Thursday, November 18, 2004

Nak pakai kad kredit tapi takut? Tak paham mengenai urusniaga kad kredit? dah pakai kad kredit tapi slalu konpius bila membaca statement yang datang setiap bulan? luangkan masa dan baca di http://www.mymoneyskills.com/visa/my/ms_MY/using_your_cards_wisely/index.shtml

laman web yang menyediakan pelbagai penerangan mengenai kad kredit yang bisa membuatkan orang miskin kaya sekelip mata dan juga orang kaya menjadi miskin pun sekelip mata.


Ada pelbagai pendapat apabila membicarakan isu kas plastik ini. Ada yang buruk, ada yang baik. Pelbagai laman web mengutarakan isu ini dari pelbagai sudut yang menarik:

http://www.virtual-access.com.my/Esther/Esther's%20Letter47.htm

http://rsi.mediacorpradio.com/malay/titiktolak/view/2003111411029/1/.html

http://www.kpdnhq.gov.my/homepage/hep/BPD/9_2000/9_2000_5.htm

Wednesday, November 10, 2004



Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
sherrina


For more Hari Raya card, visit The Star Online e-Card

Tuesday, November 09, 2004

5 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya. Terasa begitu cepat masa berlalu. Bagaikan tidak terasa peritnya puasa di ramadhan kali ini. Alhamdulillah. Mungkin kerana faktor cuaca yang kerap hujan, tidak seperti sebelum2 ini yang kebiasaannya bulan puasa bermakna cuaca panas dan terik.

Sebetulnya sherrina tidak membuat sebarang persiapan bagi Syawal kali ini. Selain terikat dengan kesibukkan di universiti dan tempat kerja, budget juga merupakan salah satu faktornya. Tetapi semalam dapat pula peluang untuk membeli sedikit sebanyak keperluan, digunakan dengan sebaiknya. Biasanya sherrina ngan member baik, zura akan memilih satu hari untuk kami menghabiskan masa berjalan disekitar Kuala Lumpur membeli barang2 persiapan raya tapi tahun nie member sherrina sibuk dengan urusan dipejabat dan persiapan perkahwinannya selepas raya nanti, maka sherrina gi ngan member opis.

Dah lama juga tak turun ke kawasan Jalan TAR. Tampak banyak perubahan terkini. Selain daripada mencari perkara2 yang perlu seperti baju raya, tudung dan kasut, sherrina mengambil kesempatan mencari buku karya Faisal Tehrani yang tidak dijual di kedai2 buku popular di KLCC dan Mid Valley. Seronok tak terkira bila dapat membeli buku penulis terkenal ini. Bukunya bertajuk 1511(Kombat) dan 1515. Bagi yang mengemari novel2 melayu yang biasa diterbitkan oleh Alaf21, Creative Enterprise dll lagi, jangan terkejut jika mendapati jalan cerita karya Faisal Tehrani sangat berbeza. 1511 (Kombat) berkisar peperangan di zaman akan datang diantara Islam dan orang kafir. sherrina mengambil masa satu malam untuk menghabiskannya. Tak pernah berjumpa karya seperti ini sebelum ini. Cuti raya nie boleh le ambil masa membaca 1515 pula memandangkan sherrina hanya beraya di KL sahaja.

Bagi yang ingin mencari buku beliau, boleh le menjenguk ke Pustaka Mukmin di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dapat diskaun 10 peratus lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karya2 Faisal Tehrani, boleh lawati laman web
Faisal Tehrani Online



Di kesempatan ini juga sherrina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitrri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat-sahabat dimana jua anda berada khususnya kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Insya' Allah sherrina akan kembali aktif sepenuhnya sebelum tahun 2004 melabuhkan tirainya.

Sunday, November 07, 2004

Hari nie adalah hari terakhir computer fair kat PWTC. Computer Fair nie cam adik beradik ngan PC Fair le. sherrina pon tak pasti apa bezanya tapi rasanya dua2 event dikendalikan oleh organisasi yg berbeza. Semalam sherrina amik kesempatan melawat PWTC untuk menjenguk2 pasaran laptop sekaran ini. Sherrina jangkakan memandangkan raya akan menjelang tidak lama lagi, tak ramai le orang melayu yang akan kesana. Rupanya tidak juga. ramai orang melayu yang mengambil kesempatan membeli peralatan komputer pada harga yang berpatutan disamping ramai juga yang sekadar survey2 sementara menunggu PC Fair awal Disember ini.

Kalau pada tahun 2002 masa sherrina beli laptop Compaq yg dah dicuri tu, pada ketika itu pilihan laptop tidak begitu meluas. selain terikat dengan jenama2 yg telah establish didalam market seperti Acer, IBM dll....harganya juga agak mahal. masa sherrina beli dulu, RM 3999 hanya mampu memiliki laptop yg menggunakan processor AMD Mobile XP 1.3GHz disamping 128MB ram(tu pun jek2 dorang mintak free 128 lagi), 20GB hd dan DVD Rom. Pada ketika itu, Centrino baru sahaja dilancarkan dan harganya memang mahal. Apatah lagi Intel Pentium Mobile ditambah pula DVD+CDRW combo....kalau takde 5 ribu dalam tangan, jangan nak berangan.

Tapi hari ini, Centrino menjadi inti didalam kebanyakkan laptop yang boleh didapati di kedai2 mahupun semasa pesta komputer. Cuma pada kali ini dilihat trend penggunaan LCD monitor bersaiz 12 inci, berat laptop kurang dari 2 kilogram, wide screen monitor dan build in wi-fi boleh didapati di hampir kesemua booth jenama laptop yang ada. bab penggunaan skrin kecil nie yg sherrina lemah sket. dah le banyak masa dihabiskan membuat kerja2 dokumen dan designing, ditambah pula dengan main games, internet surfing dan tahun depan dah start nak buat project paper yg melibatkan system development, 12 inci nie macam menyakitkan mata aje. Ada pula sekarang ini laptop yg begitu kecil sehingga boleh diisi didalam beg bersaiz A4 yang boleh dikepit dibawah lengan!

Seperti masa2 yang lalu, laptop menggunakan desktop processor masih wujud didalam pasaran bagi mereka2 yang mempunyai budget yang rendah (harganya kurang dr 3 ribu ringgit!) tetapi terpaksa menampung saiz dan berat laptop yg lebih dr yang menggunakan mobile processor disamping penghasilan haba yang lebih tinggi. Kali ini desknote tak nampak pula dimana2. Tak pasti pula samada PC Suria ada buka booth di PWTC atau tidak (adakah mereka masih wujud dlm pasaran komputer di Malaysia?). Rasanya desknote nie masih belum menawan hati para pengguna komputer bergerak.

Selain itu, pada pesta komputer kali ini melihatkan tumbuhnya pelbagai jenama laptop yang cuba bersaing dengan jenama2 antarabangsa yang sudah gah dalam pasaran. Antaranya seperti Bluedot, Atec dll lagi. Kebanyakkannya dipasang di Taiwan (kecuali Atec yang dipasang di Thailand dan dilaporkan menjadi pilihan No 1 disana)dan menawarkan spec yang sangat bagus pada harga yang sangat competitive. Ternyata kali ini membuat pilihan menjadi semakin sukar kerana terpaksa study setiap satu jenama yg ada. Tetapi, dengan budget kurang dr RM 4000, pengguna boleh memiliki laptop yang bercirikan spec yang cukup bagus. Dengan kehadiran jenama2 yg sedang merangkak menembusi pasaran, syarikat2 gergasi tentu mula berasa cuak dan mula membaling (throw in) pelbagai hadiah percuma, diskaun dan sebagainya untuk menarik perhatian pelanggan.

Kita tunggu sahaja Pikom PC Fair yang akan datang pada minggu pertama bulan Disember ini. Adakah ianya lebih hebat berbanding yang sedang berlangsung di PWTC sekarang atau sebaliknya. Yang nyata, kedua2 program memberi keuntungan kepada pengguna dalam mencari dan membeli perkakasan komputer yang diperlukan pada harga yang berpatutan.

Monday, November 01, 2004

Fuji Finepix S5000 aku kene curik skali ngan laptop Compaq and iPAQ pda. Kalau korang nampak iklan2 jualan yg murah semacam dimana2, please let me know. Anyway, sedih memang sedih tapi life must go on. Hari raya takde laptop and ipaq takpe,takde kasut baru pon takpe tapi kalau takde camera...huwaa...nangis woo. So aku dah pi survey kat kedai. Nak cari model yg lama memang dah takde. Mungkin ada hikmahnya, aku dapat beli kamera baru yang lain dr yg lama.

So far lepas survey2, aku nampak Panasonic Lumix FZ3 sesuai ngan budget aku. Lagipon model nie in fact cam better dr aku nye yg lama sebab ada image stabilizer, 12x optical zoom dan guna Leica lens. Cuma yg tak best warna dia silver dan body dia plastik. Nak sambar FZ20 mahal bebeno plak. Aku suka finepix lama aku sebab body dia warna hitam and body buat dr getah. So bila pegang rasa kemas dan nampak cam pakai dSLR le sebab warna hitam

So, buat masa nie takde update lah ye.....tunggu le bila aku dah berjaya sambar kamera nie. harga pon a bit cheaper drpd aku nye dulu tapi aku masih windu kat kamera lama..huwaaaaa......


Left: FZ 20 Right: FZ 3

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin