kali kena.....

Sherrina sentiasa percaya kepada second chance dan forgiveness. Apatah lagi jika ianya adalah satu entiti perniagaan yang baru bertapak di kawasan yang sudah berkembang pesat. Sherrina suka memberi peluang untuk melihat samada mereka akan berubah atau tidak.

Semasa bulan puasa, Sherrina ada pergi bebuka di restoran yang baru dibuka di Wangsa Maju Seksyen 5 (KLSC) iaitu Pizza San Francisco. Sherrina ada membuat ulasan mengenainya disini. Sherrina kecewa dengan kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Beberapa hari yang lalu, cousin Sherrina call ajak mencuba makanan disitu. Dia tatau yang Sherrina dah pun merasa makanan disana. Tapi Sherrina diamkan saja sebab nak tengok ada perubahan atau tak. Besides kali ni Sherrina nak try perkhidmatan Free Wi-Fi yang diiklankan sebesar-besarnya di premis tersebut.

Kami tiba jam 2 petang. Orang tak ramai. Dalam 5 meja gitu yang ada pelanggan. Oleh kerana serik dengan pengalaman yang lalu duduk dibawah tujahan air-cond yang sejuk gila sehingga makanan pun cepat sangat sejuk (dorang ni tak belajar daripada keburukkan restoran Pizza Hut & KFC yang sebelah Carrefour tu. Air-cond tak reti nak control) maka kami pun memilih meja yang hujung sekali. Masih sejuk juga tapi tahankan saja.

Selepas membelek menu, Sherrina mencuba pula Fish & Chips manakala cousin Sherrina memesan spaghetti Carbonara. Itupun setelah 15 minit menunggu pelayan yang tak muncul-muncul sampai terpaksa dipanggil berkali-kali (malulah dengan kedai mamak, belum duduk sudah tunggu untuk mengambil pesanan)

Sementara menunggu makanan, Sherrina buka laptop. Bateri lak cuma tinggal 30%. Pusing-pusing mencari suis untuk charge tapi takde. Tanya dengan pelayan, mereka memang tidak sediakan. Kedekut!! Kemudian minta network key untuk access, diberi yang salah. Kali kedua baru betul Tapi sudah dapat yang betul, tak dapat juga gunakan wi-fi kerana ada masalah. Ia hanya diberitahu ketika Sherrina membuat pembayaran (walhal dorang dah tau awal-awal lagi). Tutup laptop dan borak sahajalah sambil Sherrina membuka satu per satu kisah restoran-restoran yang tumbuh dan bungkus di kawasan KLSC ni.

Makanan pun sampai. Inilah fish & chip Sherrina:



Dengan harga RM13 (belum campur tax kerajaan dan tax service)...lihatlah kualiti fries yang digunakan (kedai mamak Shareezma pun bleh kasi fries yg lagi bagus). Rasanya? Tak worth it, gerai western Bollywood di AU3 boleh buat lagi sedap dari ini dengan harga RM5.


Carbonara. Harga kat RM20 klau x silap. Separuh aje yang terluak. Melekat di tekak dengan rasa yang tidak sebenarnya carbonara. Spaghetti di food court KLCC lagi sedap (lama x gi sana. Ada lagi ke budak cashier India yg muka ala-ala Jaclyn Victor tu)

Sudah kena dua kali...tak datanglah lagi. Kalau kasi free pun fikir lapan belas kali. Sebelum meninggalkan meja, Sherrina tinggalkan tisu bertulis........ TAK SEDAP!!!

Sunday, October 21, 2007

Open Haus

Smalam kitorang sekeluarga bersilat di dapur sebab memasak makanan untuk open house untuk saudara-mara sebelah mak Sherrina. Satu-satunya open house yang kitorang organize tahun ni sebab masa terhad.

Dah seminggu asik pulun ketupat, lemang....jemu jugak. Buat nasi putih ngan lauk-pauk kali ni....lepas makan, takde apa nak buat....layan anak buah sambil shoot gambar mereka.




Zarfan....dulu pemalu. Jangan harap dapat dekat, skarang dah mesra...




Didi dan Hidayah....geng kamceng sebab beza umur cuma setahun



Tiga orang ni aje yg lepak di luar sebab anak buah yang lain dok dalam umah layan Nintendo. Berebut...sampai nangis.



Mak dorang ni adik-beradik.


Amirah Maisarah....latest edition. Muka comel dan ringan, senang nak dukung.



Lepas makan, baca doa selamat


Alif Imran yang seronok menjadi perhatian orang ramai...

Saturday, October 20, 2007

Entry Rojak

Aritu gi cuci gambar family di kedai gambar di Taman Melawati. Saiz 8'x11' kene RM20 sekeping. Nak cuci kat 10 keping. Test satu dulu. Kualiti so-so. Pastu smalam bawak adik Sherrina gi cuci gambo utk lesen memandu. Try kedai Foto Bayu di Taman Permata. Bila tanya gambo saiz tu, cuma RM10 aje.....separuh dari harga kedai aritu. Terus tempah 10 keping pastu mintak dorang adjust kasi gambar terang. Takde extra charge. Dan yang lagi best, ni satu-satunya kedai gambar Melayu yang Sherrina penah jumpa (selain kedai Foto Ridhuan yg famous kat Kg Baru tu)


Lepas ni tau dah kat mana port nak cuci gambar :)

Tengok gambar ni pulak, ketika kita gembira beraya...pekerja Alam Flora gembira mengangkut sampah sampai tak reti nak letak balik kat tempat asal....cehhh




What else? Hmmm...oh ya. I purchased a Rapidshare Premium account for myself. Yupp, you heard it right. 1 month account for RM39. Asked a guy in LowYat Forum to help me purchase it with Paypal. I transfered RM to him and he purchased it with his Paypal. Now I am downloading the whole 7th season of CSI Las Vegas. High Definition quality, my guess is that person uploaded it from a DVD box.


Good stuff about Premium is no more waiting, no more resetting modem. I even used Orbit to help me queue up all my download. I can download 5 files at a go. Yeehaaaa!!!!

p/s: For those who are not familiar, Rapidshare is a file sharing where people share stuff such as movies, games, music and etc.

Wednesday, October 17, 2007

Brand New Scanner

Smalam hari yang membosankan. Tatau apa nak buat, jadi naik monorel ke Times Square untuk menebus dendam sebulan tak makan kat Marrybrown. Kemudian jalan kaki ke Plaza Low Yat untuk membeli sebuah scanner.

Dah 4 tahun Sherrina tunggu harga scanner turun. Ingatkan boleh le turun banyak macam thumbdrive. Tapi oklah, kalau dulu rega above RM200, skarang bawah RM200 pun ada. Lepas usha-usha di beberapa buah kedai, akhirnya Sherrina beli BenQ 5560 dari kedai Cycom dengan harga RM135.



Nak install pun senang. Semua steps ada ditunjukkan dalam manualnya.

Ni hasil testing scan yang pertama:


Cover majalah maktab. Aku nye majalah tatau ke mana (sedih sangat). Ni pinjam dari Ajoey. Boleh le aku scan seluruh majalah. Wah, ini barangkali satu-satunya softcopy majalah maktab yang akan ada di alam siber. Cool....


Gambar kenangan di MRSM Terendak. Baru aku perasan quality gambar dalam album-album makin merosot, ada yang dah kekuningan. Kene scan cepat-cepat lah sebelum ia terus rosak atau hilang.

Puas hati le pakai scanner BenQ ni. Berkualiti pada harga yang berpatutan.

Sunday, October 14, 2007

Hari Raya Kedua

Bagi orang yang dah biasa beraya di kampung, pasti susah nak adapt dengan beraya di bandar lagi-lagi Kuala Lumpur. Bagi Sherrina dan keluarga yang dah memang berkampung di bandar, lali dan biasa dengan suasana beraya di bandar. Kira ok lah sekarang ni meriah sikit, ramai gak yang beraya di KL. Compare dengan 10 tahun lalu, masa hari raya lengang habis suasana di taman perumahan. Tahun ni sembahyang raya pun melimpah sampai ke luar. Petanda ramai yang beraya di bandaraya.

Kali ni raya dalam hujan lah. Musim hujan melanda KL. Hari raya pertama pun hujan mencurah-curah. Tanah basah sampai ke malam. Kali ni kami sekeluarga beraya di rumah dahulu dan petang baru ke rumah pakcik di Gombak. Sebelah malamnya adalah acara biasa iaitu beraya di rumah makcik di Taman Bunga Raya. Tahun ni selain cuaca hujan menyebabkan jalan basah, mercun dan bunga api pulak takde siapa nak sponsor. Selain susah mendapatkan stok, memikirkan duit....tak main mercun le tahun ni. Layan tv aje dalam umah sambil bertukar-tukar ringtone menggunakan bluetooth.



Raya kedua pun hujan sangat lebat di tengahari. Kami pegi usha sungai di bawah Empangan Klang Gate kalau-kalau sesuai untuk bermandi-manda. Tapi nampak gaya cuaca tak mengizinkan. Lepak di Gombak sampai jam 2.30 petang. Cuaca bertukar cerah. Ada harapan nak mandi sungai. Pack baju dan terus ke Empangan Klang Gate. Sampai disana lepas parking, petugas yang menjaga Empangan memberitahu yang mereka buka satu kunci air, jadi kami hanya boleh mandi di kolam yang bawah sahaja. Oklah tu daripada takde langsung, kan.



Walaupun area ni tak le jauh sangat dari umah Sherrina tapi sampai la ni tak penah jejak ke sana. Hanya adik Sherrina je yang slalu ke sana mandi-manda dengan kengkawannya.


Tangga yang elok juga disediakan untuk pengunjung. Cuma jenuh nak naik dan turun. Jenuh nak turun sebab licin, takut jatuh. Jenuh nak naik, maklumlah lawan graviti. 80 anak tangga woo...my mom counted it.


Team dari Gombak turun ke Klang Gate.


Ada kawasan lapang yang nyaman, boleh main bola kat sini


Jalan pelan-pelan...tanah licin. Kan baru lepas hujan. Osama excited nak mandi sungai.


Walaupun hujan dah 2 jam berhenti tapi air masih deras juga. Sebab 1 pintu empangan dibuka untuk lepaskan air yang berlebihan.


Indahnya ciptaan Allah...airnya masih bersih dan jernih. Dan yang bestnya kalau lazimnya air sungai sejuk ke tulang, disini airnya suam-suam kuku....


Cari port yang baik. Letak barang, terjunnnnn. Dah lama tak mandi sungai. Best bangat. Orang pun tak ramai.

Thursday, October 11, 2007

Salam Aidilfitri

Kepada semua pembaca blog Sherrina....



Maaf Zahir dan Batin.......nak duit raya!!!!

Relax dan Lepak

Tinggal beberapa hari aje lagi dah nak raya. Ramai orang masih berpusu-pusu ke shopping mall membeli persiapan terakhir. Bengkel-bengkel kete bukak sampai malam sebab banyak kete perlu di servis. Seronok tengok orang kelam-kabut buat persiapan sebelum balik ke kampung. Bagi Sherrina yang beraya di KL, relaks dan lepak ajelah. Persiapan tahun ni lebih simple dari tahun lepas. I guess semua dah beso panjang, tak terasa meriah mcm masa budak-budak dulu.

Semalam lepas abis mengajar gi lepak di Perpustakaan Wangsa Maju. Dah lama tak turun ke sana. Banyak buku-buku baru. Antara tujuan utama sebab nak baca majalah Reader's Digest dan majalah-majalah lain yang sentiasa di langgan oleh perpustakaan ini. Takde orang pun, Sherrina sorang aje. Petang sket baru ada orang datang pulang buku dan baca paper.


Plenty of good books


It's small but cozy


Another great product by PTS One


Cukup untuk isi masa sepanjang cuti raya

Today takde lagi kelas tuisyen. So pagi pegi Unitar selesaikan yuran yang tertunggak sebelum konvo bulan 12 nanti. Pastu lepas rumah Zura tengok anak dia yang baru lahir. Namanya Nurul Ain. On the way back dari hantar member ke Kampung Baru, singgah ke Pusat Darah Negara. Baru-baru ni PDN buat SOS supaya penderma tampil membantu sebab tabung dalam keadaan kritikal.

Previous years memang Sherrina slalu donate blood tapi dah 2 tahun tak donate sebab blood pressure asik melepas tahap yang dibenarkan (130 kalau tak silap ialah limitnya). So tadi singgah le kejap saja nak check BP. Kalau ada rezeki boleh le donate. Pastu masa check doctor tu baca di mesin...bacaannya 194. Dia kata takleh derma. Sherrina tgk geram gak sebab last check bulan Jun dalam 146 gitu. Takpelah, naik kete terus balik. On the way, baru terfikir. Kalau BP sampai cecah 194, tak ke meroyan dibuatnya. Sure dah sawan ke hapa sebab tu dah level yang tinggi.

Tak puas hati, singgah di Giant gi farmasi Guardian. Tanyakan BP Monitor, rega semuanya lebih dari RM300. Pastu ke Taman Melawati singgah di Vitacare. Ada offer BP Monitor harga RM168. Test unit tu dulu. Bacaan BP ialah 146. Aitt....lain lak. Tak puas hati kot-kot machine tu tak accurate, try pakai BP Monitor yang lain yang lebih mahal harganya. Bacaan hampir sama, lari sikit aje. Cehhh....takde pun mencecah 190. Apa mesin le PDN pakai nih, hampir aku nak heart attack bila dipikir-pikirkan balik.



Purchase the BP Monitor and a bottle of fish oil. Dorang recommend, even masa tu ada satu makcik yang dah berumur pun kata dia makan omega 3 fish oil utk control BP dia. Oklah, cuba dulu. Mana tau ok....

Nampak gaya raya ni makan roti ajelah....huhuhu...

Monday, October 08, 2007

Buka Puasa di Seoul Bulgogi

Hari ni relaks sikit. Takde kelas pagi. So tengahari lepas deliver hamper-hamper kepada client, park kete kat LRT Gombak dan naik Putra ke KL Sentral. Tujuannya saja nak jalan-jalan sambil tu nak ziarah pejabat PTPTN bertanya khabar pasal pembayaran. Lepas sembang lebih kurang, bayar sikit dan naik lagi LRT ke Asia Jaya (nasib baik ada Touch n Go card) nak usha Digital Mall. Orang kata kat sana banyak cd dan dvd lanun. Besides nak tgk murah ke tak harga barang kat sana.

Lepas jalan-jalan, tak beli apa pun sebab dvd tutorial yang Sherrina cari takde dijual. Puas menunggu teksi, last-last gamble je jalan kaki ke stesen Asia Jaya. Nyaris sesat le jugak, kene tanya orang. Naik LRT ke Kerinchi untuk buka puasa ngan member-member MRSM Terendak 97 di Restoran Seoul Bulgogi. Mula-mula masa si Shema bagitau nak buka puasa di situ, hampir nak menolak. Sebab Sherrina tak makan sushi. Rupanya bukan restoran sushi tapi steamboat dan grill. Macam best, terus terima pelawaan.

Dalam 17 orang yang turun. Sherrina, Iskandar, Hisyam, Indah, Aweng, Shema & Radzi, Ion & Azlina, Erik, Alan, Payat, PK, Nazham, kawan Erik dan kawan Nazham.


Seoul Bulgogi. Nak makan kat luar pun bleh.


Antara pilihan makanan yang ada.


Udang ada, ketam ada, lala ada...semua fresh-fresh


Kalau buffet tempat lain, amik aje terus makan. Kat sini kene masak dulu, masa sendiri loo....


Ayam, daging kambing yang sedang dibakar...yumm!!!


Shema dan husband yang sibuk memasak. Ko saje je kan pilih kedai ni sebab nak tunjuk skill memasak tu kan...kan...kan......hahaha


Hisyam pun nak tunjuk skill jugak.


Aweng yang tak henti-henti memasak dari mula sampai habis. Beli satu le, Aweng. Bleh masak hari-hari kat umah....hehehe..


Ion yang tersandar kekenyangan bersama Alfian yang baru pulang dari rantau....


Payat dan Erik yang makan dengan penuh khusyuk


Hisyam, Alan dan Payat yang gembira sebab dah kenyang


Terima kasih pada Shema dan Nazham yang sudi menaja organize majlis buka puasa kali ni. Jumpa lagi di majlis reunion nanti :)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin