Wednesday, July 16, 2008

Birthday Sherrina yg ke 28

14 Julai yg lalu ialah birthday Sherrina. Sabtu yg lepas pada 12 Julai telah dibuat majlis sambutan hari jadi dengan semua saudara mara di sebelah mak Sherrina yg lahir bulan Julai. 7 orang semuanya. Dari yang paling senior umur 41 tahun sampai le paling kecik, 2 tahun. So happening le dapat berkumpul dan celebrate sama-sama.


Thanks to kak Ita & abg Faudza sbb sudi buat di rumah mereka


Macam-macam makanan ada


Jom potong kek


Yang kecik pun berebut nak potong jugakkk


Tak sempat nak potong, dah kene calit


Birthday girl paling muda

Pada hari jadi Sherrina, demam pula. Nasib daa....malamnya lepas tuisyen, singgah di badminton court utk bincang pasal projek Ansara Terendak. Sekali ada surprise daa.....sangat terkejut dan terharu....


Terkejut tiba2 suara nyanyian Happy Birthday beramai-ramai dan bawa kek bersama lilin


Mulan and Sherrina. Thanks sbb kasi hadiah pen yg sangat cute itu :D

Tahun ni birthday lebih meriah sebab celebrate dengan rakan2 Terendakian yang baru dapat bersama mulai tahun ni. So sangat seronok dan gembira. Thanks all for the wishes, smses, cakes, presents (thanks Kak Ita, kasi sms system lagi. Kewl!) and etc.....

Saturday, July 12, 2008

Hari yg produktif

Hari smalam kebetulan schedule mengajar takde. So masa banyak diisi dengan aktiviti utk Ansara Terendak. Pagi2 Sherrina dan kak Aidrina ke Sekolah Taman Melawati 2 berjumpa dengan penolong guru besar. Ada perbincangan berkenaan projek Ansara Terendak. Then, kami gi Alpha Angle utk lunch (chicken chop di gerai western di food court sangat sedap).

Petangnya, kami round2 di kawasan KLSC Wangsa Maju dan menunggu berjumpa agen. Tgh berkira2 nak mencari ofis utk Ansara Terendak. Masih dalam initial plan, apa pun kami survey dulu. Senang nak bawa ke mesyuarat exco nanti. Aktiviti ini disertai oleh abg King, abg Iznor dan abg Mantoi. Selesai acara ni di jam 5.30pm, Sherrina gi jemput member di Kg Baru. Lepak KLCC jap..saja nak amik angin.

Lepas dinner di food court Aseania (jangan le makan lamb grilled kat gerai sebelah sizzling tu...tak sedap langsung...urghh!), gi Kinokuniya. Tangan gatal je nak membeli buku. Bukan masalah takde duit tapi masalahnya semenjak minyak naik rega ni, kene berjimat cermat. Huhuhu....cannot resist good book.


Ahhhh....Sophie Kinsella ada buku baruuuuu. Sob..sobb...cuma ada hardcover version. RM75!!! Walaupun ada diskaun 20% on chicklist tapi still mahal lahhh....sob sob...



Cari buku John Grisham yang baru, takde pulak. Yg ni semua dah baca. Hmmm....so pusing2 lah satu Kinokuniya.


Akhirnya...tak beli apa-apa. Yayyy....selamat duit saya :)


Cuci mata

Balik rumah kol 9 dan kucing saya sudah menunggu


Di belakang tu kawannya, siput babi


tatau nak kasi makan apa...bihun goreng dengan fishball pun okaylah....huhuhu

Thursday, July 10, 2008

Meeting Ansara @ PWTC

Rabu lepas Sherrina dan delegasi exco Ansara Terendak join meeting Ansara Pusat di PWTC. Oh ya....Ansara ni Persatuan Bekas Pelajar MRSM Semalaysia. Kami dengan semangatnya hadir bersama uniform ajk yang cun itu (too bad baju saya pula hancus sebab lengannya pendek. Kene le hantar alter semula)




Makan dulu sebelum meeting. Left: Kak Intan, Dr Azhadi dan Kak Aidrina


Wakil Terendak (seragam merah) dan exco Muar (di sebelah kanan)


wakil Kulim, abg Roslan Bani (Seremban), Dato' Mukhriz Mahathir (presiden Ansara) dan pioneer Seremban


wakil dari Ansara cawangan2 lain


Bergambar kenangan.

Balik dari meeting, terus tido. Apa yang dibincangkan? Banyak....apa pun tunggu lah agenda Ansara Terendak. Walaupun baru tapi ramai yg bagi sokongan. Lagi2 lepas Jubli, semangat masih membara :)

Monday, July 07, 2008

Restoran Sabak

Semalam penuh dengan aktiviti. Mula-mula, gi kenduri kahwin abg Zammel (Ex-Terendak SPM87) di Cheras.





Selepas kenduri di Cheras, balik rumah dan tukar baju. Cuaca panas betul. Tido sekejap. Kol 5.30 keluar amik member. Ingat nak gi hospital tgk kawan tapi tak jadi. Jalan-jalan di Alpha Angle tengok pameran perniagaan berasaskan agro.


Panjang queue kat gerai Negeri Sembilan ni. Join gak...nak tgk apa yg best


Aiseh...cendawan goreng daa...sedappp. Pastu beli tropical fruit blended drink....perghh..best. Tapi yg tak best, makanan2 masa pameran mcm ni payah nak cari di pasaran. Mcm di hypermarket ke supermarket ke.

Lepas lepak di Alpha Angle, Sherrina dan member gerak ke Restoran Sabak di tepi MRR2 Taman Melati. Punya payah nak cari parking, maklumlah Sabtu malam minggu. Bila masuk restoran, nasib baik dah reserve. Full house rupanya.


Buffet steamboat+BBQ disini berharga RM28++ seorang dewasa


Banyak juga pilihan seafood disini. Cuma sotong basah je takde. Siput dan lala pun ada beberapa jenis. Yang penting, segar.


Acara masak-masak pun bermula. Untuk rebus, kami pilih kuah tomyam. Sedap. Sebab ada baca kat blog pasal kuah sup kat sini tak best..hehehe


Antara yg join malam tu ialah me, Wana, Awin, Radzi and baby Humaira, Azril dan Nadia


Azril dan Nadia...sakan makan udang. Dalam pening2 lalat tu, melantak tak ingat jugak (tahniah Apek, dah pregnant 2 bulan)


Dah puas makan steambot dan BBQ, makan aiskrim pulak. Bestttt


Sebelum balik, Radzi beria-ia suh aku amikkan gambar dia ngan kete Ferrari ni. Kantoi lah bro, tangan pegang sapu tangan baby dan beg baby...hahahahahaha

Makan kat restoran ni memang best lah. Puas hati. Cuma kalau nak datang ramai2 di malam minggu, elok lah reserve dulu. Call je Restoran Sabak di 03-4108 5070 atau 4108 5060 atau 012-2174 752 (Din) atau Sabak Barbeque & Steamboat, No 49G & LG, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur.

Wednesday, July 02, 2008

Jubli Perak MRSM Terendak - Ahad

Ahad pagi kununnya kene berkumpul di padang maktab jam 8.30am...hampeh. Camne nak bukak mata kalau sampai resort pun dah kat kol 3 pagi. Memang tahap cipan nye ngantuk tapi bila mengenangkan acara pagi ni tak kurang hebatnya, digagahkan juga. Shimi dah brape kali call tanye nape alumni tak sampai-sampai walhal student maktab dah berkumpul. Memandangkan memang lambat le alumni nak tiba, Sherrina suh je Shimi start acara sukaneka tu dengan student maktab. Kasi dorang happy sket lah dapat main games. Setelah jenuh mengejutkan si Abijan (kene call 2 kali, last2 call betul2 depan bilik dia...call pakai henpon, ok!), baru le dapat masukkan barang dalam kete dUpload Imageia (sbb balik KL tumpang Abijan). Kene check-out immediately takut x sempat nak balik packing2 pulak.

Zaitie dan Daren tak join sebab masing2 dah balik dulu. Zaitie ada photo shoot dan Daren lak kene outstation ke Terengganu. So naik kete abg Adi ke maktab. Sampai disana, acara sukaneka dah pun bermula. Masing-masing dah kuyup pun....


Shimi memberikan penerangan kepada adik-adik


Acara telematch diadakan di court basketball. Game2 yang diadakan melibatkan water balloon. Seronok bebeno adik-adik tu dapat main air Tak cukup air paip, air lopak pun diamiknya..ishhh



Sambil acara sukaneka diadakan, alumni merebut peluang bertarung dengan team volleyball MRSM Terendak....first round, menang mudah (kata dorg le) and second round kalah mudah dgn alasan nak cepat2 lawan tarik tali....



Lepas habis acara volleyball ialah acara yg dinantikan. Pertandingan tarik tali Ansara Terendak vs MRSM Terendak. Macam biasa, first round memang menang mudah.



Masuk round kedua, sekali team rugby maktab turun daa....belum citer lagi brape ramai yg tukang menarik tali. Melebihi kuota yang dibenarkan. Minyak nyawa dibuatnya...hahahaha



Kemudian ada plak girls daripada ansara usulkan supaya dibuat pertandingan tarik tali perempuan. Mulanya Sherrina rasa takde sapa nak main, sekali bila announce...ramai daaaa....


Aku jugak kene jadi anchor. Kak Intan memberi alasan dia pakai skirt...cehh..Kamarul yg tolong ikatkan tapi. Depan aku, kak Jerry (SPM87)


First round, kami pun menang mudah.


Masuk round 2, sekali budak rugby maktab pun tolong dorang, boys pun tolong dorang. Budak boys alumni mana leh tengok aje, tolong tarik sama gak. Tapi tak terlawan le. Dorang lagi ramai...huahuahua...

Habis acara tarik tali maka berakhir le acara sukan di sebelah pagi. Kami makan tengahari di anjung dekat Pernama tu. Perghh...teringat dulu2 bila outing gi Pernama. Dah best dah tuu....boleh beli macam2 grub.

Lepas lunch, kami menonton perlawanan futsal Ansara Terendak vs MRSM Terendak


ni court futsal yang maktab baru terima. Hadiah sempena pencapaian PMR tahun 2006. Tapi keadaan menyedihkan lah. Boleh banjir lak dalam court tu....


YB Zali main sakan sampai tergolek dog

Tatau le brape score dan sapa menang sebab tak tunggu sampai habis. Yang pasti satu gol dijaringkan oleh abg Lan, pemain import dari Ansara Muar. Abg Lan ni husband kak Aidrina. Lepas futsal, kami ke padang untuk menonton pertandingan ragbi Ansara Terendak vs MRSM Terendak


Video Futsal 1


Video Futsal 2


Wahh..kami dapat tiket 'grand stand' lahhh


Jersey biru, pasukan Ansara Terendak. Jersey hitam merah pasukan MRSM Terendak


Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ansara Terendak menang dalam perlawanan menentang team MRSM Terendak. Sedang elok je sebab tgh menyambut Jubli Perak pun. Abg Ijam, ex-national rugby player pun turun padang. Fuhh...dasyat!

Lepas habis acara di ragbi, kami mula bergerak meninggalkan maktab. Sempat singgah di simpang Terendak untuk beli Roti John yang terkenal itu.


Roti John ni dah ada disini semenjak tahun 1983 lagi (sebab pioneer pun slalu makan ni masa dorg study dulu) and kebetulan pula anak tokey ni juga Terendakian. SPM 94.

Lepas selesai urusan Roti John, kami bergerak menuju ke Umbai untuk makan malam. Apalagi....seafood lahhh! Delegasi kereta Abijan, kereta Malyoi dan kereta abg Adi berkonvoi ke Umbai. Di tengah jalan, kami berhenti sekejap sebab ada segerombolan lagi nak join iaitu kereta abg Zizi Top dan kak Ana, abg Jazer dan abg Zammel serta abg Zul Udang sekeluarga. Perghhh...meriah dan happening.



Macam-macam makanan laut ada....





Sampai KL kol 12 tengah malam. Penat tak hingat punya. Seminggu selepas Jubli, baru recover. Sepanjang minggu lepas Jubli, kol 3 petang je mata automatik nak lelap. Nasib baik keje sendiri, boleh adjust2 time keje.

Tapi apa pun puas hati le dengan Jubli Perak kali ni. Yang best tu dapat bergaul dengan pelbagai batch, takde dah rasa senior-junior. Hormat tetap ada. Lepas ni, Ansara Terendak pula nak kene digerakkan. Macam-macam aktiviti dah dirancang. Apa pun...horreyyy....Jubli Perak berjaya!!

Kalau nak tengok gambar dan citer lagi detail, apa lagi...layari forum rasmi Ansara Terendak lah. Sampai down le server tu kat seminggu lepas Jubli. Kene serbu dek Terendakian. Caiyokk!

p/s: Yg paling best dapat sms2 daripada cikgu mengucapkan tahniah kerana berjaya menganjurkan Jubli Perak dengan baik :D

pp/s: Habis gak laporan Jubli ni. Kat 2 minggu mencari waktu nak menulis nih...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin